Cafe @ Food Court IKEA Kena Samak?

9:20:00 AM 4 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Ni nak citer nih. Semalam bawak mak mertua dengan adik ipar pergi IKEA. Jalan-jalan sebelum turun ke markethall tu, pelik sebab tengok cafe IKEA sunyi sepi. Dia ada letak bunting kat depan pintu masuk. Dia cakap kawasan tu terpaksa ditutup buat sementara waktu untuk kerja-kerja samak oleh pihak masjid berdekatan. Sebabnya salah satu dari pembekal makanan kat situ tak diikhtiraf kehalalannya. Aiyooooo... dah bertahun baru nak check ke? Dah jadi darah daging pun. Dah la saya ni salah sorang peminat meat ball kat situ. Tobat takmo makan dah pasni even dah siap samak. Dah tak confident lagi nak telan.

Tanda-tanda Hampir Nak Bersalin

12:53:00 PM 0 Comments A+ a-

Bila nak start cuti niiiii... hadoi konpius la. Kang balik awal sangat rugi pulak. Saya nak cuti lama main dengan baby bukan nak balik melepak. Kang kalau nak terbersalin kat sini camane pulak. huhu

Sambil-sambil pening duk pikir, google cari tanda-tanda nak bersalin la. Ilmu rasa macam kosong je la ni ;-p

Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"

Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam.
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.

Posing Berdua

9:33:00 PM 4 Comments A+ a-

Hikhik ;-p


Dah masuk 8 bulan pregnant baru dapat bergambar berdua. Susah betul dapat suami jenis camera shy nih. huhu

Gambar ni kalau tak silap ambik sebelum keluar nak pegi Mom & Baby Expo kat MidValley hari tu. Masa ni 34 minggu.

LuvNotes: Kesian kan kitorang. Ambik gambar sendiri. Pakai timer jek. Belasah je la. Janji adeeee :-)

Checklist Beg Hospital Mommy

9:36:00 PM 0 Comments A+ a-

Beg untuk si mommy ni satu pun tak prepare lagi. Tak tau nak start yang mana dulu. Besok la try kumpul dulu apa yang patut. Ni checklist yang saya dah buat

Beg Hospital Mommy:
  1. Buku Merah
  2. IC
  3. GL
  4. H/P
  5. Kamera
  6. T-shirt
  7. Kain Batik
  8. Tudung
  9. Stokin
  10. Bra
  11. Panties
  12. Tuala Mandi
  13. Tuala Muka
  14. Maternity Pad
  15. Pad Overnight
  16. Disposable Breast Pad
  17. Sweater
  18. Selipar
  19. Bedak
  20. Sikat
  21. Deodorant
  22. Berus Gigi
  23. Ubat Gigi
  24. Shower Gel
  25. Syampu
  26. Pencuci Muka
  27. Minyak Angin
  28. Getah Rambut
  29. Plastik Baju Kotor
  30. Beg Pakaian

Checklist Beg Hospital Baby

7:55:00 PM 2 Comments A+ a-

Punya la lama nak siapkan beg baby ni. Asyik tertangguh je. Patut sekarang ni dah siap masuk dalam kereta tapi ada je lagi yang menyebabkan delay. Tadi sampai je rumah terus tengok barang-barang baby. Susun apa yang nak masukkan dalam beg. Tetiba baru teringat yang napkin tak basuh lagi. Haduiiiii..... Nampak gaya tak setel lagi la kerja-kerja basuh-membasuh ni.

Ni checklist yang saya buat. Hasil intipan dari blog-blog mommies yang lain. Macihhh yea mommies2 yang provide checklist ni :-)

Beg Hospital Baby:
  1. Pampers New Born (1 Pek Kecil) - DONE
  2. Baju Siang / Malam (2 Pcs) - DONE
  3. Seluar Siang / Malam (2 Pcs) - DONE
  4. Mitten & Booties (2 Pasang) - DONE
  5. Topi (1) - DONE
  6. Barut (3) - ADA KAT KAMPUNG
  7. Blanket / Bedung (1) - DONE
  8. Napkin (2) - SEDANG DICUCI
  9. Tuala Mandi (1) - DONE
  10. Tuala Kecil (2) - DONE
  11. Baby Wipes (1 Pek) - DONE
  12. Baby Bath - DONE
  13. Baby Shampoo - DONE
  14. Baby Powder - DONE
  15. Minyak Yuyi - DONE
  16. Botol Susu (1-Susu, 1-Air Zamzam) - BARU NAK CUCI
  17. Diaper Beg - DONE

DONE tu maksudnya dah siap masuk dalam beg. Apa lagi nak kena tambah ek? Rasa macam dah cukup....hmmmmmm

Meggi Berdarah

9:00:00 PM 0 Comments A+ a-

Aduhhhh... seriauuuuuuu!!!!

Dah lama tak luka. Sekali zassss kena ngilu takleh tak cakap.


Al-kisahnya macam ni. En. Asben nak makan meggi. Dia suruh celur dengan air panas je tapi saya yang konon rajin nak tolong masak. Tu pun sebab nak buat untuk diri sendiri sekali. Tengah syok duk potong perencah sekali tersilap tarik pisau. Melompat la apa lagi! Darah memang menitik-nitik. Boleh rasa masa terpotong jari tadi. Tadah dalam singki. Mintak En. Asben tolong hulur minyak gamat. Curah je la. Berdenyut wehhh. Al-maklum la da lama tak kena pisau. Huhu


Ni dah balut. Tomey je kan plasternyer. Hihi. Terus tak lau nak makan meggi. En. Asben sambung masak sendiri.

LuvNotes: Nak MC bleh tak besok. Hikhikhik... kalau nak makan siku boleh la try kannnn

Nak Bercerita Tapi Nak Rehat Jap

5:03:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum ;-)

Banyaknya draf duk peram ni. Tak sempat nak goreng ayat. Ni pun baru sampai rumah dari family day. Penat! Yang bertambah penat tu sebab langsung takde bawak balik hadiah. Huhu. Langkah kaki kiri kot pagi tadi ;-p

Semalam tawaf MidValley sebab nak jenguk Mom & Baby Expo tu. Nanti kiter citer lain deh. Nak tido jap. Dah sakit pinggang lama sangat duk tercongok tadi.

Operasi Membasuh Baju Baby

9:03:00 AM 0 Comments A+ a-

Fuhhhh penat! Sakit pinggan! Sakit belakang! Betis pun dah rasa macam berketul nih..... Tapi seronok!!!

Cuti 3 hari sempena hari pekerja buat operasi membasuh semua baju baby. Memang dah plan dari minggu lepas lagi. Hari Sabtu lepas gi scan, balik tu singgah Giant kejap. Nak shopping barang dapur sambil nak beli pencuci pakaian baby. Cari dalam Giant tak jumpa. Last-last beli kat Guardian.

Cari benda ni la. Beli yang botol 1 liter je. RM11.90


Beli besen dengan kerusi kecik sekali. Konon nanti penat nak membilas :-)

Bangun je pagi Ahad, terus rendam. Tapi rendam sikit-sikit la. Tak larat dan tak muat ampaian nanti. Memang wangi betul la Nappikleen ni. Asyik nak letak tangan kat hidung je lepas rendam. Haha. Rendam dalam 2 bekas. Pastu keluar jap nak gi cari hanger kecik. Cari kat kedai 2 Ringgit. 1 ikat ada 12pcs RM2 je la. Kat Giant semalam, 10pcs pun dah RM7. Beli 3 ikat.


Geram la tengok baju kecik-kecik gini!!!

1 baldi dah siap bilas, satu lagi rendam blanket dengan towel kecik. Tapi dah tak larat nak bilas. Kena mintak bantuan En. Asben


Dah siap bilas, jemur pulak. Alahaiiiii tomeynyerrrrr! Siap susun ikut ranking tuuuu. Haha.Ni baru sesi pertama. Ada 3 kali basuh lagi nih.



Syok betul masuk kat tempat ampaian ni. Wangi jekkkkk ;-)

Selamat Hari Pekerja 2011

3:04:00 PM 2 Comments A+ a-


Selamat Hari Pekerja buat semua yang bekerja!

Cuti 3 hari. Horeyyyyyyy :-)

Tapi kitorang tak kemana-mana pun. Just keluar cari barang dapur je. Pastu topup-topup barang baby mana yang belum beli. Plannya cuti 3 hari ni nak basuh baju baby. Harap-harap berjaya la. Hihi


Dengar-dengar cerita, gaji penjawat awam akan dinaikkan mulai bulan depan. Betul ke? Takde pun dengar diorang announce kat tv. Kalau ada Alhamdulillah.. rezeki. Tapi ada pulak yang cerita, gaji pokok memang akan dinaikkan tapi elaun COLA akan dihapuskan. Haduiiiii parah kalau macam tu. Gaji yang naik berapa la sangat. Rasanya COLA lagi banyak.

Kita pakat doa la mintak gaji naik dan elaun COLA masih diteruskan. InsyaAllah.......

Scan 3d/4d @ Poliklinik Medi-Nur

1:12:00 PM 3 Comments A+ a-

Alhamdulillah petang tadi tercapai jugak cita-cita nak buat scan 4d.

Plan nak buat scan ni sejak pregnant 27week lagi. Mula-mula booking dengan Vision College. 4 kali set date. Tapi ada je halangan. Diorang amik appointment weekdays. Pastu kalau hari Sabtu sampai pukul 12 je. En. Asben kerja, pukul 1 baru balik. Masa booking first time terpaksa cancel sebab saya kena pergi bengkel 1 minggu. Pastu hari tu balik kampung emergency pulak. Last-last susah sangat google tempat lain. Jumpa la blogger yang cerita dia wat scan kat Medi-Nur. Terus call set date. Dapat la hari Sabtu, semalam pukul 3 petang.

Klinik Medi-Nur ni dekat Puchong. Gigih betul nak jugak pergi. Padahal dua-dua langsung tak tau jalan. Memang bergantung harap kat GPS je la. Kitorang bertolak dari rumah pukul 2.30 petang. Sampai sana pukul 3.30 petang. Yang tukang scan tu nama Ms. Jezzlyn. Memang nak dengan dia pun sebab baca kat blog ramai yang cakap dia ok. Memang ok!

Masa mula-mula scan baby takmo tunjuk muka. Dia buat scan 2d dulu. Nampak bayang muka baby. Tapi bila tukar imej 4d terus baby pusing ke belakang. Alahaiiii pemalu betul la baby ni. Puas si Jezzlyn tu usik. Tekan-tekan perut, suruh saya mengiring la. Tapi baby tetap takmo pusing. Jezzlyn suruh kitorang keluar jalan-jalan sekejap, makan coklat dulu. Nanti masuk balik.

Habis coklat 1 bar, masuk scan balik. Baru je baring, nak ke tandas la pulak. Banyak songeh betul laaa. Hihi. Nasib baik lepas dah selesai semua, baby dah sporting. Baru boleh tengok muka dia. Mula check gender dulu. Ok confirm betul macam scan masa 27 minggu hari tu. Alhamdulillah. Kalau tak memang nak kena cari baju lain la jawabnya. Baby langsung tak duduk diam masa scan tu. Sampai terkejut Jezzlyn bila tetiba baby tendang tangan dia kuat. Bising kot sebab dia talkative. Hehe.

Kalau ikut scan, baby sekarang dah berumur 25 minggu mengikut ukur lilit kepala, panjang kaki dengan abdomen. Berat baby pun dah 2.4kg. Aduhhh takut jugak ni. Harap-harap baby tak sampai 3kg. EDD mengikut scan 4-6-2011. Kalau yang asal 19-6-2011. Banyak jugak beza tu. Cuti pun tak tau bila nak start apply ni :-(

Scan tu dia charge RM90. Dia bagi cd yang ada gambar dengan video movement baby. Pastu dia print 4 keping gambar baby. Kalau ada yang berminat, boleh contact Jezzlyn terus. Ni no dia 017-6202933.

LuvNotes: Gambar tak boleh nak upload kat sini sebab En. Asben dah warning awal-awal. Hehe