Skodeng Budak Mandi

2:56:00 PM 0 Comments A+ a-

Budak-budak memang suke air eh?

Arissa suka betul mandi. Bila kita bukak baju dia, dah bugil-bugil angkat dia, terus gelak. Suka bukan main dia.

Dula mommy mandikan dia dalam besen. Tapi sejak umur 5 bulan dah tak muat. Nasib baik hari tu pergi Giant, round dekat bahagian mainan, jumpa mini pool. Memang sangat-sangat mini lah. Cukup-cukup saiz Arissa. Tapi best mandikan dia dalam ni. Satu sebab lantai dia tak licin. Senang mommy nak dudukkan Arissa. Dua kat tepi dia jenis pelampung, jadinya Arissa boleh letak kepala kat situ. Mommy tak perlu risau terhantuk ke apa. Tiga, mommy dah tak basah kuyup tiap kali mandikan dia. Kalau dulu, lepas mandikan dia, mommy pun dah rupa macam orang baru lepas mandi. Habis lencun.

Jom kita intai budak tecik ni mandi.... Jeng jenggg...

Tengak kusyuk nak tangkap itik sampai orang ambik gambar pun tak sedar.


Aiseyyyyh.. pandai plak dia cover. hehe