Puree Labu & Sweet Potato

9:45:00 AM 2 Comments A+ a-

24 Disember 2011

Cuti Krismas baru ni, mood mommy ke dapur sangat la cemerlang. Start dari pagi sampai ke malam asyik berbunyi je blender kat rumah ni. Tapi bukan rajin sediakan menu kami suami isteri, tapi sibuk dengan puree tuk budak gebok tu. hehe.

Pagi Sabtu tu, mommy start dengan avocado. Lepas tu labu dengan keledek pulak. Ni semua penangan steamer baru. Tak sabar nak test. Macam biasa, jom kita main masak-masak yea mommies sekalian ;-p

Bahan-bahan yang kita perlukan untuk buat puree kali ni adalah labu dan keledek. Mommy beli labu kecik je. Separuh je pun. Sebab ni baru nak kenalkan menu baru kat Arissa. Tak perlu buat banyak terus. Keledek pun mommy beli yang versi kuning dalam 3-4 biji. Basuh bersih-bersih pastu kupas buang kulit. Potong kecik-kecik tapi jangan kecik sangat la. Nanti jadi terlampau lembik lepas steam. Dah potong basuh lagi sekali kemuan toskan.

Labu dah keledek yang sedang menunggu masa untuk di-steam

Jeng... jeng.......jenggggggg!!!

Masukkan dalam steamer yang baru dibeli. Cewahhh ank mention jugak baru beli tu. hehe. layankan aje yea. Setkan masa dalam 15-20 minit. Kemudian tunggu la bunyi loceng dia tanda dah siap.

Mommy pakai dua lapis dulu. Letak yang paling keras kat lapisan bawah. Mommy letak labu kat bawah.

Bila dah siap kukus, bagi dia suam-suam kuku kemudian baru la boleh blend. Kalau susah sangat nak blend tambah la air masak sikit. Blend sampai betul-betul halus. Pastu tuang dalam acuan.

Puree keledek dapat 2 bekas


Puree labu 1 bekas ais kiub dengan 3 bekas dadih.

Masukkan dalam freezer. Mommy biasa keraskan dalam 1 malam sebelum keluarkan dan letak salam tupperware.

Frozen puree labu siap!! Kaler puree labu ni sangat la comel. Geram je tengok.

Puree keledak pun dah siap!!

2 kawan cakap

Write kawan cakap
umi shuhada
AUTHOR
January 3, 2012 at 3:31 PM delete

sedapnya napok... yum..yum..
kalu baby nak make, kena panaskan kiub ko biar dia cair sndiri??

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
January 5, 2012 at 10:41 AM delete

umi mummy 2 b >> keno panas dlu. klu nak mudoh panas skali ngan bubur nasi. 10 minit jah siap doh. chayokkk umi!! next year :-)

Reply
avatar