Kualiti EBM Sebelum & Selepas Makan Shaklee

2:40:00 PM 0 Comments A+ a-

Saya start makan Shaklee BF Set ni start lepas raya hari tu. Alhamdulillah ada nampak perbezaan. Kalau compare dengan susu yang dipump masa dalam pantang dulu, jauh sangat beza dia.

Ni contoh hasil tuaian hari ni. hehe ;-p

Yang ni pump pukul 10 pagi tadi. Lupa nak telan Shaklee lepas breakfast terus gi pump sebab dah rasa macam penuh.


Yang kat bawah ni pulak baru je pump jap tadi. Panas-panas lagi ni. Yang ni lepas lunch pukul 2 petang. Kaler dah nak jadi kuning hijau-hijau sikit. Pekat!


Kalau dari segi kuantiti memang saya tak pernah nak dapat penuh 2 botol. Paling banyak pun rekod takat ni 7oz. Tu pun bukan main hepi lagi rasa. Setakat ni tiap kali pump kat ofis Alhamdulillah dapat dalam 5oz sekali pump. Biasa saya pump 3 kali. Kalau sempat 4 kali. Minggu ni Arissa dapat minum fresh EBM tiap-tiap hari. Yea la dah yang frozen tinggal sangat la ciput. Terpaksa la mommny dia berhempas pulas bersengkang mata pump jugak bagi cukup. Arissa ni kat taska minum 5 botol x 4oz.

Apa yang saya notice sejak amik Shaklee ni kepekatan susu. Kalau dulu bahagian lemak tak sampai pun 1oz untuk setiap botol. Air yang banyak. Memang nampak cair sangat-sangat. Tapi sekarang ni penuh dengan bahagian lemak. Sampai ada kawan kat ofis cakap nampak sedap! haha

Harap-harap dapat la saya teruskan menyusu Arissa kalau boleh biar la sampai umur dia setahun. Tak berani nak target sampai 2 tahun lagi. Kita buat yang jangka pendek dulu ;-)

"Ya Allah limpahkanlah aku dengan rezeki susu badan yang sentiasa banyak dan mencukupi untuk anakku agar aku mampu memberi yang terbaik untuknya. Amin"