Kantoi Menipu

4:15:00 PM 0 Comments A+ a-

Hishhhh geram!

Semalam sampai nursery Arissa hujan baru nak start lebat. Berlari saya dari kereta ke pagar nursery tu. Tengok-tengok dia rantai siap mangga sekali pagar. Biasa kunci biasa je. Saya bagi salam 3-4 kali baru nampak anak pengasuh kat depan pintu dengan beg Arissa. Dia dah nampak saya berdiri tengah-tengah hujan, boleh pulak buat lambat-lambat. Siap duk bersembang dengan orang dalam nursery tu. Pastu keluar duk cari payung pulak. Dah jumpa payung duk terhegeh-hegeh nak bukak payung. Saya memang dah berapi time tu. Rasa nak je jerit suruh bukak pagar ni. Dengan beg kiri kanan, nak bukak mangga pagar pun susah. Geramnya sayaaaaaa.... Dah la kita dah basah!

Bukak je pagar senyum kat kita. Saya dah tak kuasa nak senyum. Terus update saya pasal Arissa.

"Kak... banyak betul Arissa makan hari ni"
"Habis licin bubur dia"
"Makan habis... Berak pun dah"

Saya just balas

"Ooo yeke... bagus la"

Saya terus masuk nak ambik Arissa dari mak dia. Mak dia pulak update kat saya

"Bubur dia makan habis tapi hari ni tak berak lagi ni"

Dem!!!!!

Saya rasa nak je gi tenyeh budak tu. Tak tau apa-apa tapi rajin nak update pasal anak kita. Maybe bagi dia berak ke tak anak saya ni tak penting. Tapi bagi saya sangat-sangat penting sebabnya Arissa kalau kat rumah dia tak pernah membuang. So saya nak la tau berapa hari baru dia buang. Bukan apa takut ada masalah dengan makanan ke. Maklum la anak ni lagi banyak masa dia habiskan kat nursery dari duduk dengan kita. Ni la dilema ibu berkerja. Huhu

Nampak sangat la apa yang dia cakap pasal anak saya sebelum ni langsung tak boleh pakai.

Ada beberapa perkara yang saya tak suka pasal nursery tu. Tapi orang cakap mana nak serupa kita jaga dengan orang jaga anak kita kan. Ok fine. Saya pejam sebelah mata selagi anak saya ok. Lagipun alhamdulillah sejak Arissa duduk situ, kesihatan dia baik. Dia pun nampak macam ok kat situ.

Hmmm bertabah la mommy......