Puree Labu Yang Mengiurkan

10:10:00 AM 8 Comments A+ a-

Labu dah mark dalam list puree peberet Arissa. Lepas buat hari Sabtu, terus try bagi dia makan yang fresh-fresh lagi. Letak EBM sikit. Arissa masih 6 bulan jadinya struktur puree dia haruslah cair. Ini adalah pengajaran untuk mommy. Sebab apa? Nanti mommy cerita lain kali :-)

Suka betul dengan mangkuk IKEA ni. Dah beli 2 biji mangkuk makanan baby tapi sekarang suka guna yang ni. Ada 3 kaler. Gilir-gilir pakai.

Muka sabar menanti disuap. Asal pakai bibs je sibuk nak masuk mulut. Masa ni hidung dalam keadaan kuarang memuaskan. Dah pergi klinik. Doc bagi ubat untuk titis dalam hidung. Dia cakap ubat selesema untuk baby bawah 1 tahun adalah tidak digalakkan. Tapi mommy tak sanggup nak titiskan dalam hidung dia. Just bagi makan ubat demam yang sirap pink tu. Alhamdulillah Arissa suka makan ubat.


Kalau nak tau sama ada Arissa suka atau tak makanan tu, macam ni la reaksi dia. Macam gambar kat bawah ni. Ini tandanya dia suka! Suap satu, keluar je sudu belum sempat nak ceduk lain dia dah terjelir-jelir. Kalau lambat mula la mulut tu bising.


Seyes nampak sedap sangat dia makan. Mommy pun try. Yang ni ok. Memang sedap! Try la mommies.


Muka comot! Perut kenyang!


Apa tak kenyangnya. Habis! Licin! Ni pun kita yang stop. Kalau sua sudu dia nganga lagi tu

Puree Labu & Sweet Potato

9:45:00 AM 2 Comments A+ a-

24 Disember 2011

Cuti Krismas baru ni, mood mommy ke dapur sangat la cemerlang. Start dari pagi sampai ke malam asyik berbunyi je blender kat rumah ni. Tapi bukan rajin sediakan menu kami suami isteri, tapi sibuk dengan puree tuk budak gebok tu. hehe.

Pagi Sabtu tu, mommy start dengan avocado. Lepas tu labu dengan keledek pulak. Ni semua penangan steamer baru. Tak sabar nak test. Macam biasa, jom kita main masak-masak yea mommies sekalian ;-p

Bahan-bahan yang kita perlukan untuk buat puree kali ni adalah labu dan keledek. Mommy beli labu kecik je. Separuh je pun. Sebab ni baru nak kenalkan menu baru kat Arissa. Tak perlu buat banyak terus. Keledek pun mommy beli yang versi kuning dalam 3-4 biji. Basuh bersih-bersih pastu kupas buang kulit. Potong kecik-kecik tapi jangan kecik sangat la. Nanti jadi terlampau lembik lepas steam. Dah potong basuh lagi sekali kemuan toskan.

Labu dah keledek yang sedang menunggu masa untuk di-steam

Jeng... jeng.......jenggggggg!!!

Masukkan dalam steamer yang baru dibeli. Cewahhh ank mention jugak baru beli tu. hehe. layankan aje yea. Setkan masa dalam 15-20 minit. Kemudian tunggu la bunyi loceng dia tanda dah siap.

Mommy pakai dua lapis dulu. Letak yang paling keras kat lapisan bawah. Mommy letak labu kat bawah.

Bila dah siap kukus, bagi dia suam-suam kuku kemudian baru la boleh blend. Kalau susah sangat nak blend tambah la air masak sikit. Blend sampai betul-betul halus. Pastu tuang dalam acuan.

Puree keledek dapat 2 bekas


Puree labu 1 bekas ais kiub dengan 3 bekas dadih.

Masukkan dalam freezer. Mommy biasa keraskan dalam 1 malam sebelum keluarkan dan letak salam tupperware.

Frozen puree labu siap!! Kaler puree labu ni sangat la comel. Geram je tengok.

Puree keledak pun dah siap!!

Arissa Tak Suka Avocado

9:30:00 AM 0 Comments A+ a-

Orang cakap avocado ni sedap. Mommy pun nak cuba bagi kat Arissa. Mommy try beli sebijik je dulu. Kalau Arissa suka nanti mommy beli lagi.

Nak sediakan puree avocado ni senang. Beli buah yang dah masak. Kalau masak kulit dia akan jadi kaler coklat gelap. Bila dah masak isi dia pun lembut. Just cedok dengan sudu pastu lenyek. Tambah EBM sikit nak bagi lagi lemak.


Cara nak potong buah ni ialah kita hiris dengan pisau disekeliling dia sampai ke biji. Kemudian pusing. Terus boleh buka macam kat atas ni.

Yang kat bawah ni dah siap campur dengan EBM. Mommy try rasa dulu sebelum bagi kat Arissa. Errr xleh nak masuk la. Try suap kat Arissa. Dia pun tak nampak ghairah nak makan. Maklum la tekak melayu. hehe. Sudahnya 3 sudu pun habis. So AVOCADO dah delete dari list menu Arissa. Good girl anak mommy ni. Dia tak mau makan yang pelik-pelik ni. Dah la buah ni agak mahal. Sebijik dah 4 ringgit. Jimat poket mommy. haha

Steamer In The House

9:47:00 AM 4 Comments A+ a-

Tadaaaaaa..... ;-p


Akhirnya terbeli jugak. Memang berhajat nakkan steamer. Tapi pikir-pikir pakai la apa yang ada dulu. Nak buat puree, rebus atau steam dengan pengukus dapur gas biasa je la. Memang langsung tak plan.

Hari Jumaat lepas (23 Disember 2011) mommy singgah ke Carrefour lepas ambik Arissa. Cadangnya nak beli labu denga keledek je untuk buat puree time weken. Macam biasa dukung Arissa sorang diri. Sambil-sambil tu singgah kat bahagian elektrik dulu. Setiap kali ke Giant / Carrefour, kami laki bini mesti singgah kat bahagian elektrik. Dah boleh kata wajib. Singgah cuci mata pun dah cukup.

Mommy try tengok-tengok steamer yang ada. Sekali tengok yang kat atas ni. Tengok harga. Tengok lagi betul ke tak ni. Takut salah je. Dia letak harga RM49! Betul ke ni. Panggil sales dia mintak nak tengok. Dia cakap ni last item. Tinggal yang display ni aje. Tak pikir banyak mommy terus cakap nak. Tak kisah la display item pun sebab dah tengok harga gitu punya murah. Terus bayar kat kaunter elektrik. Baru teringat macamana nak bawak benda ni. Dah la sebelah tangan dukung Arissa. Steamer tu dia letak dalam 2 plastik. Sales girl tu tolong ambikkan trolli. So merasa la mommy sebelah tangan dukung Arissa, sebelah lagi tolak troli. Tapi sempat lagi round kat dalam tu. Penuh gak la separuh troli. Mommy beli barang-barang untuk buat puree sekali. Semangat sangat nak try steamer baru :-)

Hari Ahad mommy ajak papa cari barang dapur kat Carrefour. Macam biasa mesti ke bahagian elektrik dulu. saja mommy nak tengok ada lagi tak steamer yang macam mommy beli tu. sebab hari tu sales girl tu cakap dah last item kan. Nasib baik memang takde. Tapi yang ni ada


Lagiiiiii besarrrr! Ada 2 tinggat je tapi memang sangat-sangat besar. Mommy tengok kotak pun macam tak percaya. Curi-curi bukak kotak dia. Sekali steam dalam 1 tray boleh muat agak-agak 2 ekor ikan siakap besar. Maknanya kalau guna dua-dua boleh steam 4 ekor sekali gus. Fuhhhhh....! Tapi mommy tak menyesal pun yang dah beli tu sebab rumah kami bukannya besar. Mana nak letak kalau beli yang ni. Saja ayat nak sedapkan hati. haha

Bila Anak Deman lagi

9:21:00 AM 2 Comments A+ a-

20 Disember 2011

Masuk 6 bulan Arissa demam lagi. Tapi tak kuat sangat. Masa mommy ambik dia dari taska, ibu cakap badan dia panas.

Balik rumah lepas nyusu terus dia lena. Nampak sangat badan dia macam lemah. Mommy bagi dia ubat demam. Pastu letak kain yang dicelup dalam air asam jawa untuk sejukkan badan.



Tak sampai 1 jam dia tidur, terus bangun cergas dah!


Dah nak mulakan aktiviti mengemop lantai ;p


Dan tak lupa juga gaya break dance dia. Kaki mesti nak terbelit-belit. Alahaiii Arissa!

Bila Arissa Demam

9:21:00 AM 2 Comments A+ a-

22 Oktober 2011

First time Arissa demam masa ni umur 4 bulan. Tapi kira Alhamdulillah la sebab dah 2 bulan hantar taska, ni baru demam. Lagipun mommy rasa dia demam bukan sebab jangkit kat taska, tapi sebab kena hujan kot. @ hari berturut-turut masa mommy ambik dia, hujan tengah lebat. Kereta pulak kena park kat luar, tak boleh nak masuk dalam laman sebab sempit. Dah berpayung pun masih kena tempias.

Mommy bawak dia ke klinik hari Jumaat. Dapat MC untuk mommy jaga Arissa. 2 tu sebab mommy yang mintak. Yea la cuti dah tak banyak. Mommy rasa memang sepatutnya kalau anak demam, orang yang jaga la dapat MC kan. Dah kalau baby nak buat apa dengan MC tu.

Mase ke klinik tu suhu dia dah kurang ke 37. Malamnya mommy check 39. Masa dia tidur mommy letakkan kain basah kat dahi. Bagi ubat pun senang dia ni.


Skodeng Budak Mandi

2:56:00 PM 0 Comments A+ a-

Budak-budak memang suke air eh?

Arissa suka betul mandi. Bila kita bukak baju dia, dah bugil-bugil angkat dia, terus gelak. Suka bukan main dia.

Dula mommy mandikan dia dalam besen. Tapi sejak umur 5 bulan dah tak muat. Nasib baik hari tu pergi Giant, round dekat bahagian mainan, jumpa mini pool. Memang sangat-sangat mini lah. Cukup-cukup saiz Arissa. Tapi best mandikan dia dalam ni. Satu sebab lantai dia tak licin. Senang mommy nak dudukkan Arissa. Dua kat tepi dia jenis pelampung, jadinya Arissa boleh letak kepala kat situ. Mommy tak perlu risau terhantuk ke apa. Tiga, mommy dah tak basah kuyup tiap kali mandikan dia. Kalau dulu, lepas mandikan dia, mommy pun dah rupa macam orang baru lepas mandi. Habis lencun.

Jom kita intai budak tecik ni mandi.... Jeng jenggg...

Tengak kusyuk nak tangkap itik sampai orang ambik gambar pun tak sedar.


Aiseyyyyh.. pandai plak dia cover. hehe

Solid Food 6 Month : Menyediakan Puree Apple dan Puree Pear

12:17:00 PM 6 Comments A+ a-

17 Disember 2011

Semangat nak buat puree untuk Arissa for the first time! Mommy mula perkenalkan Arissa dengan puree apple & pear. Jom kita memuree. haha. Ada ke istilah tu?

Mommy gunakan apple Fuji sebab apple ni manis. Kalau takde yang ni apple apa pun tak kisah asalkan manis. Buah pear pun sama. Kalau boleh pilih yang dah masak.


Kupas kulit buah-buahan tu semua. Untuk permulaan mommy guna 3 biji apple dan 4 biji pear.

Siap dikupas!

Rebus apple dan pear dalam kuatiti air yang sedikit. Mommy pun bukan tau sangat. semua ni belajar melalui blog dan group Solid Food kat FB. Rebus sampai agak-agak buah tu lembut. Supaya senang kita nak blend nanti.

Proses merebus apple!

Rebus pear pulak. Buat satu-satu sebab mommy malas nak basuh banyak periuk. hehe

Okeh! Bila semua dah siap direbus. Biarkan sejuk sekejap. Kang kalau blend panas-panas rosak pulak blender. Tak pasal-pasal nak kena beli Blender Avent yang harga RM350 pulak! Oopsss tetiba. haha. Teringin la konon nak blender macam gitu. Bila dah sejuk, blend apple dan pear. Blend asing-asing la jangan campur pulak tau. Tambah air rebusan tadi supaya senang nak hancur. Blend sampai halussss.

Kemudian tuangkan dalam acuan untuk dibekukan. Mommy letak air sikit je. Saja bagi pekat. Letak dalam ais kiub ni. Chomel!! Pastu masuk la dalam peti ais bahagian beku.


Bila dan beku keluarkan dan letak dalam bekas supaya senang kerja kita di pagi hari nanti.

Puree apple siap! Chomel kan. Rasa mcm nak ngap je. hehe

Ni puree pear. semua nampak cam sedap. Nyum nyumm

Tahniah Harith!

12:27:00 PM 0 Comments A+ a-

Fuhhhh budak-budak sekarang memang makin bijak. My nephew dapat 8A's dalam PMR yang baru umum pagi ni kan. Tahniah Harith!! Chik bangga sangat-sangat :-)


Misi Mencari Kasut

2:42:00 AM 3 Comments A+ a-

Entry ni dah terperam dalam draft dah lama. Sekarang baru sempat nak update.

3/12/2011 : Sabtu

Orang selangor cuti besday raja diorang, mommy yang kerja KL pun amik cuti gak. Alasan sebab duduk area selangor. haha

Sabtu 1st week Papa tak kerja. Dia ajak cari kasut tuk tempat kerja baru. Mommy on aje. Orang ajak berjalan jangan ditolak ;-)

Posing dulu sebelum bertolak ke KL

Arissa memang good girl. Dalam kereta je dia takmo duduk. Asyik nak berdiri. Tapi bila sampai destinasi masuk dalam carrier terus senyap. Syok la kot orang peluk dia.
Mula-mula ke Kompleks Campbell. Kitorang sampai around 11am. Kedai banyak lagi belum buka. Round-round dulu. Alang-alang dah sampai Jalan TAR ni, Mommy ajak Papa ke Sogo. Dah lama sangat tak ke sana. Bulan 12 Sogo memang heaven. SALE! Baju baby murah-murah. Mommy beli baju tidur Arissa. Baju tidur dia dah banyak yang sendat. Semua dah nampak seksi. hehe

Lepas ke Sogo, lintas pi Pertama Kompleks pulak. Takde yang menarik pun. Pastu Papa ajak ke Bukit Bintang. Dia cakap kat Sg. Wang lagi banyak choice kasut. Hmmm ikut je la. Kalau nak cari barang dia, tak habis satu hari memang tak sah. Cerewet kan orang laki ni. Ngalahkan kita. Mommy kalau berkenan, pejam mata terus ambik bayar. Takde dah nak belak tengok jahitan la senget ke tak. Papa memang teliti kalau nak beli apa-apa.

Sampai Sg. Wang, masukkan Arissa lagi sekali dalam carrier. Papa la ni. Kita nak bawak stroller tak bagi. Konon cakap kat situ orang semua tak bawak stroller. Sekaliiii..... Tengok berduyun yang tolak stroller. Kami ni bergilir pikul Arissa. Budak ni dah semangat. SAkit bahu gak pikul dia dalam tu. Punya la lama cari kasut dia. Sampai anak pun lena.

Papa sibuk try kasut, mommy dah tak larat nak berdiri. Arissa dah selamat lena.

Muka budak keletihan. Tidur pun mata tak rapat. Start dari kitorang sampai Sungei wang sampai la dah nak masuk kereta, Arissa tidur!

Arissa Jatuh Katil

9:51:00 PM 4 Comments A+ a-

Akhirnya apa yang mommy duk risau selama ni terjadi. Arissa terjun katil awal pagi tadi. Mommy pun tak sure pukul berapa. Tak sempak nak tengok jam sebab terkejut sangat. Mungkin antara pukul 4 - 5 pagi kot.

Silap mommy jugak. Arissa mommy letak tepi sekali. Sendal dengan bantal. Dia cepat berpeluh. Kalau letak kat tengah atau tepi dinding nanti tak kena kipas, badan dia cepat berpeluh. Lepas tu mula la tergaru-garu. Habis calar kat belakang tengkuk ngan telinga dia.

Pagi tadi dengar bunyi macam buku tebal jatuh. Mommy ingatkan fail kat hujung kaki papa dia jatuh. Pastu dengar Arissa nangis. Melompat mommy bangun. Tengok sebelah takde. Jenguk kat tepi katil dia ada tergolek. Papa dia pun sama terkejut terus bangun bukak lampu. Mommy angkat Arissa. Gosok kepala dia. Sebab tak tau kat mana sakitnya. Arissa dah senyap. Mommy baringkan dia kat tepi rapat ke kepala katil. Semua tukar position. Arissa dah sengih. Tak macam orang sakit pun. Mata dah segar. Tangan pulak duk asyik garu plastik kat kapala katil. Dah aktif tu. So mommy assume ok la kot. Dia lena balik pukul berapa pun mommy tak sedar. Tengok-tengok dah nyenyak bawah ketiak. Tempat peberet dia. hehe

Aksi peberet sekarang gigt bibir!

Happy 6 Month Old Lil' Arissa

12:04:00 PM 2 Comments A+ a-

Happy 6 month old my dear!!
Mommy lurve u so muchhhh
Semoga Nur Safiyyah Arissa sentiasa dilindungi dan diberkati Allah
Amin

Kisah Kelahiran Nur Safiyyah Arissa

9:39:00 AM 3 Comments A+ a-

Alhamdulillah. Hari ni 16.12.2011 genap usia Arissa 6 bulan. Dah start makan solid food seminggu yang lepas. Update pasal perkembangan Arissa kita hold kejap sebab mommy nak habiskan cerita kelahiran Arissa dulu. haha. Dah 6 bulan baru nak sambung kan...


* Entry ni akan jadi karangan yang sangat panjang sebab saya nak coretkan semua kat dalam ni sebagai kenangan untuk saya dan Arissa.



Episod Akhir :

17.6.2011 : 9pm

Tengah duk berdebar tunggu husband, nurse datang suruh tukar baju. Baru je bangun dari katil husband call cakap dia dah sampai kat ward tapi tak tau mana katil saya. Saya bangun tengok kat pintu masuk ward terus nampak dia tengah berjalan. Terus rasa sebak. Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya. Tak sempat nak cakap banyak, just bagitau dah nak kene masuk bilik bedah. Salam cium tangan dia pastu dia usap kepala saya. Aduhhh saya takleh betul kalau dia buat macam tu. Terus rasa sayu sangat-sangat.


Masuk bilik untuk tukar baju. Tapi sebelum tu kena masukkan tiub kencing dulu. Time tu saya dah tak tau perasaan macamana nak cakap. Redha je la diorang buat apa. Asal saya boleh cepat-cepat jumpa baby. Lagi satu sebab saya nak baby lahir hari Jumaat. Ambik berkat. Nurse tadi masukkan tiub untuk salurkan air kencing. Teringat member cakap ngilu. Tapi Alhamdulillah tak rasa langsung. Tips macamana taknak bagi sakit masa buat VE dan masukkan tiub ni nanti saya cerita lain kali yea. Cehhh macam la berpengalaman sangat kan. Padahal baru sekali tu je pun rasa. Haha.

Dah siap tukar pakai baju bedah. Baju ni tutup depan je. Belakang dia ikat dengan tali. Keluar je bilik tu stretcher dah menunggu. Naik stretcher pakai cap. Nurse suruh mintak maaf dengan husband. Saya gelak cakap dah mintak lama dah. hehe. Husband pun ikut sama tolak saya ke bilik bedah. Masa ni baru la rasa berdebar tambah gayat bila orang tolak kita dalam keadaan terlentang. Jauh jugak ward dengan bilik bedah. Siap kena naik lift lagi.

Husband boleh hantar sampai pintu bilik bedah je. Masuk dalam tu, nurse tolak lagi sampai la ke bilik operasi. Time ni dah rasa sejuk kaki tangan semua. Dalam bilik tu ada 3 staff lelaki dan 2 perempuan. Pasrah la ada lelaki pun. Nak buat macamana kan. Tapi diorang treat saya very nice. Seyes! Sangat lemah-lembut. Diorang angkat saya naik katil tempat nak operate nanti. Lampu operate yang bulat tu betul-betul depan muka saya. Aduhhh. Rasa nak pitam. Takut campur tak selesa dengan tiub berserabut atas bawah. huhu.

Pakar bius masuk. Lelaki. Kecik je orangnya. Dia berkenalan dulu. Pastu ada staff lelaki yang agak berumur bantu saya untuk bangun. Saya akan dibius separuh badan. Ubat bius diorang akan cucuk kat tulang belakang. Dia bagi saya peluk bantal dalam keadaan membongkok. Staff lelaki tu asyik bersembang dengan saya. Taknak bagi takut la kot. Mula-mula dia cucuk jarum kat tulang belakang saya boleh rasa tapi tak sakit. Kejap je dia bagitau dah siap. Suruh saya baring balik. Dalam tak sampai 5 minit dari pinggang ke bawah dah tak rasa apa. Doirang tukarkan baju saya. Eh bukan tukar yea buka dan ganti dengan selimut. Pasrah je la dah kita tengah sakit kan. Kemudian dia letak tirai depan muka saya takmo bagi saya nampak apa yang berlaku nanti. Rugi pulak rasanya tak mintak diorang selak tirai tu. hehe. Pasang alat untuk check nadi kat jari. Letak oksigen kat muka. Saya tanya staff tadi

"Nak operate kat sini ke?"
"Yea la dik kat sini laaa"

Hehe. Sebab saya tengok kecik je bilik tu. Tak macam bilik bedah dalam tv. ;-p

Doc. Azwa sampai. Diorang sapu ubat kuning kat perut. Pastu Doc. Azwa bagitau dia dah nak start. Mula-mula dia letak muncung pisau kat perut.
"Dik rasa tak?"
"Nantiiiii kejap. Saya rasa..! Saya rasa!"

Dia stop kejap. Suruh saya cuba angkat kaki boleh ke tak. Langsung tak boleh gerak. Dia try lagi sekali letak pisau.
"Rasa tak?"
"Rasa...rasa. Saya boleh rasa!"
"Awak memang akan rasa ada sesuatu kat perut ni tapi takkan rasa sakit"
"Tapi saya boleh rasa lagi ni"
Tetibe...
"Ok. 1 layer done!"
"Hahhhhh?"

Terus senyap sebab dalam tekak dah tersedut oksigen. Seyes tak sedap oksigen tu rasa kat tekak.

Bergoyang badan saya time dia nak keluarkan baby. Tepat 9.48pm rasa macam seketul benda ditarik keluar. Pastu dengar bunyi
"Eekkkk...eekkkkk..."
Anak aku...??!!!
Terus badan rasa sejuk sangat-sangat. Sejut yang teramat sangat sampai saya menggigil. Siap bunyi gigi berlaga. Staff lelaki yang tolong masa nak bius tadi berdiri sebelah kepala saya. Saya bagitau dia saya sejut sangat. Dia tambahkan selimut kat dada. Yea la perut mana boleh nak tutup lagi sebab belum siap. Doc. Azwa cakap
"Dik selawat yea kita nak potong tali pusat anak awak ni."

Baby langsung tak nangis just bunyi eekkk...ekkkk je. Nurse tunjukkan baby kat saya yang dah dibalut dengan kain hijau. Dia tanya laki ke perempuan sambil tunjuk tuttt. Adeh opkos la pompuan. haha. Saya kiss baby. Putih melepak masa keluar tu dengan mata pipi tembam. Paling saya ingat bibir dia sangat merah. Dia bawak keluar untuk qamatkan. Abah yang tolong qamatkan my baby.

Saya pulak Doc belum jahit. Dia nak tengok keadaan rahim saya apa yang menyebabkan baby duduk melintang. Saya dengar dia bersembang

"I dah berdebar tadi. Nasib baik sempat grab kaki dia kalau tak memang dah tersedut ke atas."

Dah siap jahit. Doc. Azwa datang sebelah saya, dia cakap rahim saya ok takde masalah. Baby pun selamat. Saya cakap terima kasih. Cuci ubat semua. Pakaikan apa yang patut. Diorang angkat saya atas katil lain untuk ditolak keluar. Diorang letak saya di unit pemulihan. Baby letak kat dalam cot bertutup kat sebelah. Masa tu menggigil makin teruk. Husband saya masuk temankan. Tersengih-sengih!

Saya tanya baby ada ke tak dalam tu sebab senyap je. Husband cakap baby comel. Saya cakap saya sejuk. Nak bercakap pun suara tak keluar sangat so dia dekatkan muka. Boleh pulak dia cakap

"Yang tak gosok gigi ke?"

Cisssss... boleh lagi tanya gitu. Gosok la. Siap mandi bersyampu dah petang tu. Tapi tadi sebab tertelan oksigen tu buat nafas kita berbau. Memang boleh rasa dalam tekak. Kalau bukan sebab sakit, memang saya bangun gigit telinga dia!

Nurse datang pasangkan alat apa entah untuk panaskan badan. Husband saya cakap dia boleh rasa panas sangat haba dari alat tu. Tapi saya masih tak rasa. Masih sejuk duk terketar-ketar bibir badan semua. Dalam 15-20 minit duduk kat situ diorang tolak saya ke ward 2 Topaz katil no 32. hehe saja tulis wat kenangan. Baby dia letak celah kaki. Masa keluar dari bilik tu nampak ma, abah, mak mertua, adik ipar tunggu kat luar. Masa tu dah dekat pukul 11pm. semua ikut sampai ke ward. Tapi sayang sebab lampu dah tutup, so gambar baby pun ada dua keping je. Tu pun ambik dalam gelap.

Malam tu ma yang temankan. Baby langsung tak bunyi. Saya tanya ma ada tak baby dalam cot tu? sebab tak nampak bergerak pun.

Pukul 3 ubat bius dah hilang. Mula rasa sakit. Sakittttttt.... Nurse datang cucuk kat peha terus lena sampai ke pagi.

Alhamdulillah apa yang saya sentiasa doa sepanjang mengandung Allah makbulkan. Saya doa

Dipermudahkan proses bersalin. Kalau boleh saya takmo tanggung sakit yang lama untuk melahirkan. Mintak husband saya ada semasa proses bersalin. Allah Maha Berkuasa. Dia makbulkan doa saya. Bersalin ceaser memang langsung tak sakit. Tapi selepas tu sendiri mau ingat la. haha. Saya tak sempat rasa contraction yang terus dan husband sempat sampai sebelum saya di-operate. Sungguh indah percaturan yang Allah tetapkan!

Nur = Cahaya
Safiyyah = Sahabat yang baik
Arissa = Semangat

Kantoi Menipu

4:15:00 PM 0 Comments A+ a-

Hishhhh geram!

Semalam sampai nursery Arissa hujan baru nak start lebat. Berlari saya dari kereta ke pagar nursery tu. Tengok-tengok dia rantai siap mangga sekali pagar. Biasa kunci biasa je. Saya bagi salam 3-4 kali baru nampak anak pengasuh kat depan pintu dengan beg Arissa. Dia dah nampak saya berdiri tengah-tengah hujan, boleh pulak buat lambat-lambat. Siap duk bersembang dengan orang dalam nursery tu. Pastu keluar duk cari payung pulak. Dah jumpa payung duk terhegeh-hegeh nak bukak payung. Saya memang dah berapi time tu. Rasa nak je jerit suruh bukak pagar ni. Dengan beg kiri kanan, nak bukak mangga pagar pun susah. Geramnya sayaaaaaa.... Dah la kita dah basah!

Bukak je pagar senyum kat kita. Saya dah tak kuasa nak senyum. Terus update saya pasal Arissa.

"Kak... banyak betul Arissa makan hari ni"
"Habis licin bubur dia"
"Makan habis... Berak pun dah"

Saya just balas

"Ooo yeke... bagus la"

Saya terus masuk nak ambik Arissa dari mak dia. Mak dia pulak update kat saya

"Bubur dia makan habis tapi hari ni tak berak lagi ni"

Dem!!!!!

Saya rasa nak je gi tenyeh budak tu. Tak tau apa-apa tapi rajin nak update pasal anak kita. Maybe bagi dia berak ke tak anak saya ni tak penting. Tapi bagi saya sangat-sangat penting sebabnya Arissa kalau kat rumah dia tak pernah membuang. So saya nak la tau berapa hari baru dia buang. Bukan apa takut ada masalah dengan makanan ke. Maklum la anak ni lagi banyak masa dia habiskan kat nursery dari duduk dengan kita. Ni la dilema ibu berkerja. Huhu

Nampak sangat la apa yang dia cakap pasal anak saya sebelum ni langsung tak boleh pakai.

Ada beberapa perkara yang saya tak suka pasal nursery tu. Tapi orang cakap mana nak serupa kita jaga dengan orang jaga anak kita kan. Ok fine. Saya pejam sebelah mata selagi anak saya ok. Lagipun alhamdulillah sejak Arissa duduk situ, kesihatan dia baik. Dia pun nampak macam ok kat situ.

Hmmm bertabah la mommy......

Tenkiu Aunty Norule

11:27:00 AM 0 Comments A+ a-



Arissa dengan ma tok. Bergaya dengan hairband aunty norule. Macih daun keladi aunty norule nanti jumpa yang comey2 beli lagi yea *_~

Sepupu Baru Arissa

3:25:00 PM 3 Comments A+ a-

Tengok.. tengok... cer teka berapa umur baby yang baju biru tu....?


Dengan berat semasa lahir 4.5kg dan dilahirkan secara normal!! haha

Umur 3 bulan dah sama besar ngan Arissa. Muhammad Firas. Syabbassss!!! Sangat semangat. Dukung dia rasa macam pegang daging seketul. Peha Arissa kalah. Yang ni orang Penang. Alhamdulillah minum susu ibu sekarang ni.

First Solid Food

10:18:00 AM 2 Comments A+ a-

Nyum nyummmm yummy...!


Sabtu, 10.12.11 - genap 174 hari. Pertama kali Arissa merasa makan bubur. hehe. Sori la Arissa. Mommy dah tak sabar nak tunggu awak cukup 6 bulan. Lagipun awak nampak berminat sangat dengan makanan ;-p

Alhamdulillah, Arissa makan dengan sangat berselera. Syok betul suap dia.

Mommy bagi Arissa rasa bubur kosong dulu. Hari kedua mommy tambah kurma 2 biji. Masak sekali dengan nasi sampai lembut. Sejukkan kejap pastu blend. 1/2 mangkuk habis dia makan. Itu pun mommy terpaksa stop sebab Arissa asyik nganga bila nampak sudu. Tak tau bila dia nak kenyang :-)


Semalam dengan hari ni mommy bekalkan Arissa bubur + kurma. Kurma mommy letak dalam 5 biji. Rasa manis-manis buah. Ibu cakap dia suap Arissa 1x je sebab awal lagi. Dia tak tau Arissa kalau dengan mommy makan dah 2x sehari. hehe

Kereta Baru

4:13:00 PM 4 Comments A+ a-

Entry back dated ;-p

5 Nov 2011

Mommy sibuk duk tengok-tengok walker yang menarik kat internet. Plan nak beli nanti Arissa cukup 6 bulan @ cukup bulan time gaji. hihi. Balik kerja, bukak pintu tengok-tengok Arissa dah duduk dalam walker. Papa dia ambik awal sebab mertua ada kat rumah. Mommy agak terkejut jugak tapi control. hehe. Yela sebab tadi bukan main lagi kita duk chop nak beli yang mana. Tup-tup tengok dah ada depan mata yang tak macam dihajati. hmmm tapi redha je la. Lagi pun barang free. Atuk dia yang belikan. Dah save 1 benda kan ;-)


Mula-mula tak reti nak gerak lagi. Tapi sekarang dah boleh masuk gear reverse. haha. Arissa asyik ke belakang je. Hari tu nasib baik papa dia perasan. Dah betul-betul duk tepi kipas. Ishh ishhh... Nampak gaya semua benda nak kena sorok neh.


Kalau mommy takde dia behave je. Tapi kalau nampak mommy terus ngada-ngada depa tangan nak orang angkat.

Peminat Cilik Si Upin Ipin

4:03:00 PM 2 Comments A+ a-

Tengok la mommies anak-anak zaman sekarang. Celik mata dah pandai tengok tv. Arissa dari umur sebulan lagi berminat dengan tv. Tapi maybe masa tu apa yang dia nampak kurang jelas. Asal benda bergerak atau berkaler mesti boleh tarik perhatian dia.

Sejak balik dari berpantang, mommy perasan Arissa suka tengok cerita kartun. Tambah-tambah kalau yang kat TV9. Sebab kartun kat TV9 comey-comey. Kaler pun menarik.

Sekarang ni dia suka betul tengok Upin Ipin. Sampaikan kalau dengar je muzik Upin Ipin dah tercari-cari. Kelab Upin Ipin pun dia layan ;-)

Khusyuk! Geram mommy tengok. Mommy amik gambar dia pakai flask pun dia buat donno je



Dua singgit...dua singgit...hahaaa