Shopping Barang Baby Part 2

8:31:00 AM 2 Comments A+ a-

Fuhhhh penat. Tapi berbaloi-baloi...!

Hari Sabtu kitorang serbu Warehouse Sales Pureen kat PJ. Excited giler nak g sana. Warehouse tu start pagi tapi En. Asben kerja so terpaksa tunggu dia balik tengahari. Pukul 1 dia balik, mandi solat terus turun. Sebab tak tau langsung kat mana Summit Company tu jadi terpaksa la bergantung harap pada GPS.

Kitorang sampai sana dalam pukul 3 lebih. Depan trafic light Showroom Toyota pun dah jem. Tak nampak pun lagi kat mana kilangnya. Dah mula berdebar dah bila tengok sorang-sorang bawak plaktik besar-besar penuh isi baju. Ada yang usung kotak lagi. Aduhhh lambat betul nak dapat parking. Last-last kitorang masuk parking berbayar. RM3 untuk 2 jam.

Sampai je kat kilang tu, terus ambik bag biru IKEA 2. Orang masih ramai lagi. Kitorang start dari rak pertama. Tapi barang mandian dengan healthcare tak beli sebab nanti nak cari kat Farmasi Alpha. Boleh diskaun sebab dah jadi member. List dah siap tulis tapi tertinggal dalam kereta pulak. Haihhhhh... Tapi nasib baik boleh ingat sikit-sikit. Almost semua barang yang saya listkan dapat cari. Ada 2-3 benda je takda. Takpe next week boleh cari lagi.

Breast pump pun dah beli. Yang pakai bateri. Ingat nak pinjam yang kawan office dulu wat sementara waktu, tapi since dah jumpa ni agak murak pulak tu, RM80 beli je la. Nanti kalau agak-agak produktif boleh la beli Spectra pulak. Dah lama duk aim yang Set Spectra 3 kat OneBabyWorld.

Masuk bahagian pakaian baby, banyak rak yang dah kosong. Ramai yang tengah duk sort baju yang dah dipilih kat tepi lorong tu. Kitorang ambik je mana yang rasa berkenan. Mostly amik yang saiz S, M, 12 dan 14. Pastu kriteria yang penting mesti lengan pendek dan berlubang. Yea la nanti nak balik berpantang kat Kelantan. Kat sana panas sekarang ni. Tak sesuai pakai baju lengan panjang, seluar panjang. Range harga baju dari RM1 - RM10.

Tengah duk pilih-pilih baju, hujan la pulak. Lebat yang amat. Kesian ada satu pansangan ni. Dia duk sort baju kat tepi, tak sedar kot atas kepala dia air dah bertakung kat corong canopy tu. Tetiba dumm!!! Kuat gak bunyi. Habis basah lencun dua-dua. Dengan bag yang ada baju baby lagi habis semua basah. Bukan basah sikit, tapi memang dah macam mandi terus.

Dah habis pilih masa untuk membayar. Risau gak dalam hati takut tak cukup cash. Dah bagi tau kat En. Asben siap-siap, kalau tak cukup cash, terpaksa la gores credit card dia. ngehngehngehhhh. Alhamdulillah masih di bawah budget.

Ni la hasilnya. 3 plastik besar. Puas hati :-)


Ni lepas dah disusun. Diaper bag beli 2. Dah ambik yang colourful tu, pastu En. Asben nak jugak yang boleh isi botol susu kat tepi. Tapi bila balik test, tak muat la nak sumbat botol Tommee Tippee. Tapi takpe, boleh buang belak warmer dia tu, nanti nak isi termos.


Antara barang yang dirembat hari tu:
1. Diaper bag
2. Nappy liner
3. Breast pump
4. Disposable breast pad
5. Wet Tissue
6. Berus botol
7. Sikat
8. Pin napkin
9. Stokin
10. Mitten & bootie
11. Bekas bedak
12. Baju & seluar
13. Maternity pad
14. Mat
15. Napkin
16. Towel
17. Kain net untuk buaian

Yang ni memang tak boleh tahan. Walaupun dari awal lagi kalau boleh semua botol nak Tommee Tippee, tapi sebab yang ni sangatlah kiuttttttt... terpaksa beli jugak. Kecik + gemok!!!


LuvNotes: Lepas ni nak cari barang toiletries dengan healthcare. Pastu boleh cari tuk mommy pulak. Rasanya tuk mommy tak banyak sangat kot. Pakai je apa yang ada.

2 kawan cakap

Write kawan cakap
Siti Asiah
AUTHOR
April 20, 2012 at 11:40 AM delete

Cutenya romper tu...nak jugak...:)

Reply
avatar
niaharaf
AUTHOR
January 17, 2014 at 1:52 AM delete

botol tu cute sangat!!

Reply
avatar