Check Up @ 37 Weeks

9:57:00 PM 0 Comments A+ a-


Aiyoooo dah masuk 37 minggu ler.... Hadoi makin kecut perut dah ni. Tak tau nak cakap takut macamana. Takut nak bersalin atau takut tak sempat balik bersalin kat Kota Bharu atau takut husband tak sempat balik teman saya bersalin nanti. Ada 3 jenis takut ni. Tak tau yang mana satu. Ke semua sekali......?

Baby sabar yea.... Tunggu Ma Tok ngan Abah Tok datang sini ambik kita balik Kota Bharu dulu yea. Huhu..... Hari-hari cakap kat baby macam ni :p

Ok back to topic!

Pagi tadi macam biasa, rutin ibu mengandung yang dah masuk 3rd trimester ni, kena checkup tiap-tiap minggu. Kalau ikut misi last week, dia cakap hari ni pinjam mesin glucometer ngan checkup. Tapi tetiba misi lain pulak cakap hari ni tak boleh buat checkup, kena ambik mesin glucometer je pastu besok sambil nak hantar mesin tu baru buat checkup. Eiii panas je telinga saya. Dah la tunggu punya lama!

Pukul 8.30am dorang panggil nama saya. Rupanya tak boleh ambik mesin lagi sebab misi yang jaga kabinet mesin tu lupa mana dia letak kunci. Aduhhhh dugaan lagi. Dia suruh saya breakfast dulu pastu 2 jam lagi datang balik. Mana saya nak merayap pagi-pagi sorang-sorang diri ni. Perut dah lapar. So gi makan dulu kat gerai tepi klinik. Dah siap makan, masuk balik klinik, saya bagitau dekat misi, saya nak buat checkup, alang-alang dah datang ni, sia-sia je bazir minyak kereta kalau apa pun tak buat.

Rutin biasa checkup mesti nak kena wat test urine. Dah siap check, tunggu untuk jumpa dokter. Tetibe nombor saya dipanggil lagi. Misi cakap kena buat urine test lagi sekali sebab dia lupa nak suruh saya buat yang detail test. EDEMA kalau tak silap nama test tu. Ishhh ishhh geramnyaaaaa.....

Dah siap baru dapat jumpa dokter. Saya terus bagitau dokter ni last saya checkup kat klinik tu sebab next week dah nak balik kampung. Padahal nak balik hujung minggu. Tapi saya dah bosan la nak gi klinik tu. Dah la jauh. Dokter bagi surat untuk rujuk ke klinik Pengkalan Chepa, KB. Hehe...lega rasa sebab next week dah tak payah duk tersengguk-sengguk kat situ lagi.

Habis checkup, jumpa misi tanya dah boleh ambik mesin glukometer ke belum. Nasib baik ada orang baru hantar. Pukul 11 baru siap semua. Besok kena datang lagi sekali untuk hantar result BSP. Huh... Sabar je laaaa