Misi Mencari Kasut

2:42:00 AM 3 Comments A+ a-

Entry ni dah terperam dalam draft dah lama. Sekarang baru sempat nak update.

3/12/2011 : Sabtu

Orang selangor cuti besday raja diorang, mommy yang kerja KL pun amik cuti gak. Alasan sebab duduk area selangor. haha

Sabtu 1st week Papa tak kerja. Dia ajak cari kasut tuk tempat kerja baru. Mommy on aje. Orang ajak berjalan jangan ditolak ;-)

Posing dulu sebelum bertolak ke KL

Arissa memang good girl. Dalam kereta je dia takmo duduk. Asyik nak berdiri. Tapi bila sampai destinasi masuk dalam carrier terus senyap. Syok la kot orang peluk dia.
Mula-mula ke Kompleks Campbell. Kitorang sampai around 11am. Kedai banyak lagi belum buka. Round-round dulu. Alang-alang dah sampai Jalan TAR ni, Mommy ajak Papa ke Sogo. Dah lama sangat tak ke sana. Bulan 12 Sogo memang heaven. SALE! Baju baby murah-murah. Mommy beli baju tidur Arissa. Baju tidur dia dah banyak yang sendat. Semua dah nampak seksi. hehe

Lepas ke Sogo, lintas pi Pertama Kompleks pulak. Takde yang menarik pun. Pastu Papa ajak ke Bukit Bintang. Dia cakap kat Sg. Wang lagi banyak choice kasut. Hmmm ikut je la. Kalau nak cari barang dia, tak habis satu hari memang tak sah. Cerewet kan orang laki ni. Ngalahkan kita. Mommy kalau berkenan, pejam mata terus ambik bayar. Takde dah nak belak tengok jahitan la senget ke tak. Papa memang teliti kalau nak beli apa-apa.

Sampai Sg. Wang, masukkan Arissa lagi sekali dalam carrier. Papa la ni. Kita nak bawak stroller tak bagi. Konon cakap kat situ orang semua tak bawak stroller. Sekaliiii..... Tengok berduyun yang tolak stroller. Kami ni bergilir pikul Arissa. Budak ni dah semangat. SAkit bahu gak pikul dia dalam tu. Punya la lama cari kasut dia. Sampai anak pun lena.

Papa sibuk try kasut, mommy dah tak larat nak berdiri. Arissa dah selamat lena.

Muka budak keletihan. Tidur pun mata tak rapat. Start dari kitorang sampai Sungei wang sampai la dah nak masuk kereta, Arissa tidur!

3 kawan cakap

Write kawan cakap
Mama Adam
AUTHOR
December 22, 2011 at 10:40 AM delete

lorrrr.... kasut papa... ingat kasut arissa

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
December 24, 2011 at 12:15 PM delete

hahahah..klu kasut arissa xde la payah ngat nak pilih mama oiii

Reply
avatar
Mama Adam
AUTHOR
December 25, 2011 at 7:27 PM delete

Mana tau.... Kasut adam susah gak nk pilih time baby. Sbb takut x selesa. Dh la dia x reti cakap lg...

Reply
avatar