Kisah Kelahiran Nur Safiyyah Arissa

1:49:00 PM 0 Comments A+ a-

Episod 3 : Apa itu contraction?

16.6.2011 : 3pm

Pukul 3 petang adik hantar saya dengan ma ke HUSM. Episod nak serah diri ke wad la ni. huhu

Saya ditempatkan di katil no. 12 Wad 2 Baiduri. haha. Detail tu... Untuk kenangan nanti ^_^

Macam kelakar je masuk wad dengan keadaan segar bugar. Ma tak boleh nak tunggu lama sebab belum waktu melawat. So Along datang ambik ma bawak pergi office dia. Serba-salah pulak saya duk dalam wad tu. Tak tau nak buat apa sebenarnya. SMS kat En. Husband bagitau dah admit ke ward. Dia tanya nak suruh dia balik ke? Saya cakap tak perlu lagi la sebab nak operate hari Ahad. Balik awal nanti rugi je cuti.

Pukul 4.30 ada lawatan dari MO. Lelaki! Muda! Dia datang check perut. Lepas tu tetiba suruh masuk bilik rawatan untuk buat VE! Apekah??!!! Ya Allah malunya Tuhan aje yang tahu. Nasib baik tak sakit. Saya praktikkan apa yang kawan-kawan kat office ajar. Diorang cakap jangan melawan atau keraskan badan. So masa dia nak check tu saya buat tak tau je. Mata duk melilau baca apa je yang ada dalam bilik tu. Tau-tau dah sudah. Serviks masih belum ada tanda-tanda nak buka. Ye la.. Dah saya pun belum ada rasa apa-apa. Tanda nak bersalin pun belum ada. Lepas buat VE, nurse datang pasang CTG. Best pulak dengar bunyi jantung baby. Syok!

Petang tu jugak doktor yang incharge untuk operate nanti datang buat lawatan. Dia cuma check perut je. Saya tanya dia, dah saya ni tanda-tanda nak bersalin belum ada, nak operate Ahad nanti, so perlu ke buat VE? Tak puas hati lagi dengan MO tadi. Doktor tu cakap tak perlu. Cisss.... Geramnya saya!!!

Waktu melawat pukul 5 petang. Penuh katil saya dengan ma, along, mak mertua, adik dan anak-anak sedara. Meriah. Pukul 7 bila guard datang sound baru semua nak berangkat balik. Tinggal la saya sorang-sorang. Sembang dengan jiran katil sebelah. Dia baru 36 minggu tapi dah lebih 24jam air ketuban keluar, sebab tu masuk wad. Yang sebelah lagi pulak duk tahan sakit tapi jalan baru buka 2cm. Kesian saya tengok dia. Sampai berpeluh-peluh. Muka pun berkerut-kerut tahan sakit. Takutnya....

Pukul 10 malam saya cuba nak tidur. Tapi tak boleh. Panas sangat. Berpeluh. Aircond ada tapi diorang tak pasang pun. Pukul berapa saya tak sure nurse tutup lampu tinggal lampu emergency je. Tiba-tiba perut rasa sakit. Macam nak membuang. Saya bangun pergi toilet. Takut sebenarnya. Yea la kan selalu macam-macam cerita seram kat hospital ni. Tapi terpaksa buat tak tau je la. Masuk toilet tapi tak pulak macam nak membuang. Balik kat katil. Saya tengok yang sakit nak bersalin tu duduk kat kerusi. Kesiannya kat dia duk tahan sakit. Saya cuba nak tidur tapi langsung tak boleh nak lelap. Sampai la pukul 6 pagi. Baru je saya nak lena, nurse datang kejut bangun bersiap sebab nanti doktor nan datang melawat. Aduhhhh.... Penatnya saya. Dah la malam tadi langsung tak tidur. Bangun mandi, solat Subuh. Lepas tu makan roti yang Along bawak semalam.

Pukul 8 pagi, nurse panggil untuk buat BSP. Saya bagitau saya dah makan roti pukul 6 tadi. Diorang gelak sebab saya breakfast awal sangat. Dah tu. Malam tak tidur. Penat. Lapar la. Breakfast hospital pukul 8.30 baru diorang serve. Sebab saya ada GDM, so menunya roti dengan air susu tawar. huhu. Tak best ok.

Pukul 10 pagi doktor datang melawat. Check perut lagi. Baby masih tak berubah. Tengahari doktor lain pulak datang check. Saya bagitau semalam langsung tak boleh tidur sebab sakit perut. Start dari malam tadi sampai sekarang perut saya sakit. Dia tanya kenapa tak bagitau nurse. Mana la saya tau nak kena bagitau nurse. hehe. DIa suruh masuh bilik rawatan untuk buat VE. Eiiiii.... benci betul la prosedur yang satu ni. Dia check baru 1cm. Doktor suruh puasa. Saya cakap la sakit tu rasa 2-3 kali dalam 10 minit. Dia cakap, "Dik, kalau dah sakit kerap gitu, takdenya awak nak senyum-senyum macam ni". 

Along datang bawak roti jala dengan gulai ayam. huhu. Saya dah start puasa. Tak sempat nak rasa. Nurse pasang CTG untuk tengok kekerapan contraction. Bukan 2-3 kali dalam 10 minit, tapi dah 4 kali dalam masa 10 minit! Saya tanya jiran sebelah, contraction tu macamana rasa dia. Dia pun explain la. Ooooo... maknanya sekarang ni saya sedang mengalami contaction la rupanya. haha. Boleh pulak saya tak tau :-p

Dr. Arifah call specialist dia bagitau condition saya. Dia suggest untuk buat operati hari ni jugak.

Pukul 11 lebih mak mertua dengan mak sedara datang melawat. Nurse panggil saya untuk cucuk ubat tahan sakit. Lepas je dia cucuk terus rasa lalok. Sembang dengan mak mertua pun saya dah merapu. Tapi bila dia tanya dah suruh En. Husband balik ke? Saya dah sebak. Yea la doktor kalau boleh nak operate hari ni, sempat ke dia balik. Mak mertua call bagitau kat En. Husband yang saya akan operate hari ni, anytime je. Pastu saya call pulak, suruh dia balik. Rupanya dia tengah duk berkemas nak balik. Masa tu dalam pukul 12 tengahari. Sambil cakap tu air mata tak payak cakap la, dah tak boleh nak tahan. Malunye nangis depan diorang. Mak mertua duduk kejap je sebab nurse mintak diorang bagi saya tidur.

Petang saya tak sure pukul berapa, ma dengan abah datang melawat. Tapi saya tak boleh nak bukak mata. Mengantuk sangat-sangat.  Dengar suara diorang je. Sebab tengok saya masih tidur diorang pun balik.

Petang tu jugak tapi tak tau pukul berapa, Dr. Arifah cakap nak buat VE lagi sekali. Saya mintak nak ke toilet dulu. Masuk toilet, tengok ada darah. Maknanya dah ada tanda nak bersalin. Dup!! Berdebar la pulak. Saya bagitau doktor yang ada darah. Dia buat VE pakai muncung itik pulak. Aduhaiiii.... Tapi Alhamdulillah langsung tak sakit. Baru 2cm. Petang tu jugak Dr. Azwa yang akan operate saya nanti datang melawat dengan specialist dia. Masa tu ma dengan abah dah sampai. Ma mintak doktor kalau boleh buat hari ni sebab kesian tengok saya sakit. Tapi saya rasa sakit tu boleh control lagi. Tak la sakit sangat. Dr. Azwa cakap dia akan buat hari ni, tunggu bilik bedah kosong. Waaa... Sempat ke suami saya sampai niiiiiiiiii.......

Kisah Kelahiran Nur Safiyyah Arissa

12:37:00 PM 0 Comments A+ a-

Episod 2 : Masuk Wad HUSM

16.6.2011 - 8am

HAPPY 1ST ANNIVERSARY!!!!!!

Menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama di klinik O&G HUSM dengan ditemani Along. huhu. Sedih la jugak. Tapi takpe sebab ada hadiah istimewa bakal menjelma ^_^

Pukul 8am saya dah sampai HUSM untuk ambil nombor giliran. Nasib baik Along kerja situ so dapat la nombor awal sikit.

Pergi Klinik O&G untuk checkup. Prosedur checkup macam biasa. Test urine dengan berat. Last timbang berat 61kg. Masuk jumpa doktor. Baring untuk check perut. Kedudukan baby masih tak berubah dan doktor cakap kemungkinan untuk kedudukan baby beralih mungkin tak ada sebab ruang dalam perut dah penuh. Tambah pulak due saya cuma lagi 3 hari. Sebab nak confirmkan lagi, dia scan. Kedudukan baby melintang dan dalam keadaan telangkup. Lepas bincang, doktor plan untuk operate pada 19.6.2011. Saya tak boleh nak bersalin normal sebab akan membahayakan baby. Kalau saya force juga untuk bersalin normal, kemungkinan kaki atau tali pusat dulu yang akan keluar. Lagipun saya ada diabetis (GDM), so memang tak boleh lebih dari due date. Saya redha je. Mana-mana pun tak kisah asal selamat.

Sebab dia cakap nak monitor, so saya kena admit wad 3 hari sebelum tarikh operation. Bermakna petang tu jugak la.Alahaiii... bab nak masuk wad ni yang saya gerun sikit. Terus cuak. Risau kena cucuk jarum kat tangan. Maklum la orang tak pernah kena tahan wad.

Sambung jap lagi deh... Penat la taip ^_^

Kisah Kelahiran Nur Safiyyah Arissa

12:37:00 PM 0 Comments A+ a-

Adoyaiii...!

Berhabuk! Berdebu! Dah naik semak-samun pun kat sini! Punya la lama tak bukak blog. Maklum la sekarang dah ada mainan baru. hehe.

Eh lupa.... Assalamualaikum ^_^

Entry kali ini saya nak coretkan balik semua kisah perjalanan kelahiran anak dara kami ni. InsyaAllah harap-harap ingat lagi la. Ni pun nasib baik dah tulis sikit dalam buku. Kalau tak confirm banyak yang lupa.

Nak start kat mana yea. Panjang nak melalut nih. hihi... Kena buat banyak episod ni. Kalau nak karang dalam satu post je, panjang berjela la jawabnya.

Episod 1 : Checkup @ 39 weeks

13.6.2011 - 8.30am

Dah masuk 4 hari saya kat kampung. Due bersalin 17.6.2011. Tapi En. Husband duk kalut suruh ambik cuti awal balik kampung. Takut terbersalin dalam kereta katanya. So saya apply cuti rehat pada 9 & 10 haribulan. Cuti bersalin saya apply untuk 3 bulan bermula dari 13 haribulan.

7 haribulan, ma dengan abah datang rumah untuk ambik saya balik. Terpaksa menyusahkan diorang sebab saya nak bawa balik kereta. Tak sanggup nak tinggal kereta 3 bulan duk berhujan panas kat bawah rumah ni. At least kalau bawa balik kereta, panjang sikit langkah saya. hehe. Pagi 9 haribulan kitorang bertolak. Sedih dan syahdunya nak tinggalkan suami kesayangan ni. Masa salam dah tak boleh nak cakap banyak. Dah sebak. Pastu duk control takmo menangis, malu depan ma abah.

Bergambar kenangan sebelum bertolak

Ma Abah... Nanti tolong hantarkan pulak yea ^_^

Pagi tu saya pergi ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa untuk checkup. Masa tu kandungan dah masuk 39 minggu. Sampai turn saya untuk jumpa nurse. Rutin checkup macam biasa. Masa untuk check kedudukan baby. Nurse tekan-tekan perut. Lama. Dia cakap kedudukan baby macam tak betul. Dia panggil sorang lagi nurse. Yang tu pun tekan lagi perut saya. Sampai senak. Dia cakap kepala baby kat atas. Dekat tulang rusuk kanan, punggung kat rusuk kiri, kaki kat bawak. Baby dalam keadaan melintang. Untuk confirmkan lagi sebelum refer kat doktor, dia panggil sorang lagi nurse. Adoiiii... Dia tekan lagi perut saya. Memang sakit masa dia tekan tu sampai saya duk mengaduh sakit...sakit!

Masuk bilik doktor kena scan. Confirm! Kedudukan baby melintang. Saya bagitau kat doktor tu, masa baby 34 minggu lagi kedudukan dia macam tu. Tapi masa saya checkup 36 minggu, nurse cakap kedudukan dia dah betul. Tapi saya rasa tak! Sebab bila duduk atau baring, saya boleh rasa ada benda keras dan bulat kat rusuk kanan. Pastu bentuk perut pulak boleh nampak ada benda timbul kat rusuk kiri kanan. So doktor setkan appointment untuk saya ke O&G HUSM pada 16.6.2011.