Milk Booster : Longan Kering + Kurma Merah

7:00:00 PM 0 Comments A+ a-

Ramai yang cakap minum air longan kering dengan kurma merah ni baik untuk tambah susu badan. Mommy pun nak cuba sebab susu sekarang ni cukup-cukup untuk bekalan 1 hari Safiyyah Arissa kat taska. Risau takut makin merudum.

Dah lama cari longan kering ni. At last jumpa jugak dekat Jusco AU. Kurma merah pun ada. Amik dua-dua.

Malam tadi rebus. Kurma merah mommy letak separuh je sebab banyak sangat 1 paket tu. Cara nak rebus dia senang je. Macam ni:

1. Kurma merah dibelah dua. Buang biji kalau ada.
2. Basuh bersih-bersih kurma dengan longan. Lepas tu toskan.
3. Rebus dua-dua buah dalam periuk. Sukatan air ikut suka. Mommy buat agak pekat.
4. Masukkan gula. Pun ikut suka. Mommy taruk lebih sebab nanti nak minum campur dengan air masak.
5. Masak dalam 15-20 minit sampai air bertukar jadi macam air teh.



Longan kering dan kurma merah yang dah siap rebus. Panas berasap lagi ni.

Mommy simpan dalam botol macam kat bawah ni.


Pastu letak dalam peti ais. Bila nak minum, tuang separuh gelas kemuadian tambah air panas. Minum suam-suam. Sedap! Hasilnya nanti kita review next entry.