Mom & Baby Expo 2011

3:19:00 PM 0 Comments A+ a-

Awal-awal lagi dah buat reminder pasal expo ni ;-)

Jom mom-2-be & mommies-mommies kita pakat gi serba expo ni pulak. Hari tu dah try yang Pureen Warehouse, ni kat Midvalley pulak. Midvalley weekend dah la orang ramai. Harus pergi awal nih. Nasib baik next week En. Asben tak kerja.

Vanue : MidValley Exhibition Centre
Date : 6 - 8 Mei 2011


Kalau tak silap sekarang ni tengah sales baju baby kat Sogo. Sales sampai 70%. Sampai 1 Mei rasanya. Ada kawan yang dah pergi. Memang murah katanya. Tapi Sogo ni every week pun ada sales kan. Suka shopping baju baby kat Sogo walaupun terpaksa berhimpit nak memilih dan beratur panjang nak membayar. Tapi tu sebelum pregnant la. Sejak pregnant ni belum try lagi. InsyaAllah kalau sempat, lunch hour besok nak mengular kejap. Kihkihkih ;-p

Panduan Memberi Nama Anak Dalam Islam

10:26:00 AM 0 Comments A+ a-

Nak bagi nama anak ni kadang-kadang susah jugak. Tambah-tambah kalau masing-masing lain-lain pendapat. Dari awal lagi saya cukup berkenan dengan satu nama ni, walaupun masa tu tak tau lagi jantina baby apa. Tapi macam yakin je nak nama ni. Kalau kenanya keluar jantina lain, pening pulak nak cari nama, sebab memang 1 ni je saya prepare. Takde backup-backup.

Balik kampung awal bulan hari tu, FIL asyik tanya dah ada ke nama untuk anak, saya cakap dah. Pastu bila dia tanya lagi saya jawab belum pulak. Hehe. Sebab masa tu tak bagitau En. Asben pun lagi. Lagipun dia cakap awal sangat nak pikir pasal nama. Tup-tup balik je dari kampung, terus bukak topik pasal nama. Al-kisahnya sebab FIL ada bagi satu buku macam kitab lama panduan menamakan anak. Buku tu dah la. Dah kuning pun kertas dia. Ditulis dalam tulisan jawi.

Nama dalam buku tu tak banyak sangat. Dia suggest bagi nama mengikut hari dan waktu anak tu lahir. SO maknanya memang takleh nak prepare awal-awal la kalau betul-betul nak follow buku tu. Tapi saya tak kira, kalau betul jantinanya nanti, saya nak jugak nama yang saya prepare ni. Then combine la dengan nama dalam buku tu. Kalau boleh takmo la panjang-panjang. Saya lagi suka nama yang ada satu perkataan je. Senang nak panggil kan.

Tadi google jumpa topik ni. Jom kita share panduan memberi nama untuk anak ;-)

1) Nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang.
Pepatah (Arab) menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya’. Hakikat ini diperakui oleh Ibnul Qayyim. Katanya: “Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.

2) Waktu memilih nama.
Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu memberi nama. Samada pada hari pertama, atau dalam masa tiga hari pertama, atau pada hari ketujuh. Pilihlah mana-mana yang digemari.

3) Siapakah yang berhak memberi nama?
Jika kedua-dua ibu bapa bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapanya. Tapi, jika kuasa veto bapa boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama yang dipersetujui oleh kedua-duanya. Ataupun meminta orang lain yang memberikan nama yang elok, sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi SAW meletakkan nama anak-anak mereka.

4) Nama anak mesti dibinkan kepada bapanya, bukan ibunya.
Demikianlah arahan Allah Taala dalam surah al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, “Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka”.

5) Pilihan nama yang baik.
Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.

6) Contoh nama-nama yang digemari syarak ialah;
- Abdullah dan Abdul Rahman
- Nama yang dimulakan dengan ‘Abd’, seperti: Abdul Malik, dan Abdul Aziz.
- Nama para Nabi seperti: Muhammad, Ibrahim, dan Musa.
- Nama orang-orang soleh, seperti nama-nama sahabat.

7) Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram.
Seperti:
- Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah, kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama: Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain, dan seumpamanya.
- Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.
- Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.
- Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang, seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas (Penghulu segala manusia).
- Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.

8) Seboleh-bolehnya hendaklah menjauhi nama-nama yang makruh.
Antaranya:
- Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi, seperti: Al-Harb (Peperangan), Fadhih (Yang membuka aib), Suham (sejenis penyakit unta).
- Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu, contohnya: Fatin فاتن (Penggoda).
- Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat, contohnya: Sariq (Pencuri).
- Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.
- Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaan yang tidak elok, contohnya: Himar (Keldai), dan Al-Kalb (Anjing).
- Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama) dan ‘Al-Islam’, seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, dan seumpamanya. Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini (Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.
- Nama-nama yang digabungkan daripada dua nama. Kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. Pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.

9) Menukar kepada nama yang baik. 
 Jika ditakdirkan seseorang diberikan nama yang tidak menepati kehendak syarak, contohnya nama yang diharamkan, maka penyelesaiannya ialah dengan menukar nama. Dalam hadis disebut bahawa Rasulullah SAW menukar nama yang buruk kepada nama yang baik. Direkod oleh Tirmizi.
Kesimpulan, pilihlah nama yang cantik dan bertepatan dengan syarak. Jangan hanya melihat kepada sebutan yang menarik dan glamour.

Source: http://namanamaislam.com

Resepi Ayam Masak Kicap

11:34:00 AM 0 Comments A+ a-

Menu malam ni cuma ayam masak kicap. Sebab tak berapa rajin nak memasak malam ni, jadi sayur pun dicampur sekaligus. Senang 2 in 1. Hehe

Abaikan pinggan yang comot :-p

Bahan-bahan:
2 ketul ayam diperap dengan garam kunyit
1cm halia
3 ulas bawang merah
3 biji cili padi
Kicap manis cap Kipas Udang
Carrot
Kacang buncis
Gula dan garam

Caranya:
1. Goreng ayam hingga masak. Kemudian keluarkan.
2. Tumis halia dan bawang dengan sedikit minyak. Bila dah naik bau, masukkan cili padi.
3. Masukkan kicap. Ikut suka nak banyak mana. Kalau nak berkuah tambah sedikit air.
4. Bila dah mendidih, masukkan ayam.
5. Perasakan dengan garam dan gula.
6. Last sekai masukkan carrot dan kacang buncis. Siap!

Sesuai untuk yang malas masak macam saya. Kihkihkih ;-p

Shopping Barang Baby Part 1

8:13:00 AM 0 Comments A+ a-

Ni hasil shoppingan di OneBabyWorld. Dua kali pergi sana. Rambang mata betul. Semua chomel-chomel. Beli semua ni masa sale hari tu.

Tak tahan la tengok botol susu yang bolat-bolat, gemok-gemok ni. Gerammmmm!! Tommee Tippee ni harga asal RM48.90 tapi lepas less dapat RM38.90 untuk 2pcs. Sekarang harga dah naik ke RM44.90. Beli yang 5oz je. Tapi gemoknyerrr la dia. Nampak besar gak la


Yang ni pulak hasil kunjungan kali ke-2 :-)


Set rompers amik 2 set. Satu saiz newborn. Satu lagi saiz 3-6 bulan. Yang newborn RM35 ada 4 helai dengan 6 helai sapu tangan. Yang saiz 3-6 bulan pulak RM34.90 ada 5 helai. Cukup la dulu kot rompers. Nak beli yang lain tunggu baby dah besar sikit.


Yang ni pulak blanket. Ada 3 pcs. Tergoda tengok corak ngan kaler dia. RM31 kalau tak silap after less. Apasal semua pinky nie....? Ayakkk... Tapi my sis cakap takper beli pink. Baby boy pun boleh pakai. ngehngehngehhh


Ni towel kecik. Ada 6pcs. RM10.90


LuvNotes: Harap-harap OneBabyWorld wat la saes lagi sekali sebelum saya bersalin. Nak beli botol susu lagi. huhu

Shopping Barang Baby Part 2

8:31:00 AM 2 Comments A+ a-

Fuhhhh penat. Tapi berbaloi-baloi...!

Hari Sabtu kitorang serbu Warehouse Sales Pureen kat PJ. Excited giler nak g sana. Warehouse tu start pagi tapi En. Asben kerja so terpaksa tunggu dia balik tengahari. Pukul 1 dia balik, mandi solat terus turun. Sebab tak tau langsung kat mana Summit Company tu jadi terpaksa la bergantung harap pada GPS.

Kitorang sampai sana dalam pukul 3 lebih. Depan trafic light Showroom Toyota pun dah jem. Tak nampak pun lagi kat mana kilangnya. Dah mula berdebar dah bila tengok sorang-sorang bawak plaktik besar-besar penuh isi baju. Ada yang usung kotak lagi. Aduhhh lambat betul nak dapat parking. Last-last kitorang masuk parking berbayar. RM3 untuk 2 jam.

Sampai je kat kilang tu, terus ambik bag biru IKEA 2. Orang masih ramai lagi. Kitorang start dari rak pertama. Tapi barang mandian dengan healthcare tak beli sebab nanti nak cari kat Farmasi Alpha. Boleh diskaun sebab dah jadi member. List dah siap tulis tapi tertinggal dalam kereta pulak. Haihhhhh... Tapi nasib baik boleh ingat sikit-sikit. Almost semua barang yang saya listkan dapat cari. Ada 2-3 benda je takda. Takpe next week boleh cari lagi.

Breast pump pun dah beli. Yang pakai bateri. Ingat nak pinjam yang kawan office dulu wat sementara waktu, tapi since dah jumpa ni agak murak pulak tu, RM80 beli je la. Nanti kalau agak-agak produktif boleh la beli Spectra pulak. Dah lama duk aim yang Set Spectra 3 kat OneBabyWorld.

Masuk bahagian pakaian baby, banyak rak yang dah kosong. Ramai yang tengah duk sort baju yang dah dipilih kat tepi lorong tu. Kitorang ambik je mana yang rasa berkenan. Mostly amik yang saiz S, M, 12 dan 14. Pastu kriteria yang penting mesti lengan pendek dan berlubang. Yea la nanti nak balik berpantang kat Kelantan. Kat sana panas sekarang ni. Tak sesuai pakai baju lengan panjang, seluar panjang. Range harga baju dari RM1 - RM10.

Tengah duk pilih-pilih baju, hujan la pulak. Lebat yang amat. Kesian ada satu pansangan ni. Dia duk sort baju kat tepi, tak sedar kot atas kepala dia air dah bertakung kat corong canopy tu. Tetiba dumm!!! Kuat gak bunyi. Habis basah lencun dua-dua. Dengan bag yang ada baju baby lagi habis semua basah. Bukan basah sikit, tapi memang dah macam mandi terus.

Dah habis pilih masa untuk membayar. Risau gak dalam hati takut tak cukup cash. Dah bagi tau kat En. Asben siap-siap, kalau tak cukup cash, terpaksa la gores credit card dia. ngehngehngehhhh. Alhamdulillah masih di bawah budget.

Ni la hasilnya. 3 plastik besar. Puas hati :-)


Ni lepas dah disusun. Diaper bag beli 2. Dah ambik yang colourful tu, pastu En. Asben nak jugak yang boleh isi botol susu kat tepi. Tapi bila balik test, tak muat la nak sumbat botol Tommee Tippee. Tapi takpe, boleh buang belak warmer dia tu, nanti nak isi termos.


Antara barang yang dirembat hari tu:
1. Diaper bag
2. Nappy liner
3. Breast pump
4. Disposable breast pad
5. Wet Tissue
6. Berus botol
7. Sikat
8. Pin napkin
9. Stokin
10. Mitten & bootie
11. Bekas bedak
12. Baju & seluar
13. Maternity pad
14. Mat
15. Napkin
16. Towel
17. Kain net untuk buaian

Yang ni memang tak boleh tahan. Walaupun dari awal lagi kalau boleh semua botol nak Tommee Tippee, tapi sebab yang ni sangatlah kiuttttttt... terpaksa beli jugak. Kecik + gemok!!!


LuvNotes: Lepas ni nak cari barang toiletries dengan healthcare. Pastu boleh cari tuk mommy pulak. Rasanya tuk mommy tak banyak sangat kot. Pakai je apa yang ada.

TUKAR SUKA SAMA SUKA PTM F41

12:25:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamulaikum

Dah tak tau nak search kat mana lagi pasal ni. So last-last letak 1 post kat sini la. Kot-kot ada orang terbaca.

Disebabkan En. Asben yang berkemungkinan akan bertukar ke Kelantan, jadinya saya pun takmo la ditinggalkan. Tambah-tambah dah tak lama lagi nak bertiga ni. Harap-harap tak perlu la kami bertiga hidup berjauhan. Tak sanggup wehhhhh......

Jadi kalau ada siapa-siapa yang berkhidmat di KELANTAN jawatan Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) Gred F41 yang ingin bertukar suka sama suka ke KL, contact la saya yea. mizyu_gurl@yahoo.com

Kalau ada member ke sedara ke yang berminat boleh jugak kita contact2 dulu.


LuvNotes: YA ALLAH Engkau permudahkanlah segala urusan kami. Amin.

Mandian Baby

12:04:00 PM 0 Comments A+ a-

Orang cakap kulit baby sensitip. So awal-awal terus beli Sebamed Baby Liquid Cleanser. Lagipun my famili memang selau pakai yang ni masa kecik-kecik dulu. Tapi dulu pakai yang sabun ketul je la.

Kebetulan hari tu pergi Farmasi Alpha kat Kota Damansara ni. Dah lupa bila tarikh beli. Dorang ada buat sales. Dapat beli mandian ni dengan harga RM56.80. Harga asal RM79.50 kalau tak silap. Dia bagi yang 1000ml pastu percuma yang 200ml. Kira orait la kan. Sebab yang 200ml pun kat Guardian RM16.90


Harap-harap baby nanti takde masalah kulit. Kulit kebal macam mommy die. ehehee...

Supplement Untuk Ibu Dan Baby

8:55:00 AM 0 Comments A+ a-

Beli rajin tapi makannye malas! Hihi

Tuk otak baby, saya beli DHA Natal brand Bio-Life.Harga asal RM72, after less RM50.40. Ada 100 tablet.


Yang ni pulak Calsium sekai dengan Magnesium. Ingatkan tablet dia kecik. Rupanya lagi besar dari Obical. Hadoiiii..... Telan je laaa. Harga dia RM39. After less RM27.30. Sebotol ada 30 tablet.


Saya tak makan hari-hari. Cuma DHA je musti telan everyday. Yang Calsium selang seli dengan Obimin. Tak larat la nak makan banyak-banyak. Dah la Calsium ni besar. Kenyang kalau telan dia. Hehe

Dua-dua beli kat Farmasi Alpha. Suka beli kat sini sebab dapat diskaun untuk member. Ok la kan. Dapat gak less.

Sudah Masuk Minggu ke 30

4:02:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Huhu dah 30 minggu pun sekarang ni. Agak banyak perubahan yang berlaku. Tapi sekarang tak larat sangat nak bercerita. InsyaAllah akan cuba juga untuk menconteng di sini. Tunggu yea ^_^

Menu Makan Malam

12:46:00 PM 0 Comments A+ a-

Menu yang sempoi tapi boleh buat saya makan sampai 2 pinggan :-p

Masak sardin memang kegemaran. Tak tau la nape. Kalau suruh pilih gulai ayam dengan sardin, saya lebih rela pilih sardin. Makan dengan nasi panas-panas. Sedapppp


Kalau masak sardin wajib ada telur dadar. Telur dadar pulak mesti yang garing diluar lembut di dalam. Cara nak dapatkan telur dadar macam ni, mesti goreng dalam minyak yang agak banyak. Jangan kedekut! Hihi... Tapi seyes telur dadar ni makan dengan nasi kosong pun sodap!


Yang ni pun mengancam gak nih. Pembuka selera. Al-maklumlah saya kan anak jati Kelantan. Tak sah kalau takde budu. Budu ni kalau nak sedap, perah limau nipis, letak cili padi, hiris mangga muda halus-halus. Kaau ada durian lagi baikkk


Pencuci mulut pulak kitorang makan mangga. Mangga siku dengan mas hitam. Ni hasil dari baik kampung la ni. Tak sah kaau tak penuh bonet kereta.


Mengada nak letak resepi masak sardin kat sini :-)

Resepi Masak Sardin (untuk 2 orang)

Bahan-bahan:
1 tin sardin cap Ayam saiz kecil
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 biji bawang merah India (belah 6)
3 biji cili padi (dipotong)
1 biji tomato (dipotong)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil cili boh
2 sudu besar sos tomato
1 1/2 cawan air
Asam jawa
Gula & garam

Caranya:
1. Panaskan 2-3 sudu besar minyak.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
3. Masukkan kuah sardin.
4. Masukkan cili boh. Tunggu sehingga mendidih.
5. Masukkan air.
6. Bila mendidih, masukkan sedikit asam jawa, sos tomato, kicap, gula & garam.
7. Masukkan bawang India, tomato, cili padi.
8. Last sekali masukkan ikan sardin. Biarkan mendidih dalam 10 minit. Siap!

Air Kelapa Licinkan/Bersihkan Kulit Baby

12:28:00 PM 5 Comments A+ a-


Betul ke?

Wallahualam. Kena try dulu baru tau. My SIL masa pregnantkan anak dia yang sulung, memang pulun minum air kelapa. Asal keluar makan mesti order air kelapa. Alhamdulillah masa lahirkan Darwisy, anak dia yang sulung tu memang bersih je kulit dia. Lendir-lendir pun nurse cakap tak banyak lekat. Senang nak cuci. Orang cakap air kelapa ni boleh amalkan minum bila kandungan dah masuk 6 bulan. Saya dah start minum masa 5 bulan lagi. Tapi start dengan kelapa jeli dulu. Takut gak gak minum terus sebab air kelapa kan macam tajam sikit.

Tapi.....

Tak boleh minum kerap sangat jugak nanti baby besar. Ni bidan yang urut perut saya hari tu yang bagi tau. Dia cakap air kelapa ni menyuburkan baby. Means mempercepatkan pembesaran baby. Takut nanti baby jadi besar kang susah pulak nak bersalin. Nanti kalau sempat saya story pasal urut perut dengan bidan masa balik kampung weekend baru ni.

Kira Pergerakan Bayi Dalam Perut

10:00:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalmualaikum WBT

Dah agak lama takda post baru. Entry peram masih banyak dalam draft. Semua tak sempat nak goreng ayat lagi. Pagi ni ada mood bekerja belum ada. Maklum la malam tadi baru sampai dari Kota Bharu. Tambah-tambah masuk office bos takde sampai hari Rabu. Berparti la kitorang. Haha

Ni nak cerita pasal kira pergerakan bayi. Masa gi checkup on 24 Mac hari tu, misi dah ajar cara nak kira pergerakan baby. Dia cakap boleh start kira bila kandungan dah masuk 27 minggu. Cara dia macam ni. Start kira dari pukul 9 pagi sampai 9 malam. Pergerakan mesti cukup 10 kali dalam masa 12 jam.

Gerakan macamana yang dikira?

Macam ni dia cakap, kalau rasa tendangan yang kuat dushhh! sekali, kita kira 1 kali. Pastu selang beberapa minit pastu rasa gerakan kecik je macam dia tersedu tapi banyak kali, pun dikira 1 kali. Kalau rasa baby macam berpusing sampai perut pun nampak berombak, kira 1 kali. MAcam tu la seterusnya sampai cukup 10 kali.

Kalau sampai pukul 9 malam tak cukup jugak, cepat-cepat pergi klinik atau hospital sebab takut something wrong. Takut baby terbelit tali pusat. Kalau cepat mungkin boleh diselamatkan lagi.

p/s: Saja tulis pos ni sebab baby tengah bergerak dengan sangat ganas sekarang ni. Sampai badan saya pun bergerak. Perut tak payah cakap la. Memang dah macam ada ombak je kat dalam ni. Boleh nampak dari luar dia punya gerakan ^-^