Mengurus EBM Ke Taska

4:44:00 PM 4 Comments A+ a-

Alhamdulillah Arissa masih minum susu mommy sepenuhnya. Masih ada lagi rezeki untuk dia. Dan semoga Allah terus limpahkan susu yang banyak untuk mommy teruskan perjuangan ini.

Tiap-tiap hari ini la bekalan untuk Arissa ke taska. Saya bekalkan 6 botol EBM. Biasanya 1-2 botol yang frozen, 4 botol yang fresh. Tapi sekarang ni stok yang frozen tak banyak jadi terpaksa la saya usaha untuk dapatkan 5 botol fresh EBM setiap hari. Tiap-tiap botol saya isi dengan 4oz EBM. Arissa minum 5 botol sehari.

Macam ni la cara saya bekalkan EBM Arissa ke taska.

Dulu bagi 6 botol tapi sekarang bagi 5 sebab selalu yang ke-6 tak diusik.

Letak dalam cooler box Coleman. Punya la susah cari cooler box ni. Maklum la nak cari yang bajet-bajet je. Last-last jumpa dekat Tesco RM69.90. Kat tempat lain RM89.90 ada, RM99.90 pun ada. Tak tau la kalau orang lain jumpa yang lagi murah. ;-p

Dah siap beli cooler box. Nak cari chillers pulak. Saya baca kat blog ramai yang pakai coleman brite ice. Tapi tu lah. Time kita nak, time tu la dia susah nak jumpa. Pegi Giant takde, Tesco takde, Carrefour pun takde. Terpaksa la ke Jusco AU sebab saya pernah nampak kat sana ada. Ada diskaun dapat RM16.90 satu. Beli 2 ketul sebab ingat muat nak letak dalam box tu. Tapi muat 1 je. Risau takot tak cukup sejuk sampai ke petang saya letak 1 ice pack. Alhamdulillah setakat ni kalau ambil Arissa pukul 5.30, botol susu tu masih sejuk.

Kat cooler box tu saya letak nota cara-cara nak uruskan EBM. Walaupun owner taska tu cakap diorang tau nak uruskan EBM ni tapi saya tetap lagi puas hati kalau letakkan juga nota sebagai panduan. ;-)


Ni la beg yang tiap-tiap pagi dikendong. Ni kalau tak bawa bekal. Kalau saya bawa bekal tambah lagi 1 beg. Huhu. Takpelah berkorban demi anak kan :-)

4 kawan cakap

Write kawan cakap
yanie
AUTHOR
July 5, 2012 at 4:26 PM delete

ape yang sis tulis kt ats box tuh????

Reply
avatar
norule27
AUTHOR
August 31, 2014 at 11:53 PM delete

sis u tulis camana...???.... nak tgk juga

Reply
avatar
March 1, 2015 at 9:43 AM delete

assalamualaikum sis.. sy pun nak tau apa yg sis tulis ats kotak tu..tq 4 sharing

Reply
avatar
ReyhaEphyra
AUTHOR
June 10, 2015 at 11:47 AM delete

Assalamualaikum. Mohon maaf kawan2. Mommy ni jarang check komen. Pastu punya la kuno xpenah pun tau ada awaiting comment la apa. hadoiiiii!!! hari ni duk belek2 ni baru jumpa komen2 ni. ammmmmpunnnnn kawan2. Mommy cuba cari kalau ada simpan lagi nota softcopy yea

Reply
avatar