First Date

2:41:00 PM 4 Comments A+ a-

Semalam mommy ponteng! hihi. Rasa malas sangat nak gi office pastu tambah pulak dengan satu lagi alasan yang agak munasabah la. Alasan yang ni memang mommy terpaksa amik cuti emergency ;-p

Berdua dengan Arissa pada hari bekerja sangat menyeronokkan. Walaupun most of the time Arissa tidur je. Kalau biasa pukul 6.15 mommy terpaksa kejut dia untuk tukar drypers pastu nyusukan dia. Tapi semalam, lepas dia menyusu pukul 6, mommy bagi dia tidur lagi. Pukul 8 baru dia bangun. Bukak mata terus senyum. Owhhh bahagianya!!

Lepas mandi, main, guling-guling kejap, Arissa tidur balik. Tapi kejap je. Pastu pukul 12 dia tidur lagi. Punya la lama tidur. Mommy dah bersiap, tunggu dia bangun. Pukul 3 nampak syok lagi layan tidur. Pukul 3.30 terpaksa la kejut. Nanti kalau lewat sangat keluar, sibuk dengan orang balik kerja pulak.

Nyenyak betul dia tidur. Tak sampai hati gak nak kejut

Muka konpius. Biasa duk dalam carseat pagi-pagi gelap lagi

Pastu mulut start bising duk membebel

Kitorang ke Guardians. Nak beli mandian dengan bedak. Sebab ibu kat taska cakap dah habis. Nasib baik dapat parking depan Guardians. Kalau masuk Guardians mesti lama. Mommy suka sangat belek-belak barang dalam tu. Budak kerja kat situ duk agah Arissa tapi dia buat muka masam je. Muka tak puas tidur lagi la tu.

Dah siap beli barang semua, pusing cari kedai barang-barang bakery  pulak. Dah alang-alang sampai situ baik terus singgah. Tapi parking takdak. Terpaksa la park kereta jauh. Jalan kaki dukung cik kak ni. Aduiii lengan dah rasa macam ada ada ketul-ketul je ni. Mommy pergi City Bakery dekat belakang Sunway Giza. Beli barang nak buat muffin. Konon projek cuti 3 hari nanti. Tah jadi ke tidak. Jalan-jalan singgah ICCA bakery pulak. Banyak jugak rupanya bakery kat sini. Bestnya tengok barang-barang hiat kek. Macam-macam ada. Comey-comey pulak tu. Tapi mampu tengok je la. Kang beli buatnya tidak, rugi je.

Sebelum balik kitorang pusing-pusing area The Strand. Tak pernah pergi pun lagi The Strand tu. Nampak kalau malam macam meriah je. Nanti boleh ajak husband ni ;-)

Otw balik Arissa dah mengamuk sebab lapar. Duk dalam carseat pun asyik nak bangun. Terpaksa la mommy pecut balik rumah. Fuhhh mencabar betul keluar dengan bidak tecik nih! Tapi syok!!

Tak Mulut Dia Mulut Orang

4:35:00 PM 2 Comments A+ a-

Suka tengok gambar ni. Papa with Arissa


Tangan dia suka sangat duk main kat muka orang. Mula-mula pegang biasa-biasa dulu, pastu bila dia buat geram... aduhhhh sakit! Dia ramas muka kita. Tengah-tengah malam pun macam 2. Kadang-kadang sampai mommy menjerit. Kalau tak dapat muka, lengan pun jadi. Bila bangun pagi, nampak la bekas tanda merah-merah kat lengan.

Kalau La Mommy Tak Kerja

4:14:00 PM 2 Comments A+ a-

Hehe.. Tajuk angan-angan je lebih. Kalau dia bersepah memang tak payah kerja kan mommies. Duk rumah jaga anak. Syok kan!

Rutin harian kami dua beranak. Pukul 6.30-6.40 pagi dah turun. Biasanya papa akan ikut turun sekali tolong bawak barang-barang mommy ngan Arissa. Yea la mana la mommy larat nak dukung Arissa, nak pikul beg 2-3 bijik. Coolerbox lagi.

Macam ni la gaya Arissa tiap-tiap pagi. Masam je muka dia bila letak dalam carseat. Mesti dia pun dah paham kejap lagi nak kena hantar rumah ibu. Sabar la Arissa yea...


Merenung nasib ke nak oiiii....


Bila tengok muka anak macam ni, alahaiii makin berat hati mommy nak tinggalkan dia. Nak je patah balik.... huhu

Bayi Terbang

4:01:00 PM 0 Comments A+ a-

Up up! N awayyyyy.....!!


Arissa suka sangat buat gaya macam ni sekarang ni. Asal meniarap je lepas tangan. Dada ngan perut je rapat kat lantai.

Happy 5 Month Old Lil' Arissa

1:39:00 AM 5 Comments A+ a-

Kalau ikut bulan harini la Arissa cukup 5 bulan. Tapi kalau kira hari semalam cukup 150 hari. Mommy suka kira hari baru tepat. Mommies-mommies macamane?

Ni gaya tidur Arissa yang terbaru. Mesti nak peluk sumthing. Kalau mommy kat sebelah, mommy la yang jadi bantal peluk dia.


Bila Arissa peluk, nak gerak pun rasa tak sampai hati. Lagi satu feeling tu yang best. Rasa syok sangat bila anak peluk kita. Dengan papa dia, mommy xpernah lagi tengok dia peluk time tidur. Selalu dia pegang muka papa dia je.

Dah macam gaya budak besar kan


Semalam tengok balik gambar masa Arissa masih umur dalam 40 hari... How i miss that moment :-(

Telekung Dan Pump

12:19:00 PM 0 Comments A+ a-

Tau tak telekung sembahyang ni banyak jugak kegunaan dia selain dari wat sembahyang. hihi.

Pernah tak mommies terpikir nak mengepam dalam telekung? Macam nak buka pekung di dada je kan. haha. Pengalaman berharga nak share ni ;-p

Sejak masuk kerja lepas bersalin ni, mommy tak pernah lagi pakai kebaya. Kurung moden apatah lagi. Makanya baru-baru ni teringin sangat nak bergaya la konon dengan kurung moden. Tambah pulak kain dia jenis yang tak iron pun takpe. Apa lagi... pakai la ke office.

Masuk pukul 10 tibalah waktu mengepam. Aduhhh punya la susah nak selak. Sampaikan mengepam pun takleh nak feeling. huhu.

Lepas Zuhor, mengepam sesi-2. Tetiba teringat cerita member office. Dia pernah pergi rumah sedara kalau tak silap la dengan pakai baju kurung moden. Sebab nak df anak, dia terpaksa pakai telekung. Yea la habis takkan nak buat free show plak kan. hehe. So apa lagi. Meh la kita mencuba. Jadinya mengepam la mommy dalam telekung. Selesa jugak rupanya. Haha. Tobat lepas ni takmo pakai kurung moden lagi dah. Nanti kalau nak bergaya jugak kena make sure tempah baju dengan butang di depan.

Rekod Terbaik

4:21:00 PM 0 Comments A+ a-

Mommy tujukan entry ni khas buat Mama Iman. hihi

Alhamdulillah. Ni sesi pukul 3 tadi. Kalau la tiap-tiap kali pump dapat banyak ni. Pump 3 kali kat office, lega hati mommy. Takde la cuak sangat.


Kerja-kerja mengepam hari Jumaat adalah sangat membahagiakan. Yea la tak perlu nak risau stok untuk besok cukup ke tak. Kalau hari Isnin - Khamis, tiap kali pump, mesti berdebar je tengok hasil. Takut tak cukup nak wat bekal Cik Arissa besoknya :-p

Drinho Soya Jagung

4:18:00 PM 0 Comments A+ a-

Terbaekkkkk.....!

Asal orang cakap makan tu boleh tambah susu. Cariiiii! Orang cakap minum ni pun boleh tambah susu gak. Mesti mau cari punya! hehe. Punya la usaha nak tambahkan hasil tenusu. Kalau benda yang orang cakap tu tekak mommy ni boleh terima. Mommy usaha gak dapatkan.

Ni terbaca kat blog mana tah dah lupa. Dia cakap minum air soya jagung pun milk booster. Mommy dah try cari kat Carrefour KD tapi dia jual 1/2 dozen. Banyak sangat tu. Tadi pergi JJ Wangsa Maju cari la benda alah ni. Jumpa. Terus beli.


Memang sedap laaaa.... Dah la bau dia pun wangi. Air soya ke jagung ke dah memang my peberet. So takde hal la nak minum banyak. Asal jangan suruh mommy minum air akar kayu sudah. Pengsan!!

Carta Perkembangan Bayi

10:57:00 AM 0 Comments A+ a-


Arissa dah 4 bulan. Kalau ikut carta ni perkembangan dia betul ikut jadual ni. Tapi bab nak panggil baba mama tu belum dapat la. Menjerit bertempik tau la dia. Kalau kita panggil nama dia, dia akan toleh. Dah tau nama dia Arissa. hihi. Pastu dah boleh roll over. Telentang-telentang ni dah tak main la. Orang tengah berlagak boleg berguling. Apa lagi kannnn..... hehe

Jadual Perkembangan Bayi

9:56:00 AM 0 Comments A+ a-


Tak berapa clear la. Ni source from google. Nanti nak cari yang lain

Sila Pakai Seat Belt Cik Arissa

4:03:00 PM 2 Comments A+ a-

" Aisehhh lenguh laaa duk telentang jek. Kasi pusing sket lah "

" Ape ni mommy... Arissa dah besar laaaa. Takmo la pakai mitten ni lagi plisss"

"Apsal rasa macam diperhatikan je ni...? Ooooo skodeng yeaaaa! "

Awal-awal duk dalam carseat ni behave je dia. Sekarang ni dah tak kira masa. Asyik nak pusing nak meniarap je. Kalau pakaikan seat belt boleh pulak dia duk jilat belt tu. Habis basah! Arissa... Arissa...