Operasi Membasuh Baju Baby

9:03:00 AM 0 Comments A+ a-

Fuhhhh penat! Sakit pinggan! Sakit belakang! Betis pun dah rasa macam berketul nih..... Tapi seronok!!!

Cuti 3 hari sempena hari pekerja buat operasi membasuh semua baju baby. Memang dah plan dari minggu lepas lagi. Hari Sabtu lepas gi scan, balik tu singgah Giant kejap. Nak shopping barang dapur sambil nak beli pencuci pakaian baby. Cari dalam Giant tak jumpa. Last-last beli kat Guardian.

Cari benda ni la. Beli yang botol 1 liter je. RM11.90


Beli besen dengan kerusi kecik sekali. Konon nanti penat nak membilas :-)

Bangun je pagi Ahad, terus rendam. Tapi rendam sikit-sikit la. Tak larat dan tak muat ampaian nanti. Memang wangi betul la Nappikleen ni. Asyik nak letak tangan kat hidung je lepas rendam. Haha. Rendam dalam 2 bekas. Pastu keluar jap nak gi cari hanger kecik. Cari kat kedai 2 Ringgit. 1 ikat ada 12pcs RM2 je la. Kat Giant semalam, 10pcs pun dah RM7. Beli 3 ikat.


Geram la tengok baju kecik-kecik gini!!!

1 baldi dah siap bilas, satu lagi rendam blanket dengan towel kecik. Tapi dah tak larat nak bilas. Kena mintak bantuan En. Asben


Dah siap bilas, jemur pulak. Alahaiiiii tomeynyerrrrr! Siap susun ikut ranking tuuuu. Haha.Ni baru sesi pertama. Ada 3 kali basuh lagi nih.



Syok betul masuk kat tempat ampaian ni. Wangi jekkkkk ;-)