First Date

2:41:00 PM 4 Comments A+ a-

Semalam mommy ponteng! hihi. Rasa malas sangat nak gi office pastu tambah pulak dengan satu lagi alasan yang agak munasabah la. Alasan yang ni memang mommy terpaksa amik cuti emergency ;-p

Berdua dengan Arissa pada hari bekerja sangat menyeronokkan. Walaupun most of the time Arissa tidur je. Kalau biasa pukul 6.15 mommy terpaksa kejut dia untuk tukar drypers pastu nyusukan dia. Tapi semalam, lepas dia menyusu pukul 6, mommy bagi dia tidur lagi. Pukul 8 baru dia bangun. Bukak mata terus senyum. Owhhh bahagianya!!

Lepas mandi, main, guling-guling kejap, Arissa tidur balik. Tapi kejap je. Pastu pukul 12 dia tidur lagi. Punya la lama tidur. Mommy dah bersiap, tunggu dia bangun. Pukul 3 nampak syok lagi layan tidur. Pukul 3.30 terpaksa la kejut. Nanti kalau lewat sangat keluar, sibuk dengan orang balik kerja pulak.

Nyenyak betul dia tidur. Tak sampai hati gak nak kejut

Muka konpius. Biasa duk dalam carseat pagi-pagi gelap lagi

Pastu mulut start bising duk membebel

Kitorang ke Guardians. Nak beli mandian dengan bedak. Sebab ibu kat taska cakap dah habis. Nasib baik dapat parking depan Guardians. Kalau masuk Guardians mesti lama. Mommy suka sangat belek-belak barang dalam tu. Budak kerja kat situ duk agah Arissa tapi dia buat muka masam je. Muka tak puas tidur lagi la tu.

Dah siap beli barang semua, pusing cari kedai barang-barang bakery  pulak. Dah alang-alang sampai situ baik terus singgah. Tapi parking takdak. Terpaksa la park kereta jauh. Jalan kaki dukung cik kak ni. Aduiii lengan dah rasa macam ada ada ketul-ketul je ni. Mommy pergi City Bakery dekat belakang Sunway Giza. Beli barang nak buat muffin. Konon projek cuti 3 hari nanti. Tah jadi ke tidak. Jalan-jalan singgah ICCA bakery pulak. Banyak jugak rupanya bakery kat sini. Bestnya tengok barang-barang hiat kek. Macam-macam ada. Comey-comey pulak tu. Tapi mampu tengok je la. Kang beli buatnya tidak, rugi je.

Sebelum balik kitorang pusing-pusing area The Strand. Tak pernah pergi pun lagi The Strand tu. Nampak kalau malam macam meriah je. Nanti boleh ajak husband ni ;-)

Otw balik Arissa dah mengamuk sebab lapar. Duk dalam carseat pun asyik nak bangun. Terpaksa la mommy pecut balik rumah. Fuhhh mencabar betul keluar dengan bidak tecik nih! Tapi syok!!

4 kawan cakap

Write kawan cakap
Mama Adam
AUTHOR
November 24, 2011 at 4:36 PM delete

seronok kan? pakai comel2 g jalan :D
dah la time org kerja, leisure je rasa. jalan pun x jem. utk adam, next week ya....

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
November 25, 2011 at 7:44 AM delete

ala tak aci r.... tau la mama adam nak cuti panjang. huhu i jeles tauuu

Reply
avatar
abah&ummie
AUTHOR
November 28, 2011 at 10:07 PM delete

Berjalan sakan nampak...

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
November 29, 2011 at 4:43 PM delete

jalan time org keje syokkk woooo...

Reply
avatar