Solid Food 6 Month : Menyediakan Puree Apple dan Puree Pear

12:17:00 PM 6 Comments A+ a-

17 Disember 2011

Semangat nak buat puree untuk Arissa for the first time! Mommy mula perkenalkan Arissa dengan puree apple & pear. Jom kita memuree. haha. Ada ke istilah tu?

Mommy gunakan apple Fuji sebab apple ni manis. Kalau takde yang ni apple apa pun tak kisah asalkan manis. Buah pear pun sama. Kalau boleh pilih yang dah masak.


Kupas kulit buah-buahan tu semua. Untuk permulaan mommy guna 3 biji apple dan 4 biji pear.

Siap dikupas!

Rebus apple dan pear dalam kuatiti air yang sedikit. Mommy pun bukan tau sangat. semua ni belajar melalui blog dan group Solid Food kat FB. Rebus sampai agak-agak buah tu lembut. Supaya senang kita nak blend nanti.

Proses merebus apple!

Rebus pear pulak. Buat satu-satu sebab mommy malas nak basuh banyak periuk. hehe

Okeh! Bila semua dah siap direbus. Biarkan sejuk sekejap. Kang kalau blend panas-panas rosak pulak blender. Tak pasal-pasal nak kena beli Blender Avent yang harga RM350 pulak! Oopsss tetiba. haha. Teringin la konon nak blender macam gitu. Bila dah sejuk, blend apple dan pear. Blend asing-asing la jangan campur pulak tau. Tambah air rebusan tadi supaya senang nak hancur. Blend sampai halussss.

Kemudian tuangkan dalam acuan untuk dibekukan. Mommy letak air sikit je. Saja bagi pekat. Letak dalam ais kiub ni. Chomel!! Pastu masuk la dalam peti ais bahagian beku.


Bila dan beku keluarkan dan letak dalam bekas supaya senang kerja kita di pagi hari nanti.

Puree apple siap! Chomel kan. Rasa mcm nak ngap je. hehe

Ni puree pear. semua nampak cam sedap. Nyum nyumm

6 kawan cakap

Write kawan cakap
Mama Adam
AUTHOR
December 28, 2011 at 1:55 PM delete

mama, bawak la datang opis. teringin jugak nk merasa. Bagus idea nih. nest time boleh guna :)

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
December 28, 2011 at 2:57 PM delete

ahahahaha... ayakkk.. mak budak pun nak rasa gak ke

Reply
avatar
Mama Adam
AUTHOR
December 28, 2011 at 3:57 PM delete

mesti la nak rasa. mommy tak rasa dulu ke? nmpk mcm puding. sedapnya!!!!

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
December 29, 2011 at 12:04 PM delete

saya rasa yang dah siap campur ngan bubur

Reply
avatar
nYomeL
AUTHOR
December 29, 2011 at 2:30 PM delete

wahhh.. mmg nampak sedap la reyha. bukan setakat budak, mak budak pun suka niii.. hehe! ok, baru tau cara makan dia kene campur dgn bubur. huhu.

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
December 30, 2011 at 9:09 AM delete

nyomel >> ayakkk bushra... ni mesti ingat bleh wat ais-krim kan. nanti sy try ubah wat ais-krim buah plak. jd ke x xtau laaa

Reply
avatar