Steamer In The House

9:47:00 AM 4 Comments A+ a-

Tadaaaaaa..... ;-p


Akhirnya terbeli jugak. Memang berhajat nakkan steamer. Tapi pikir-pikir pakai la apa yang ada dulu. Nak buat puree, rebus atau steam dengan pengukus dapur gas biasa je la. Memang langsung tak plan.

Hari Jumaat lepas (23 Disember 2011) mommy singgah ke Carrefour lepas ambik Arissa. Cadangnya nak beli labu denga keledek je untuk buat puree time weken. Macam biasa dukung Arissa sorang diri. Sambil-sambil tu singgah kat bahagian elektrik dulu. Setiap kali ke Giant / Carrefour, kami laki bini mesti singgah kat bahagian elektrik. Dah boleh kata wajib. Singgah cuci mata pun dah cukup.

Mommy try tengok-tengok steamer yang ada. Sekali tengok yang kat atas ni. Tengok harga. Tengok lagi betul ke tak ni. Takut salah je. Dia letak harga RM49! Betul ke ni. Panggil sales dia mintak nak tengok. Dia cakap ni last item. Tinggal yang display ni aje. Tak pikir banyak mommy terus cakap nak. Tak kisah la display item pun sebab dah tengok harga gitu punya murah. Terus bayar kat kaunter elektrik. Baru teringat macamana nak bawak benda ni. Dah la sebelah tangan dukung Arissa. Steamer tu dia letak dalam 2 plastik. Sales girl tu tolong ambikkan trolli. So merasa la mommy sebelah tangan dukung Arissa, sebelah lagi tolak troli. Tapi sempat lagi round kat dalam tu. Penuh gak la separuh troli. Mommy beli barang-barang untuk buat puree sekali. Semangat sangat nak try steamer baru :-)

Hari Ahad mommy ajak papa cari barang dapur kat Carrefour. Macam biasa mesti ke bahagian elektrik dulu. saja mommy nak tengok ada lagi tak steamer yang macam mommy beli tu. sebab hari tu sales girl tu cakap dah last item kan. Nasib baik memang takde. Tapi yang ni ada


Lagiiiiii besarrrr! Ada 2 tinggat je tapi memang sangat-sangat besar. Mommy tengok kotak pun macam tak percaya. Curi-curi bukak kotak dia. Sekali steam dalam 1 tray boleh muat agak-agak 2 ekor ikan siakap besar. Maknanya kalau guna dua-dua boleh steam 4 ekor sekali gus. Fuhhhhh....! Tapi mommy tak menyesal pun yang dah beli tu sebab rumah kami bukannya besar. Mana nak letak kalau beli yang ni. Saja ayat nak sedapkan hati. haha

4 kawan cakap

Write kawan cakap
miss hidayat
AUTHOR
December 29, 2011 at 4:26 PM delete

murah la ha..ni pkai letrik ko? geram nak beli jgk eh..skalo duk pkai hak rice cooker tu jah dia skali ngan steamer..tp gak kecik la, wat kek boleh kukus paruh jah..xparok letrik ko ni? boleh pkai atas dapur gas jgk ke x? kot2 xdop letrik gak..hihih

Reply
avatar
Mama Adam
AUTHOR
December 29, 2011 at 10:14 PM delete

Hm.... Nk kena beli jugak ke? Heheh

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
December 30, 2011 at 9:06 AM delete

miss hidayat >> a'ahh pkai letrik. xtau la parok ke dok. kito tggu bil dlb dpn gano deh. hehe. klu xdop letrik gak keno pkai ngukus biaso lerr

mama adam >> beli laaa... umah awkkan byk lg ruang kosong. penuhkan laaa

Reply
avatar
makcikcun
AUTHOR
September 13, 2016 at 1:46 PM delete

murahnyaaaa. rm59 Trio steamer dlm lazada us rm199.

Reply
avatar