Kalendar Cuti 2012

3:48:00 PM 8 Comments A+ a-

Besok dah masuk bulan 11. Cuti rehat tinggal tak sampai 10 hari je lagi. Tolak cuti nak balik raya haji lagi. haduiiii... mana nak forward tahun depan lagi. Fenin...fenin. Sambil-sambil pening google tgk cuti tuk tahun depan. Dah siap-siap kira ni tahun depan nak cuti berapa hari. hehe. Konon la plan awal-awal ;-)


Banyak gak cuti umum tahun depan. Bulan 1 ngan 2 banyak gak cuti umum. yeshhhh....! Tapi yang tak bestnye bulan 3, 4 takde cuti. huhu. Kena plan baik punya ni. Maklom la sekarang dah ada anak. Dulu cuti tak hingattt... Ambik la baru rasa. Huhu

Basuh Baju Baby Pakai Mesin Ke Tangan

4:15:00 PM 2 Comments A+ a-

Betul ke orang tua-tua cakap kalau basuh baju baby pakai mesin nanti baby suke menggeliat? Betul ke..? Betul kerrr? hmmm sendiri tanya sendiri mau jawab ni. hihi. Tak tau la sama ada kebetulan ke ape. Masa dalam pantang, mula-mula sental pakai tangan baju Arissa. Tapi bila dah banyak sangat mana nak larat. So main campak masuk dalam mesin je la senang. Tau-tau dah siap ambik jemur. Senang kerja. Tapi nak jadi cerita, sejak basuh baju dia dengan mesin tu, dia suka sangat menggeliat. Ni bukan menggeliat sikit tau. Dia punya menggeliat tu punya la kerap, lama pastu siap ada bunyi uhhh uhhh. Sampaikan kalau tengah-tengah malam boleh buat kita tersedar dengar dia menggeliat. Kesian pun ada time tu. Tapi bila dah nak masuk 2 bulan hilang sendiri.

Basuh pakai mesin ni memang senangkan kita tapi kesan dia yang saya tengok baju cepat jadi lusuh. Kalau mitten ngan booties dia nampak macam tak basuh je. Beza betul kalau basuh pakai tangan. Tapi mana nak larat nak sental semua. Dah la kat taska diorang salin baju tak hingat. Sampai 4 pasang sehari. Campur towel dengan napkin lagi. Sekarang ni kalau baju yang agak-agak spesel sket saya basuh dengan tangan. Yea la sayang la kan kalau 3 kali basuh dah nampak buruk.

Ada ke petua nak bagi baju baby tahan lama ek? Kalau boleh nampak baru sokmo ;-p

Saya Mommy Baru Belajar

4:16:00 PM 0 Comments A+ a-


Hihi.... finally dapat gak join Kumpulan Ibu Menyusu kat FB. Dah lama nak join sebenarnya tapi segan. hikhik

Syok la baca komen-komen bf moms kat situ. Tengok pulak gambar ebm yang diorang letak. Uihhhhh kagum betul. Dan-dan tu jugak rasa nak g pump. haha

Banyak info yang kita boleh dapat ngan join group ni. Ok nak sambung baca komen lagi. eh ehhhh? Tak keje ke cik kak...?! hehe. harini saya tengah mood nak Deepavali ;-p

Mengurus EBM Ke Taska

4:44:00 PM 4 Comments A+ a-

Alhamdulillah Arissa masih minum susu mommy sepenuhnya. Masih ada lagi rezeki untuk dia. Dan semoga Allah terus limpahkan susu yang banyak untuk mommy teruskan perjuangan ini.

Tiap-tiap hari ini la bekalan untuk Arissa ke taska. Saya bekalkan 6 botol EBM. Biasanya 1-2 botol yang frozen, 4 botol yang fresh. Tapi sekarang ni stok yang frozen tak banyak jadi terpaksa la saya usaha untuk dapatkan 5 botol fresh EBM setiap hari. Tiap-tiap botol saya isi dengan 4oz EBM. Arissa minum 5 botol sehari.

Macam ni la cara saya bekalkan EBM Arissa ke taska.

Dulu bagi 6 botol tapi sekarang bagi 5 sebab selalu yang ke-6 tak diusik.

Letak dalam cooler box Coleman. Punya la susah cari cooler box ni. Maklum la nak cari yang bajet-bajet je. Last-last jumpa dekat Tesco RM69.90. Kat tempat lain RM89.90 ada, RM99.90 pun ada. Tak tau la kalau orang lain jumpa yang lagi murah. ;-p

Dah siap beli cooler box. Nak cari chillers pulak. Saya baca kat blog ramai yang pakai coleman brite ice. Tapi tu lah. Time kita nak, time tu la dia susah nak jumpa. Pegi Giant takde, Tesco takde, Carrefour pun takde. Terpaksa la ke Jusco AU sebab saya pernah nampak kat sana ada. Ada diskaun dapat RM16.90 satu. Beli 2 ketul sebab ingat muat nak letak dalam box tu. Tapi muat 1 je. Risau takot tak cukup sejuk sampai ke petang saya letak 1 ice pack. Alhamdulillah setakat ni kalau ambil Arissa pukul 5.30, botol susu tu masih sejuk.

Kat cooler box tu saya letak nota cara-cara nak uruskan EBM. Walaupun owner taska tu cakap diorang tau nak uruskan EBM ni tapi saya tetap lagi puas hati kalau letakkan juga nota sebagai panduan. ;-)


Ni la beg yang tiap-tiap pagi dikendong. Ni kalau tak bawa bekal. Kalau saya bawa bekal tambah lagi 1 beg. Huhu. Takpelah berkorban demi anak kan :-)

EBM Di Awal Pagi

12:00:00 AM 0 Comments A+ a-

Nasib baik tak terbabas pagi tadi. Kalau tak dah rugi sebotol EBM. Biasa saya setkan alarm pukul 4am. Pagi tadi alarm dah berbunyi tapi Arissa masih menyusu. Dia tak mau lepas. Dengan mommy dia sekali terlena. Sedar-sedar dah pukul 5. Cepat-cepat bangun basuh muka terus pump. Ni la hasil dia


Alhamdulillah... rezeki.......

Pump awal pagi memang seronok sebab susu tengah banyak. Tapi yang tak syoknya mata ni punya lah berat. Nak lawan rasa mengantuk. Kalau pump kalam keadaan mamai nanti susu pun slow.

Baby Dalam Perut

12:27:00 PM 0 Comments A+ a-

Macam ni ke Arissa dalam perut mommy dulu??


Mak oiii besarnyer. Confirm bukan macam ni. Sebab Arissa kan duk melintang dalam perut mommy dulu. Dalam perut lagi dah kena siku ngan mommy. haha. sori!!! Tu la sape suruh duk macam tu ;-p

Happy 4 Month Old Lil' Arissa

12:48:00 PM 0 Comments A+ a-


Dah 4 bulan umur anak mommy. Macam tak caya je mommy mampu jaga awak sampai sekarang. Alhamdulillah Arissa masih minum susu mommy. Harap-harap dapat la capai target.

Masuk 4 bulan perangai Arissa pun dah banyak berubah. Kalau dulu nak dengar suara dia menangis sangat la payah. Tapi sekarang ni asal lambat bagi susu dah mula la dia menyanyi. Nyaring lak tu. Meniarap Arissa dah terer. Pantang letak telentang zassss terus tengok-tengok dah meniarap. Tengah-tengah malam nak feed Arissa pun mommy terpaksa berhempas pulas bergelut dulu. Tangan Arissa sibuk duk genggam baju mommy. Pastu asyik nak mengiring. Aktif betul awak ni :-)

Lunch BF Mommy

4:57:00 AM 0 Comments A+ a-

Nak makan apa-apa mesti pikir pasal susu dulu. Sekarang ni takde maknanya nak diet-diet. Kalau bungkus nasi mesti penuh satu polisterine. Ni lunch untuk hari ni


Nasi
Lauk ayam
Tauhu lembut (wajib!)
Sawi (pun wajib ambik!)

Macam ni la hari-hari lunch kat ofis. Malu jugak time beratur nak bayar tu. Tapi pikirkan Arissa wat xtau je la. hehe. Sawi dengan tauhu takat ni memang membantu tambahkan susu. Kalau makan sawi banyak susu pun nampak ijau-ijau sikit.

Kualiti EBM Sebelum & Selepas Makan Shaklee

2:40:00 PM 0 Comments A+ a-

Saya start makan Shaklee BF Set ni start lepas raya hari tu. Alhamdulillah ada nampak perbezaan. Kalau compare dengan susu yang dipump masa dalam pantang dulu, jauh sangat beza dia.

Ni contoh hasil tuaian hari ni. hehe ;-p

Yang ni pump pukul 10 pagi tadi. Lupa nak telan Shaklee lepas breakfast terus gi pump sebab dah rasa macam penuh.


Yang kat bawah ni pulak baru je pump jap tadi. Panas-panas lagi ni. Yang ni lepas lunch pukul 2 petang. Kaler dah nak jadi kuning hijau-hijau sikit. Pekat!


Kalau dari segi kuantiti memang saya tak pernah nak dapat penuh 2 botol. Paling banyak pun rekod takat ni 7oz. Tu pun bukan main hepi lagi rasa. Setakat ni tiap kali pump kat ofis Alhamdulillah dapat dalam 5oz sekali pump. Biasa saya pump 3 kali. Kalau sempat 4 kali. Minggu ni Arissa dapat minum fresh EBM tiap-tiap hari. Yea la dah yang frozen tinggal sangat la ciput. Terpaksa la mommny dia berhempas pulas bersengkang mata pump jugak bagi cukup. Arissa ni kat taska minum 5 botol x 4oz.

Apa yang saya notice sejak amik Shaklee ni kepekatan susu. Kalau dulu bahagian lemak tak sampai pun 1oz untuk setiap botol. Air yang banyak. Memang nampak cair sangat-sangat. Tapi sekarang ni penuh dengan bahagian lemak. Sampai ada kawan kat ofis cakap nampak sedap! haha

Harap-harap dapat la saya teruskan menyusu Arissa kalau boleh biar la sampai umur dia setahun. Tak berani nak target sampai 2 tahun lagi. Kita buat yang jangka pendek dulu ;-)

"Ya Allah limpahkanlah aku dengan rezeki susu badan yang sentiasa banyak dan mencukupi untuk anakku agar aku mampu memberi yang terbaik untuknya. Amin"

Anak Papa

1:08:00 PM 2 Comments A+ a-

Anak papa ke nie...?


Papa kalau bab dukung / tolak stroller rajin sangat la. Tapi kalau suruh tolong tukar pampers huh ampehhh.... hehe

Arissa kalau papa dia yang agah mudah sangat gelak. Mommy jeles tauuuu! Sampaikan kat rumah papa dia tengah ngadap laptop pun, Arissa duk tersengeh-sengeh pandang papa dia kot belakang. Tunggu kawan tu agah dia.


Ni gambar masa teman adik ipar ke konvo UIA. Sampai-sampai je Arissa dah rasmi toilet. Nasib baik bawak baju spare. Sekarang ni kalau keluar ke mana-mana bukan takat kena bawak pampers spare, dengan baju sekali. selalu ngat bocor.

Wordless Wednesday : Tidur Gaya Bebas

11:02:00 AM 0 Comments A+ a-

Supplement Untuk Tambah Susu Badan

10:42:00 AM 0 Comments A+ a-

Alhamdulillah

Dah nak masuk 4 bulan saya berjaya menyusukan Arissa sepenuhnya. Walaupun hanya pada hari ke-6 baru saya dapat fully breastfeed Arissa. It's OK. Pengalaman pertama la katakan. Tambah pulak saya ni memang sangat-sangat kurang knowledge breastfeeding ni. Takpa. Slow-slow :-)

Tapi last week, production susu saya agak merudum. Rasanya sebab saya demam dan selsema yang dah dua minggu masih belum hilang. Bila makan ubat selsema dan batuk, jadi mengantuk sangat. Sampaikan di ofis pun saya asyik nak lena. So takde maknanya la saya akan bangun pump tengah-tengah malam. Kelopak mata rasa macam kena jahit!

Hari Khamis lepas saya terpaksa cuti emergency sebabnya tak cukup untuk bekalkan ebm Arissa ke taska. Huhu

Awal pagi saya pump dapat tak sampai 0.5oz. Geramnya! Lepas breakfast saya pump lagi. Pun sama jugak hasilnya. Tapi yang peliknya klu saya direct bf Arissa rasa macam penuh je cik B. Arissa pun kenyang. Tapi pump tak banyak pun keluar.

Call husband suruh balik ambik saya hantar ke farmasi.

Sampai farmasi saya bagitau pharmacist saya nak apa-apa je supplement yang boleh banyakkan susu badan. Terus dia tunjuk ni


Fenugreek. Saya pernah baca yang halba ni salah satu milk booster. Masa dalam pantang pernah try buat nasi lemak taruk halba. Sedap! Rasa macam nasi dagang. Tapi tak sesuai dengan Arissa. Cirit-birit pulak dia. Maybe saya letak banyak sangat kot.

Saya beli 3 kotak. Satu kotak RM11. Harga asal RM12.90. Kat Farmasi Alpha ni selalu ada diskaun. Tu yang suke sangat beli kat sini :-) Rasa minuman ni memang sedap. Pekat dengan coklat. Sebab nakkan hasil yang cepat saya minum 3 paket sehari untuk 3 hari berturut-turut.

Lagi satu saya beli Obimin Plus.


Satu kotak RM42. Harga asal RM62. Ada 30 biji. Mula-mula tengok harga terkejut gak. Tanya ada diskaun ke tak. Hihi. Nasib baik ada. Obimin ni pun kapsul dia rasa coklat. Tapi punya la besar kapsul dia. Mujur la saya ni memang suka makan ubat biji. Kalau ubat kenis cecair payah sikit ;-p

Ada kesan ke tak nanti kita review next entry okeh!

Wordless Wednesday

3:01:00 PM 0 Comments A+ a-

Kesan Minum Air Longan Kering

8:27:00 AM 1 Comments A+ a-

Uhuk uhukkk....!

Tu la kesan dia. Batuk! Sejak hari Sabtu lepas asyik batuk. Tekak rasa gatal-gatal. Maybe tak sesuai dengan mommy kot. Effect pada susu pula takde apa-apa. Maknanya tak membantu menambahkan susu. Sebab tu orang cakap bukan semua petua-petua milk booster ni sesuai dengan semua orang. Kena try and error la kan. So mommy dah tau yang longan kering dengan kurma merah tak sesuai dengan badan mommy.

Tapi kalau makan longan segar menjadi pulak. Makan tak sampai sepuluh biji pun dah boleh rasa kesan dia. Kalau tak dapat yang segar, dalam tin pun boleh. Tapi masalahnya yang dalam tin tu mommy tak yakin la halal ke tak. Sebab tengok tulisan cina je. Tanda halal pun meragukan.

Nak kena gi pasar chowkit la nampaknya cari buah ni

So sekarang mommy start minum air bali. Bulan puasa hari tu tak pernah tinggal air barli. Alhamdulillah yang ni pun kira ketegori milk booster jugak ;-)

Aidilfitri 2011

11:25:00 AM 0 Comments A+ a-

Alhamdulillah... Dulu berdua sekarang bertiga... coming soon berempat. ooppssss tunggu lagi 3-4 tahun. Haha

Gambar raya tahun ni tak banyak pun. Asyik berkejar kejap rumah ma lama rumah mertua. Huhu. Kesian Safiyyah Arissa ;-p

Dah habis bulan Syawal baru nak update. Nak buat macamana jadual hidup totally berubah. Rasa tak cukup 24jam sehari. Macam-macam nak kena buat nak mengejar title super-mommy nih. Fuhhhh penat............


Ni salam untuk posing je. Ampun dan maaf 30 Syawal baru mintak. Hihi

Latihan Meniarap

1:56:00 PM 1 Comments A+ a-

Gigih betul anak dara sorang ni. Asal letak terbaring je mesti nak pusing. Dah takmo duk telentang sekarang ni. Tengah-tengah malam pun kalau dia sedar nak susu, asal lambat sikit je terus nak meniarap.

Ni Safiyyah Arissa tengah berusaha nak angkat kepala.

"Apasal susah ngat ni mommy??"


"Aduhhhh lenguh la mommy. Tolong laaaa. Huhu"


"Cakkkk... akhirnya berjaya jugak."

Milk Booster : Longan Kering + Kurma Merah

7:00:00 PM 0 Comments A+ a-

Ramai yang cakap minum air longan kering dengan kurma merah ni baik untuk tambah susu badan. Mommy pun nak cuba sebab susu sekarang ni cukup-cukup untuk bekalan 1 hari Safiyyah Arissa kat taska. Risau takut makin merudum.

Dah lama cari longan kering ni. At last jumpa jugak dekat Jusco AU. Kurma merah pun ada. Amik dua-dua.

Malam tadi rebus. Kurma merah mommy letak separuh je sebab banyak sangat 1 paket tu. Cara nak rebus dia senang je. Macam ni:

1. Kurma merah dibelah dua. Buang biji kalau ada.
2. Basuh bersih-bersih kurma dengan longan. Lepas tu toskan.
3. Rebus dua-dua buah dalam periuk. Sukatan air ikut suka. Mommy buat agak pekat.
4. Masukkan gula. Pun ikut suka. Mommy taruk lebih sebab nanti nak minum campur dengan air masak.
5. Masak dalam 15-20 minit sampai air bertukar jadi macam air teh.



Longan kering dan kurma merah yang dah siap rebus. Panas berasap lagi ni.

Mommy simpan dalam botol macam kat bawah ni.


Pastu letak dalam peti ais. Bila nak minum, tuang separuh gelas kemuadian tambah air panas. Minum suam-suam. Sedap! Hasilnya nanti kita review next entry.