Happy 4 Month Old Lil' Arissa

12:48:00 PM 0 Comments A+ a-


Dah 4 bulan umur anak mommy. Macam tak caya je mommy mampu jaga awak sampai sekarang. Alhamdulillah Arissa masih minum susu mommy. Harap-harap dapat la capai target.

Masuk 4 bulan perangai Arissa pun dah banyak berubah. Kalau dulu nak dengar suara dia menangis sangat la payah. Tapi sekarang ni asal lambat bagi susu dah mula la dia menyanyi. Nyaring lak tu. Meniarap Arissa dah terer. Pantang letak telentang zassss terus tengok-tengok dah meniarap. Tengah-tengah malam nak feed Arissa pun mommy terpaksa berhempas pulas bergelut dulu. Tangan Arissa sibuk duk genggam baju mommy. Pastu asyik nak mengiring. Aktif betul awak ni :-)