Kisah Kelahiran Nur Safiyyah Arissa

9:39:00 AM 3 Comments A+ a-

Alhamdulillah. Hari ni 16.12.2011 genap usia Arissa 6 bulan. Dah start makan solid food seminggu yang lepas. Update pasal perkembangan Arissa kita hold kejap sebab mommy nak habiskan cerita kelahiran Arissa dulu. haha. Dah 6 bulan baru nak sambung kan...


* Entry ni akan jadi karangan yang sangat panjang sebab saya nak coretkan semua kat dalam ni sebagai kenangan untuk saya dan Arissa.



Episod Akhir :

17.6.2011 : 9pm

Tengah duk berdebar tunggu husband, nurse datang suruh tukar baju. Baru je bangun dari katil husband call cakap dia dah sampai kat ward tapi tak tau mana katil saya. Saya bangun tengok kat pintu masuk ward terus nampak dia tengah berjalan. Terus rasa sebak. Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya. Tak sempat nak cakap banyak, just bagitau dah nak kene masuk bilik bedah. Salam cium tangan dia pastu dia usap kepala saya. Aduhhh saya takleh betul kalau dia buat macam tu. Terus rasa sayu sangat-sangat.


Masuk bilik untuk tukar baju. Tapi sebelum tu kena masukkan tiub kencing dulu. Time tu saya dah tak tau perasaan macamana nak cakap. Redha je la diorang buat apa. Asal saya boleh cepat-cepat jumpa baby. Lagi satu sebab saya nak baby lahir hari Jumaat. Ambik berkat. Nurse tadi masukkan tiub untuk salurkan air kencing. Teringat member cakap ngilu. Tapi Alhamdulillah tak rasa langsung. Tips macamana taknak bagi sakit masa buat VE dan masukkan tiub ni nanti saya cerita lain kali yea. Cehhh macam la berpengalaman sangat kan. Padahal baru sekali tu je pun rasa. Haha.

Dah siap tukar pakai baju bedah. Baju ni tutup depan je. Belakang dia ikat dengan tali. Keluar je bilik tu stretcher dah menunggu. Naik stretcher pakai cap. Nurse suruh mintak maaf dengan husband. Saya gelak cakap dah mintak lama dah. hehe. Husband pun ikut sama tolak saya ke bilik bedah. Masa ni baru la rasa berdebar tambah gayat bila orang tolak kita dalam keadaan terlentang. Jauh jugak ward dengan bilik bedah. Siap kena naik lift lagi.

Husband boleh hantar sampai pintu bilik bedah je. Masuk dalam tu, nurse tolak lagi sampai la ke bilik operasi. Time ni dah rasa sejuk kaki tangan semua. Dalam bilik tu ada 3 staff lelaki dan 2 perempuan. Pasrah la ada lelaki pun. Nak buat macamana kan. Tapi diorang treat saya very nice. Seyes! Sangat lemah-lembut. Diorang angkat saya naik katil tempat nak operate nanti. Lampu operate yang bulat tu betul-betul depan muka saya. Aduhhh. Rasa nak pitam. Takut campur tak selesa dengan tiub berserabut atas bawah. huhu.

Pakar bius masuk. Lelaki. Kecik je orangnya. Dia berkenalan dulu. Pastu ada staff lelaki yang agak berumur bantu saya untuk bangun. Saya akan dibius separuh badan. Ubat bius diorang akan cucuk kat tulang belakang. Dia bagi saya peluk bantal dalam keadaan membongkok. Staff lelaki tu asyik bersembang dengan saya. Taknak bagi takut la kot. Mula-mula dia cucuk jarum kat tulang belakang saya boleh rasa tapi tak sakit. Kejap je dia bagitau dah siap. Suruh saya baring balik. Dalam tak sampai 5 minit dari pinggang ke bawah dah tak rasa apa. Doirang tukarkan baju saya. Eh bukan tukar yea buka dan ganti dengan selimut. Pasrah je la dah kita tengah sakit kan. Kemudian dia letak tirai depan muka saya takmo bagi saya nampak apa yang berlaku nanti. Rugi pulak rasanya tak mintak diorang selak tirai tu. hehe. Pasang alat untuk check nadi kat jari. Letak oksigen kat muka. Saya tanya staff tadi

"Nak operate kat sini ke?"
"Yea la dik kat sini laaa"

Hehe. Sebab saya tengok kecik je bilik tu. Tak macam bilik bedah dalam tv. ;-p

Doc. Azwa sampai. Diorang sapu ubat kuning kat perut. Pastu Doc. Azwa bagitau dia dah nak start. Mula-mula dia letak muncung pisau kat perut.
"Dik rasa tak?"
"Nantiiiii kejap. Saya rasa..! Saya rasa!"

Dia stop kejap. Suruh saya cuba angkat kaki boleh ke tak. Langsung tak boleh gerak. Dia try lagi sekali letak pisau.
"Rasa tak?"
"Rasa...rasa. Saya boleh rasa!"
"Awak memang akan rasa ada sesuatu kat perut ni tapi takkan rasa sakit"
"Tapi saya boleh rasa lagi ni"
Tetibe...
"Ok. 1 layer done!"
"Hahhhhh?"

Terus senyap sebab dalam tekak dah tersedut oksigen. Seyes tak sedap oksigen tu rasa kat tekak.

Bergoyang badan saya time dia nak keluarkan baby. Tepat 9.48pm rasa macam seketul benda ditarik keluar. Pastu dengar bunyi
"Eekkkk...eekkkkk..."
Anak aku...??!!!
Terus badan rasa sejuk sangat-sangat. Sejut yang teramat sangat sampai saya menggigil. Siap bunyi gigi berlaga. Staff lelaki yang tolong masa nak bius tadi berdiri sebelah kepala saya. Saya bagitau dia saya sejut sangat. Dia tambahkan selimut kat dada. Yea la perut mana boleh nak tutup lagi sebab belum siap. Doc. Azwa cakap
"Dik selawat yea kita nak potong tali pusat anak awak ni."

Baby langsung tak nangis just bunyi eekkk...ekkkk je. Nurse tunjukkan baby kat saya yang dah dibalut dengan kain hijau. Dia tanya laki ke perempuan sambil tunjuk tuttt. Adeh opkos la pompuan. haha. Saya kiss baby. Putih melepak masa keluar tu dengan mata pipi tembam. Paling saya ingat bibir dia sangat merah. Dia bawak keluar untuk qamatkan. Abah yang tolong qamatkan my baby.

Saya pulak Doc belum jahit. Dia nak tengok keadaan rahim saya apa yang menyebabkan baby duduk melintang. Saya dengar dia bersembang

"I dah berdebar tadi. Nasib baik sempat grab kaki dia kalau tak memang dah tersedut ke atas."

Dah siap jahit. Doc. Azwa datang sebelah saya, dia cakap rahim saya ok takde masalah. Baby pun selamat. Saya cakap terima kasih. Cuci ubat semua. Pakaikan apa yang patut. Diorang angkat saya atas katil lain untuk ditolak keluar. Diorang letak saya di unit pemulihan. Baby letak kat dalam cot bertutup kat sebelah. Masa tu menggigil makin teruk. Husband saya masuk temankan. Tersengih-sengih!

Saya tanya baby ada ke tak dalam tu sebab senyap je. Husband cakap baby comel. Saya cakap saya sejuk. Nak bercakap pun suara tak keluar sangat so dia dekatkan muka. Boleh pulak dia cakap

"Yang tak gosok gigi ke?"

Cisssss... boleh lagi tanya gitu. Gosok la. Siap mandi bersyampu dah petang tu. Tapi tadi sebab tertelan oksigen tu buat nafas kita berbau. Memang boleh rasa dalam tekak. Kalau bukan sebab sakit, memang saya bangun gigit telinga dia!

Nurse datang pasangkan alat apa entah untuk panaskan badan. Husband saya cakap dia boleh rasa panas sangat haba dari alat tu. Tapi saya masih tak rasa. Masih sejuk duk terketar-ketar bibir badan semua. Dalam 15-20 minit duduk kat situ diorang tolak saya ke ward 2 Topaz katil no 32. hehe saja tulis wat kenangan. Baby dia letak celah kaki. Masa keluar dari bilik tu nampak ma, abah, mak mertua, adik ipar tunggu kat luar. Masa tu dah dekat pukul 11pm. semua ikut sampai ke ward. Tapi sayang sebab lampu dah tutup, so gambar baby pun ada dua keping je. Tu pun ambik dalam gelap.

Malam tu ma yang temankan. Baby langsung tak bunyi. Saya tanya ma ada tak baby dalam cot tu? sebab tak nampak bergerak pun.

Pukul 3 ubat bius dah hilang. Mula rasa sakit. Sakittttttt.... Nurse datang cucuk kat peha terus lena sampai ke pagi.

Alhamdulillah apa yang saya sentiasa doa sepanjang mengandung Allah makbulkan. Saya doa

Dipermudahkan proses bersalin. Kalau boleh saya takmo tanggung sakit yang lama untuk melahirkan. Mintak husband saya ada semasa proses bersalin. Allah Maha Berkuasa. Dia makbulkan doa saya. Bersalin ceaser memang langsung tak sakit. Tapi selepas tu sendiri mau ingat la. haha. Saya tak sempat rasa contraction yang terus dan husband sempat sampai sebelum saya di-operate. Sungguh indah percaturan yang Allah tetapkan!

Nur = Cahaya
Safiyyah = Sahabat yang baik
Arissa = Semangat

3 kawan cakap

Write kawan cakap
Mama Adam
AUTHOR
December 16, 2011 at 3:08 PM delete

hahah... owh... bersalin tak sakit ye :)

rezeki tuhan bagi. kadang2 pk, next time nak ceaser lagi. tapi, nak jugak normal. takuuuuuttt

Reply
avatar
Mama Adam
AUTHOR
December 16, 2011 at 3:10 PM delete

yang sakit terketar2 tu, saya rasa jugak. macam kena simpan kt kutub utara. grrrr....

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
December 17, 2011 at 9:54 PM delete

org kate sebab angin masuk eh? tp seyes sejuk sgt2 kan! haha 2 la mama, sy pun pk mcm 2 jgak for the next. opssss!!

Reply
avatar