Resepi Ayam Masak Kicap

11:34:00 AM 0 Comments A+ a-

Menu malam ni cuma ayam masak kicap. Sebab tak berapa rajin nak memasak malam ni, jadi sayur pun dicampur sekaligus. Senang 2 in 1. Hehe

Abaikan pinggan yang comot :-p

Bahan-bahan:
2 ketul ayam diperap dengan garam kunyit
1cm halia
3 ulas bawang merah
3 biji cili padi
Kicap manis cap Kipas Udang
Carrot
Kacang buncis
Gula dan garam

Caranya:
1. Goreng ayam hingga masak. Kemudian keluarkan.
2. Tumis halia dan bawang dengan sedikit minyak. Bila dah naik bau, masukkan cili padi.
3. Masukkan kicap. Ikut suka nak banyak mana. Kalau nak berkuah tambah sedikit air.
4. Bila dah mendidih, masukkan ayam.
5. Perasakan dengan garam dan gula.
6. Last sekai masukkan carrot dan kacang buncis. Siap!

Sesuai untuk yang malas masak macam saya. Kihkihkih ;-p