Longan Kering

12:25:00 PM 0 Comments A+ a-


Mana nak cari......?

Ramai yang cakap longan kering ni elok untuk tambah susu badan. Tapi dah try cari kat Giant tak ada pun. Nak cari kat tabib cina tak tau kat mana kedai macam tu. Kat Damansara ada ke?

Rasa macam mujarab je longan ni. Hari tu try makan buah longan fresh. Tak sampai 10 biji. Alhamdulillah pump dapat penuh botol 7oz. Pastu semalam makan koktel longan yang dalam tin. Pump 2 sesi Alhamdulillah dapat 7oz jugak. Biasa dapat 3-4oz je. Memang nampak gaya nak kena cari betul nih.

Senarai Makanan Yang Boleh Menambah Susu Badan

11:43:00 PM 5 Comments A+ a-

Yang ni mommy jumpa kat forum susuibu. Kira kategori milk booster la ni. Jom try!!!

WATER CHESTNUT/SENGKUANG CINA
LONGAN KERING direbus dan minum airnya
MADU
JANTUNG PISANG
PUCUK MANIS
KUCHAI
PUCUK BETIK
BETIK MUDA
PUCUK BERUAS
FENUGREEK/HALBA direbus minum air atau dikisar
LOBAK PUTIH
HORLICK/OAT
ALFALFA
KURMA
SOYA
SAWI
KOBIS
CARROT
PEGAGA
PERIA
KURMA
BROCCOLI
BARLI
SPIRULINA
IKAN TENGGIRI
SEAWEED

Boleh la cuba. Tapi hasilnya bergantung pada diri masing-masing. Ada yang sesuai ada yang tak. Jadi kena try sendiri la. Mommy hari tu, dalam 1 minggu nak puasa, susu merudum jugak. Sampai Safiyyah Arissa mengamuk bila nyusu sebab tak puas. Banyak la jugak petua yang dicuba. Next entry baru kita story yang tu.

100 Hari Bertiga

12:10:00 PM 0 Comments A+ a-

Alhamdulillah :-)

Hari ni genap la umur Safiyyah Arissa 100 hari.


Orang cakap dah cukup 100 hari ni dah boleh makan macam-macam. Tapi mommy memang dari hari ke-40 hari tu lagi dah start makan macam-macam. Ais pun dah rasmi. Hehe. Sekarang ni mommy cuma pantang makan benda-benda tajam je. Macam nenas. Air kelapa pun ma cakap jangan minum lagi. Kalau boleh sampai setahun. Huhu. Sengsara jugak tu. Dah tu tu air peberet.

Safiyyah Arissa dah makin lasak. Dia dah boleh meniarap. Dah takmo duk telentang. Asal letak je mesti pusing. Tengok-tengok dah tegak kepala dia. Kaki pun ikut sama terangkat. Nak bagi balance agaknya.

Arissa Ke Taska

10:55:00 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum

Puas berfikir suami isteri akhirnya taska yang kami pilih. Antara sebab kami memilih taska adalah kerana di taska pengasuh tidak mempunyai komitmen lain. Kerja mereka memang menjaga budak. Bukannya sambil jaga sambil nak masak untuk suami dan anak, nak sidai baju ke, nak ke kedai beli barang ke... macam-macam lagi la. Saya kalau boleh nak babysitter yang takde komitmen lain. Maksudnya dia hanya jaga anak saya sorang je. Tapi tak jumpa-jumpa. So ke taska la jawabnya.

Alhamdulillah hari ni genap umur Arissa 90 hari @ 3 bulan. Cepat sangat masa berlalu. Minggu depan dah nak masuk kerja da pun. ;-(

Pagi tadi pukul 8 hantar Arissa ke taska. Nak biasakan dia dengan suasana baru.Sampai je pengasuh terus sambut dia. Saya ikut masuk sampai ke bilik. Tak sanggup rasa nak tinggalkan dia. Air mata dah bergenang tapi tahannnnn. hehe. Macam ni la mommies lain rasa kan. Takot wooo nak tinggal anak kat orang lain. Arissa behave je. Bila panggil nama tersengih-sengih. Lepas tinggalkan pesanan apa yang patut, terus balik.

Dah bagitau husband nak hantar Arissa setengah hari je. Sambil nak buat spot check kat taska sebab saya tak bagitau diorang saya akan datang ambik tengahari.

Kejap-kejap tengok jam. Alahaiiii lambatnya la rasa jam ni bergerak. Saya bajet pukul 1 lebih husband akan balik ambik saya tapi tup-tup dia call cakap pukul 12.30 jap lagi dia sampai. yahoooooo!!! Terus bersiap. Tak sabar nak ambik anak.

Sampai kat sana tengok pengasuh takde pun kat luar. Pengasuh yang incharge untuk jaga baby memang duduk dalam bilik sekali dengan baby. Masuk dalam bilik baby tengok Arissa ada dalam baby cot. Duk bergolek layan diri. Pengasuh cakap dia tak tidur dalam buai. Lepas bagi minum, lena dengan sendiri dalam baby cot. Baiknya anak mommy nih!! Tegur dia. Terus senyum. Pengasuh cakap seronok kalau ada 10 baby macam Arissa ni. Senang nak jaga. Langsung tak nangis. Saya cakap nak ambik Arissa sebab bosan duduk rumah sorang-sorang.

Dalam kerata saya pangku Arissa macam biasa. Dia duk pusing kepala tengok saya. Lama pulak tu. Alahaiiii jangan la buat mommy serba-salah. Sayu bila dia duk tenung kita.

Kalau mommy ni banyak duit, tak payah kerja, takdenya mommy nak hantar Arissa bagi orang jaga. Nak buat macammana nak oiiii. 
Terpaksa!