Menu Makan Malam

12:46:00 PM 0 Comments A+ a-

Menu yang sempoi tapi boleh buat saya makan sampai 2 pinggan :-p

Masak sardin memang kegemaran. Tak tau la nape. Kalau suruh pilih gulai ayam dengan sardin, saya lebih rela pilih sardin. Makan dengan nasi panas-panas. Sedapppp


Kalau masak sardin wajib ada telur dadar. Telur dadar pulak mesti yang garing diluar lembut di dalam. Cara nak dapatkan telur dadar macam ni, mesti goreng dalam minyak yang agak banyak. Jangan kedekut! Hihi... Tapi seyes telur dadar ni makan dengan nasi kosong pun sodap!


Yang ni pun mengancam gak nih. Pembuka selera. Al-maklumlah saya kan anak jati Kelantan. Tak sah kalau takde budu. Budu ni kalau nak sedap, perah limau nipis, letak cili padi, hiris mangga muda halus-halus. Kaau ada durian lagi baikkk


Pencuci mulut pulak kitorang makan mangga. Mangga siku dengan mas hitam. Ni hasil dari baik kampung la ni. Tak sah kaau tak penuh bonet kereta.


Mengada nak letak resepi masak sardin kat sini :-)

Resepi Masak Sardin (untuk 2 orang)

Bahan-bahan:
1 tin sardin cap Ayam saiz kecil
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 biji bawang merah India (belah 6)
3 biji cili padi (dipotong)
1 biji tomato (dipotong)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil cili boh
2 sudu besar sos tomato
1 1/2 cawan air
Asam jawa
Gula & garam

Caranya:
1. Panaskan 2-3 sudu besar minyak.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
3. Masukkan kuah sardin.
4. Masukkan cili boh. Tunggu sehingga mendidih.
5. Masukkan air.
6. Bila mendidih, masukkan sedikit asam jawa, sos tomato, kicap, gula & garam.
7. Masukkan bawang India, tomato, cili padi.
8. Last sekali masukkan ikan sardin. Biarkan mendidih dalam 10 minit. Siap!