Kira Pergerakan Bayi Dalam Perut

10:00:00 AM 0 Comments A+ a-

Assalmualaikum WBT

Dah agak lama takda post baru. Entry peram masih banyak dalam draft. Semua tak sempat nak goreng ayat lagi. Pagi ni ada mood bekerja belum ada. Maklum la malam tadi baru sampai dari Kota Bharu. Tambah-tambah masuk office bos takde sampai hari Rabu. Berparti la kitorang. Haha

Ni nak cerita pasal kira pergerakan bayi. Masa gi checkup on 24 Mac hari tu, misi dah ajar cara nak kira pergerakan baby. Dia cakap boleh start kira bila kandungan dah masuk 27 minggu. Cara dia macam ni. Start kira dari pukul 9 pagi sampai 9 malam. Pergerakan mesti cukup 10 kali dalam masa 12 jam.

Gerakan macamana yang dikira?

Macam ni dia cakap, kalau rasa tendangan yang kuat dushhh! sekali, kita kira 1 kali. Pastu selang beberapa minit pastu rasa gerakan kecik je macam dia tersedu tapi banyak kali, pun dikira 1 kali. Kalau rasa baby macam berpusing sampai perut pun nampak berombak, kira 1 kali. MAcam tu la seterusnya sampai cukup 10 kali.

Kalau sampai pukul 9 malam tak cukup jugak, cepat-cepat pergi klinik atau hospital sebab takut something wrong. Takut baby terbelit tali pusat. Kalau cepat mungkin boleh diselamatkan lagi.

p/s: Saja tulis pos ni sebab baby tengah bergerak dengan sangat ganas sekarang ni. Sampai badan saya pun bergerak. Perut tak payah cakap la. Memang dah macam ada ombak je kat dalam ni. Boleh nampak dari luar dia punya gerakan ^-^