Basuh Baju Baby Pakai Mesin Ke Tangan

4:15:00 PM 2 Comments A+ a-

Betul ke orang tua-tua cakap kalau basuh baju baby pakai mesin nanti baby suke menggeliat? Betul ke..? Betul kerrr? hmmm sendiri tanya sendiri mau jawab ni. hihi. Tak tau la sama ada kebetulan ke ape. Masa dalam pantang, mula-mula sental pakai tangan baju Arissa. Tapi bila dah banyak sangat mana nak larat. So main campak masuk dalam mesin je la senang. Tau-tau dah siap ambik jemur. Senang kerja. Tapi nak jadi cerita, sejak basuh baju dia dengan mesin tu, dia suka sangat menggeliat. Ni bukan menggeliat sikit tau. Dia punya menggeliat tu punya la kerap, lama pastu siap ada bunyi uhhh uhhh. Sampaikan kalau tengah-tengah malam boleh buat kita tersedar dengar dia menggeliat. Kesian pun ada time tu. Tapi bila dah nak masuk 2 bulan hilang sendiri.

Basuh pakai mesin ni memang senangkan kita tapi kesan dia yang saya tengok baju cepat jadi lusuh. Kalau mitten ngan booties dia nampak macam tak basuh je. Beza betul kalau basuh pakai tangan. Tapi mana nak larat nak sental semua. Dah la kat taska diorang salin baju tak hingat. Sampai 4 pasang sehari. Campur towel dengan napkin lagi. Sekarang ni kalau baju yang agak-agak spesel sket saya basuh dengan tangan. Yea la sayang la kan kalau 3 kali basuh dah nampak buruk.

Ada ke petua nak bagi baju baby tahan lama ek? Kalau boleh nampak baru sokmo ;-p

2 kawan cakap

Write kawan cakap
AIN NAZRI
AUTHOR
November 4, 2011 at 10:20 AM delete

first time dgr petua pasal mengeliat ni. baby ain pon suka mengeliat jugak.. hik hik.. tak tahu laa betol atau kebetulan..

ain basuh baju baby mmg pakai mesin.. x larat nak menyental.. tapi ain masukkan dalam jaring2 tu.. so baju takdelaa teruk kena balun ngan mesin.. hehe..

*lupa cakap.. salam perkenalan ye.. first time dok mengomen kat sini.

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
November 11, 2011 at 9:52 AM delete

AIN NAZRI >> hiiii ain ;-)
2 la org tua-tua cakap. xtau la btul ke idak kan. sama mcm rambut gugur sb anak suka sembur air liur. ok gak pakai sarung tu. hmmm nak kena g carik gak nih

Reply
avatar