Scan 3d/4d @ Poliklinik Medi-Nur

1:12:00 PM 3 Comments A+ a-

Alhamdulillah petang tadi tercapai jugak cita-cita nak buat scan 4d.

Plan nak buat scan ni sejak pregnant 27week lagi. Mula-mula booking dengan Vision College. 4 kali set date. Tapi ada je halangan. Diorang amik appointment weekdays. Pastu kalau hari Sabtu sampai pukul 12 je. En. Asben kerja, pukul 1 baru balik. Masa booking first time terpaksa cancel sebab saya kena pergi bengkel 1 minggu. Pastu hari tu balik kampung emergency pulak. Last-last susah sangat google tempat lain. Jumpa la blogger yang cerita dia wat scan kat Medi-Nur. Terus call set date. Dapat la hari Sabtu, semalam pukul 3 petang.

Klinik Medi-Nur ni dekat Puchong. Gigih betul nak jugak pergi. Padahal dua-dua langsung tak tau jalan. Memang bergantung harap kat GPS je la. Kitorang bertolak dari rumah pukul 2.30 petang. Sampai sana pukul 3.30 petang. Yang tukang scan tu nama Ms. Jezzlyn. Memang nak dengan dia pun sebab baca kat blog ramai yang cakap dia ok. Memang ok!

Masa mula-mula scan baby takmo tunjuk muka. Dia buat scan 2d dulu. Nampak bayang muka baby. Tapi bila tukar imej 4d terus baby pusing ke belakang. Alahaiiii pemalu betul la baby ni. Puas si Jezzlyn tu usik. Tekan-tekan perut, suruh saya mengiring la. Tapi baby tetap takmo pusing. Jezzlyn suruh kitorang keluar jalan-jalan sekejap, makan coklat dulu. Nanti masuk balik.

Habis coklat 1 bar, masuk scan balik. Baru je baring, nak ke tandas la pulak. Banyak songeh betul laaa. Hihi. Nasib baik lepas dah selesai semua, baby dah sporting. Baru boleh tengok muka dia. Mula check gender dulu. Ok confirm betul macam scan masa 27 minggu hari tu. Alhamdulillah. Kalau tak memang nak kena cari baju lain la jawabnya. Baby langsung tak duduk diam masa scan tu. Sampai terkejut Jezzlyn bila tetiba baby tendang tangan dia kuat. Bising kot sebab dia talkative. Hehe.

Kalau ikut scan, baby sekarang dah berumur 25 minggu mengikut ukur lilit kepala, panjang kaki dengan abdomen. Berat baby pun dah 2.4kg. Aduhhh takut jugak ni. Harap-harap baby tak sampai 3kg. EDD mengikut scan 4-6-2011. Kalau yang asal 19-6-2011. Banyak jugak beza tu. Cuti pun tak tau bila nak start apply ni :-(

Scan tu dia charge RM90. Dia bagi cd yang ada gambar dengan video movement baby. Pastu dia print 4 keping gambar baby. Kalau ada yang berminat, boleh contact Jezzlyn terus. Ni no dia 017-6202933.

LuvNotes: Gambar tak boleh nak upload kat sini sebab En. Asben dah warning awal-awal. Hehe

3 kawan cakap

Write kawan cakap
Intan
AUTHOR
May 3, 2011 at 6:04 PM delete

salam puan..dah pegi ye medi-nur..best kan ms. jezzlyn tu..expecting due date kite lbh kurang sama je..sy 22 june.. :)

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
May 5, 2011 at 9:41 PM delete

salam intan.. a'ahhh. dah. betul la. baik ngat dia. alhamdulillah baby pun bleh tgk ngan clear. thanks sb bg info kat blog :-)

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
December 12, 2011 at 12:15 PM delete

jezlyn tu mlayu ke ye?

Reply
avatar