Arissa Tak Suka Avocado

9:30:00 AM 0 Comments A+ a-

Orang cakap avocado ni sedap. Mommy pun nak cuba bagi kat Arissa. Mommy try beli sebijik je dulu. Kalau Arissa suka nanti mommy beli lagi.

Nak sediakan puree avocado ni senang. Beli buah yang dah masak. Kalau masak kulit dia akan jadi kaler coklat gelap. Bila dah masak isi dia pun lembut. Just cedok dengan sudu pastu lenyek. Tambah EBM sikit nak bagi lagi lemak.


Cara nak potong buah ni ialah kita hiris dengan pisau disekeliling dia sampai ke biji. Kemudian pusing. Terus boleh buka macam kat atas ni.

Yang kat bawah ni dah siap campur dengan EBM. Mommy try rasa dulu sebelum bagi kat Arissa. Errr xleh nak masuk la. Try suap kat Arissa. Dia pun tak nampak ghairah nak makan. Maklum la tekak melayu. hehe. Sudahnya 3 sudu pun habis. So AVOCADO dah delete dari list menu Arissa. Good girl anak mommy ni. Dia tak mau makan yang pelik-pelik ni. Dah la buah ni agak mahal. Sebijik dah 4 ringgit. Jimat poket mommy. haha