Supplement Untuk Tambah Susu Badan

10:42:00 AM 0 Comments A+ a-

Alhamdulillah

Dah nak masuk 4 bulan saya berjaya menyusukan Arissa sepenuhnya. Walaupun hanya pada hari ke-6 baru saya dapat fully breastfeed Arissa. It's OK. Pengalaman pertama la katakan. Tambah pulak saya ni memang sangat-sangat kurang knowledge breastfeeding ni. Takpa. Slow-slow :-)

Tapi last week, production susu saya agak merudum. Rasanya sebab saya demam dan selsema yang dah dua minggu masih belum hilang. Bila makan ubat selsema dan batuk, jadi mengantuk sangat. Sampaikan di ofis pun saya asyik nak lena. So takde maknanya la saya akan bangun pump tengah-tengah malam. Kelopak mata rasa macam kena jahit!

Hari Khamis lepas saya terpaksa cuti emergency sebabnya tak cukup untuk bekalkan ebm Arissa ke taska. Huhu

Awal pagi saya pump dapat tak sampai 0.5oz. Geramnya! Lepas breakfast saya pump lagi. Pun sama jugak hasilnya. Tapi yang peliknya klu saya direct bf Arissa rasa macam penuh je cik B. Arissa pun kenyang. Tapi pump tak banyak pun keluar.

Call husband suruh balik ambik saya hantar ke farmasi.

Sampai farmasi saya bagitau pharmacist saya nak apa-apa je supplement yang boleh banyakkan susu badan. Terus dia tunjuk ni


Fenugreek. Saya pernah baca yang halba ni salah satu milk booster. Masa dalam pantang pernah try buat nasi lemak taruk halba. Sedap! Rasa macam nasi dagang. Tapi tak sesuai dengan Arissa. Cirit-birit pulak dia. Maybe saya letak banyak sangat kot.

Saya beli 3 kotak. Satu kotak RM11. Harga asal RM12.90. Kat Farmasi Alpha ni selalu ada diskaun. Tu yang suke sangat beli kat sini :-) Rasa minuman ni memang sedap. Pekat dengan coklat. Sebab nakkan hasil yang cepat saya minum 3 paket sehari untuk 3 hari berturut-turut.

Lagi satu saya beli Obimin Plus.


Satu kotak RM42. Harga asal RM62. Ada 30 biji. Mula-mula tengok harga terkejut gak. Tanya ada diskaun ke tak. Hihi. Nasib baik ada. Obimin ni pun kapsul dia rasa coklat. Tapi punya la besar kapsul dia. Mujur la saya ni memang suka makan ubat biji. Kalau ubat kenis cecair payah sikit ;-p

Ada kesan ke tak nanti kita review next entry okeh!