Babysitter @ Pengasuh VS Nurseri/Taska/Tadika

Tuesday, June 7, 2011

Tooooooloooongggggggg *___*

Konpius niiii.....

Mana nak tinggal baby nanti. Aduhhhhh risau betul la. Weekend baru ni keluar berita pasal baby mati tercekik sebab pengasuh. Malam tadi pulak baby mati sebab lemas dekat nursery. Semua tempat dah tak selamat ke sekarang ni? Risaunyerrrr.... Kalau la mampu, nak je berhenti kerja, jaga baby, pastu buat bisness dari rumah. huhu... Kalau laaaaaa........

Hari tu ada jumpa akak yang tinggal satu blok. Tanya dia ada tak kenal saper-saper yang jaga baby kat blok tu. Dia cakap dia pun jaga. Owhhh ok gak tu. Saya tanya dia sekarang jaga berapa orang. Dia cakap ada 3 beradik. Umur 5, 4 dengan 1 tahun lebih. Pastu dia cakap anak dia yang bongsu sekolah rendah. Balik pikir-pikir ok la kot. Sebab saya pun bukan kenal saper-saper kat kawasan tu.

Baru-baru ni kebetulan dapat MC, saya pegi la jenguk rumah dia. Masuk je dah agak terkejut. Rumah tak berapa nak kemas. Pastu ada 2 orang jiran datang bersembang. Dalam rumah tu ada 5 orang budak range umur 1 tahun lebih hingga 5 tahun. Dia tunjuk la yang 3 beradik tu. Lepas tu ada lagi sorang budak perempuan, umur 5 tahun jugak. Dia cakap mak ayah budak tu berniaga. Diorang bayar sehari RM10. Tiap-tiap hari diorang akan hantar pagi, pastu tengahhari datang ambik. Dalam pukul 3-4 hantar balik. Petang dalam pukul 6 dorang ambik. Saya tanya la saper budak laki sorang lagi tu. Anak dia rupanya. Aikkk hari tu cakap paling kecik dah sekolah. Hmmmm... dah buat saya pikir lain dah ni.

Budak yang berumur 1 tahun lebih tu tidur dalam buai. Dia cakap nanti nak hantar baby, tak payah bagi buai, sebab kat rumah dia ada lagi satu buai extra. Tapi rumah kitorang ni kecik. Sama saiz. Mana dia nak pasang buai lagi satu??? Saya curi-curi jenguk dalam bilik, ada katil 2 tingkat, tapi bersepahnye. Pastu dalam bakul kat ruang tamu ada bakul kain penuh tak berlipat. Kat tingkat ruang tamu pulak, dia sidai baju. Huhuuuu... lemasnye nampak suasana rumah tu.

Saya cakap kat dia, kira booking dulu. Nanti ape-ape saya bagitau. Owhhh dia caj RM250 untuk baby.

Macamana niiiiiiiiii...........?

Nak letak situ jugak ke ekk? Ada tak saper-saper yang tau nursery/taska/tadika area Kota Damansara? Kalau nak letak rumah babysitter pun, kalau boleh saya nak yang jaga tak lebih dari 2 orang baby.

I really need help -_-

4 Orang Mengomel:

Antah Berantah said...

saya pon tengah pening sape nak jaga baby saya. Mek, kan kat mindef tu ada nursery?

Reyha said...

memang la ade. tp katenya dorang xmo terima P&P.klu boleh sy nak yg dekat dgn rumah. sian dia nak harung jem pagi petang. awk nak letak nursery ke?

Antah Berantah said...

Tahla. sy aim kakak sebelah rumah sy ni die mmg tak keje. tapi tak terkeluar lagi dr mulut ni. uhuuu. klau takde pilihan sgt terpaksa la antar nursery. tp jarang sy tgk nursery kat mlk nih yg nak jaga infant. P&P tu ape mek?

Reyha said...

gred kite laaa... dorang lg prefer amik anak grup sokongan. katanya laaa