Instant Food

12:31:00 AM 1 Comments A+ a-

Disebabkan Arissa tak suka makan biskut dengan oat, mommy try beli nestum pulak. Ni pun beli kat Manjaku weken baru ni. Beli yang perisa campuran buahan.


Dah try bagi Arissa makan. Memang bersungguh dia makan. Maklum la benda manis. Mommy pun join sekaki. hehe. Kira orait la Arissa boleh terima, senang nanti kalau nak bawak bermalam kat mana-mana. Alhamdulillah jugak, lepas bagi dia try makan nestum ni, selera ni kembali rancak. Bubur nasi pun dia dah berselera balik. Mommy suka!

Orang Kelantan Mesti Baca

11:46:00 AM 4 Comments A+ a-

Jangan salah paham yea.... Hanya untuk hilangkan mengantuk yang amat ni. Terjumpa kat satu blog ni (http://littlemamadiary.com/). Aduhhhh... nak putus urat perut baca tadi ;p


Belajar Bahasa Kelantan | Maksud Perkataan Pele
Tersebutlah cerita yang dikatakan berlaku di sebuah pejabat Majlis Perbandaran di Kelantan:

Kontraktor rumah : Ambo nok mitok kelulusan buat rumoh, lagu mano gak caro dia?
Pegawai Bangunan : Lagu ni, mulo-mulo wat pele (pelan) dulu.
Kontraktor rumah : Pele?  Ambo ado doh!
Pegawai Bangunan : Mano? Kalu ado wat tubik lah, kawe nok tengok.
Kontraktor rumah : Errrr! Tok leh! Tok leh!
Pegawai Bangunan : Bakpo tok lehnyo! Cepat la wat tubik!
Kontraktor rumah : Kalu tok tengok tok leh ko?
Pegawai Bangunan : Tok leh la!!! Kawe nok luluh rano, kalu kawe tok tengok!
Kontraktor rumah: Eh! Ambo ghoyat doh, ambo malu nok tunjok.
Pegawai Bangunan : Malu bakpo pulok? Pah tu bowok pele wak gapo kalu tok sir tunjok?
Kontraktor rumah: Ehhh! Malulah nok tunjok, pele ambo kecik!
 Pegawai Bangunan: Laa! Kecik pun tak po, kalu cukup syarat! Kalu tok tunjok, kawe nok sain luluh lagu mano?
Kontraktor rumah : Nok wat tubik nok tunjok kat mano? Orghe rama ni! Malu ambo! Malu weh!
Pegawai Bangunan : La! Tak po! Nok malu ko gapo! Wat tubik letok atah mejo kaunter ni pun buleh! Cepatlah! Kawe ado khijo lain lagi nih! Sibuk bena ni! Keno pehe la!
Kontraktor rumah : Hoh! Ambo wak tubik doh ni! Cepatla tengok!
Pegawai Bangunan : Laaa! (terkejut), buke pele ni!
Kontraktor rumah : Tu la! Ambo ghoyak doh tadi kan. Pele ambo kecik! Demo nok tengok jugok!
Pegawai Bangunan : Laaaaaa! Buke pasal kecik besarnyo! Maksud kawe Pele Bangune (Pelan Bangunan).
Kontraktor rumah : La! Ambo ingat pele nie! Kalu pele bangune, ado la dale beg nie! Tok ghoyak pun pele bangune. Mano ambo tahu!
Pegawai Bangunan : Kawe ingat demo pehe! Hok duk mari doh pun tok penah jadi lagu ni! Demo dok mano?
Kontraktor rumah : Guo Muse!

Yak!! Perkataan PELE ada dua maksud dalam Bahasa Kelantan. Hati-hati semasa menggunakannya takut tersalah tafsir. ;p

Misi Mengumpul Sampel Susu

10:06:00 AM 3 Comments A+ a-

Dah lama mommy apply sampel susu formula kat website. Tapi sampai ke sudah satu pun tak dapat. Zaman mengandung dulu ada la dapat. Tapi susu untuk baby takde pun.

Kebetulan masa gi inject hari Sabtu lepas, mommy tengok ada 2-3 orang parents yang dapat sampel susu. Dah siap bayar nasib baik teringat nak mintak. So dapat la 3 jenis

Similac
Isomil
Anmum

Yang Anmum tu best. Dapat 1 kotak yang 200g. Kalau kat kedai harga dia RM15.90 Kira untung la kan dia bagi sampel 1 kotal macam tu. Yang lagi 2 tu dalam peket siap-siap rasanya. Tapi takmo bagi Arissa try la yang 2 tu. huhu mahal sangat. Takut nanti kami tak mampu nak supply tiap-tiap bulan.

On the way balik, singgah kat Manjaku. Mommy bagi alasan kat papa sebab nak beli pampers. Arissa pakai Drypers. Biasa kat situ murah RM32.90. Tapi masa kami pergi tu harga dia RM33.90. Mommy ambik 1 pek je sebab kalau langsung tak beli nanti kena bebel. hehe. Tu pun tak bagitau papa harga lebih kurang Giants.

Masuk Manjaku mesti nak pusing-pusing dulu jamu mata. Round kat bahagian susu. Papa beria nak bagi Arissa try susu ni. Mommy tak berminat sangat. Yea la kalau boleh tak nak biasakan Arissa dengan FM lagi. Mommy masih nak BF dia. Tapi mommy kena terima hakikat gak stok susu dah tak meriah macam dulu. Sekarang bekalan Arissa pun dah campur dengan FM. Tapi selagi ada EBM, mommy mesti bekalkan!

Beli la jugak sekotak.

Termenung pikirkan nasib diri yang terpaksa minum susu FM. huhu. Kecewa tapi demi perut mu anak, mommy terpaksa. waaaaaaa..... T______T

Progress Arissa --> Berdiri

3:54:00 PM 0 Comments A+ a-

16/1/2012 @ 6PM

Upload gambar je dulu. Semput dah ni. Tak larat nak mengarang sebab tunggu nak load gambar punya la lama ;-p





Check-up 6 Month

10:54:00 PM 3 Comments A+ a-

Asyik tangguh je. Patut Arissa kena inject masa 6 bulan hari tu. Tapi banyak pulak halangan. Bukan halangan apa tapi kesihatan dia yang tak berapa bagus. Sejak awal bulan ni lagi dia duk demam. Demam pulak time weken. Ishhh cantik betulkan timing dia nak demam. Maybe sebab takmo mommy kena apply cuti kot. hehe. Orang tua cakap demam sebab nak dapat benda baru. Ye la kot. Hari tu demam, dah ok boleh berdiri. Pastu demam lagi, boleh merangkak pulak. Owhh lupa! Masuk 6 bulan banyak perkembangan baru Arissa. Dia dah boleh bangun berdiri :-)

Back to topic!

Kitorang check-up kat Klinik Kanak-Kanak Serena di Sg. Buloh. Ni kali ke-2 ke sana. Setakat ni mommy sangat-sangat puas hati dengan layanan Doc. Serena. Ni baru betul pakar kanak-kanak. Tau macamana nak entertain budak. Bukan macam sesetengah doktor. Nak bukak mulut pun berat!

Tapi kat klinik ni selalu ramai. Pulak mommy lupa nak buat temujanji. So terpaksa la menunggu. Sejam jugak la. Arissa behave je. Maklum la orang belum sehat sepenuhnya. Dia asyik batuk ngan selsema sekarang ni. Kesian tengok dia batuk tengah-tengah malam.

See.... kan mommy dah cakap dia behave :-)


Duk perhati budak-budak main.


Masuk jumpa doktor, timbang berat naik 300g je. 7.6kg. huhu. Frust mommy. Dah 2 minggu dia asyik kejap demam kejap ok. Makan pun kurang. Doc cakap perkembangan Arissa sangat cepat. Masa doktor cucuk Arissa tak nangis pun. Good girl! Sangat cepat dia buat kerja. Last inject lagi cepat. Sampai mommy pun terkejut.

Lepas ni inject umur 1 tahun pulak. Fuhhh lega......

Memang Selera Melayu

2:47:00 AM 2 Comments A+ a-

Assalamualaikum ;-)

Baru-baru ni mommy ada post pasal nak bagi Arissa instant food kan. Mommy dah try bagi last 2 weeks.

Mula-mula try bagi dia biskut Farleys. Kasi lenyek dengan EBM. Arissa tak minat. 2 kali suap dah paling muka tempat lain. Panggil pun dia buat donno. Ok fine.

Besoknya breakfast mommy try oat pulak. Letak kurma.


Campur air panas. Owhh tapi sebelum 2 oat tu mommy blend kering bagi halus.


Bila dah campur air panas pun tekstur dia masih kasar. Ada rasa biji-biji. Mommy blend lagi. Jadi la macam gambar kat atas. Tapi tu pun tak betul-betul halus. Mommy try sesuap. Erkk tak berapa boleh nak telan la. Lagi pun mommy memang takleh nak makan oat ni. Kalau nestum takpe. Nestum baby pun mommy boleh makan. hehe

Dan seperti yang mommy jangka, Arissa tak suka! hishh dia ni memang tekak melayu betul. Sebijik mommy dia. Dia rasa sikit pun dah tutup mulut. Paksa pun dia takkan buka. Kalau suap jugak nanti sila la rajin mengelap hasil dia menyembur. huhu. Apa yang mommy notice, kalau apa-apa makanan yang mommy tak suka, dia pun mesti tak suka gak. Owhh dats my girl ;-)

Semalam Yang Malang

11:38:00 AM 3 Comments A+ a-

Huh! Hari yang sangat mencabar!

Semalam mommy ada lawatan ke tapak projek di Melaka. Mengikut rancangan kami akan berada di sana sehingga tengahari. Maknanya sebelum habis office hour dah sampai balik office. Katanya lah..... huhu

Bertolak dari KL pukul 8.30am. Bos pun ikut sekali satu kereta. Singgah breakfast di Hentian Nilai. Mommy tak makan pun sebab dah siap-siap makan kat office tadi. Sampai ke Melaka pukul 10.45am. Dalam surat cakap perbincangan akan start pukul 10.30. Kitorang masuk dalam bilik mesyuarat ingatkan semua dah ada, rupanya kena tunggu bos besar kat situ turun. Dalam 11.30 baru dia tunjuk muka. Hishhh.....

Bermula la perbincangan yang sepatutnya dikatakan perbincangan ringkas tapi yang langsung tak nampak tanda nak berhenti. Mommy dah tak senang duduk. Mula la rasa panas bontot. Tengok jam dah dekat pukul 1. Diorang nak break dulu. Sambung pukul 2.30 pulak. Hadoiiiiiii...! Kalau dah sambung pukul 2.30 nak baliknya pukul berapa. Dah la nak buat lawatan lagi. Kita dah geram dah. Makan tengahari dijuamu mee goreng dengan telur mata yang sepatutnya jadi menu breakfast.

Masa kat meja makan, mommy rasa basah kat lengan. Aikk pelik dari mana datang air pulak ni. Relaks la. Kitorang keluar ke masjid untuk solat Zuhur. Masa kat toilet mommy tengok kat baju macam ada bertompok. Kat dada! Alamak lupa pakai breastpad laaaaa.... Dah la pump pun tak bawak sebab ingat sempat pump kat office nanti. Dah breastpad pun takde mommy letak tisu je la. Tawakal.

Pukul 2.30 sambung discussion lagi. Mommy dah takleh nak concentrate. Asyik tengok jam. Pukul 3.30 buat lawatan tapak. Dah tu ada minum petang pulak. Mommy siap pesan kat bos jangan sembang lama sangat. hehe. Pukul 4.30 baru kitorang bertolak balik.

Singgah beli ole-ole. Takdenya mommy nak round-round kedai tu. Terus tanya tuan kedai dodol ada tak? Mana sedap? Terus ambik. Tak sampai 5 minit. Tapi yang si jejaka-jejaki la alahai lama la memilih. Dekat 15 minit. Sambung perjalanan. Singgah di Hentian Nilai untuk solat. Dah solat bos ajak minum lagi. Mommy dah tak lalu nak telah apa-apa. Tunggu dalam kereta je. Dalam kepala duk teringat susu Arissa cukup ke tak. Risau sebab lupa nak tinggal susu lebih.

Nasib baik kat highway jalan ok. Tapi masuk je paham-paham je la. Huhu mommy tak berani nak tengok jam. Sampai office pukul 7. Arissa mommy dah suruh papa dia tolong ambik. Membebel panjang pakcik tu. Alaaa anak awak gak kannnn.... :-p

Dari KL-Kota Damansara mommy ambik masa tak sampai 20 minit untuk sampai. Tayar kereta tak rasa jejak bumi. haha. Kereta dah tak banyak masa tu. Apa lagi pecut kat lane kanan la jawabnya. Susu bengkak. Habis lencun baju. Sampai seatbelt pun basah! Sampai rumah, papa tengah dukung Arissa. Nampak air mata dia bergenang. Nangis la tu. Terus letak beg, cabut tudung then bagi dia susu. Susu tengah bengkak memang puas la dia minum. Sambil menyusu sambil pump. Alhamdulillah ada rezeki untuk Arissa.

Sebagai peringatan untuk mommy:
- kalau ada kerja luar make sure ada agenda. Even anjuran orang lain. Jangan main ikut suka je
- jangan lupa bawak pump tiap kali out-station
- jangan lupa pakai breastpad!! haha
- sediakan susu extra kat nursery

Untuk papa:
Sila belajar dan perhatikan macamana cara nak bancuh susu anak!

Wordless Wednesday

3:35:00 PM 3 Comments A+ a-

Sujud Syukur :-)

Solid Food 6 Month : Puree Kurma

2:31:00 PM 2 Comments A+ a-

Since baby bawah 1 tahun tak boleh makan makanan yang ditambah perisa, so mommy guna kurma sebagai penambah perisa. Alhamdulillah Arissa memang suka kalau makan bubur yang ada kurma. Nak buat puree kurma ni senang aje. Sama macam puree sebelum ni.

1. Buang biji kurma. Kalau rajin boleh buang kulit dia sekali. Mommy beli kurma YUTA yang dah memang lembut.

2. Steam kurma tu kejap. Nak bagi lagi lembut supaya senang blend.

Ni gambar kurma yang dah siap steam.

2.  Blend sampai halus dan hancus. Tambah sedikit air masak so that senang nak blend. Tapi jangan cair sangat. Mesti pekat dan likat.

3.  Tuang dalam bekas untuk dibekukan.


Kurma ni dia lembik sikit. Agak payah nak keluarkan dari ice cube. Lagi senang kalau letak dalam bekas jernih tu. Biasayna bila nak guna, mommy letak 1 kiub je sebab dah manis.

Solid Food 6 Month : Menyediakan Bekalan Arissa ke Taska

1:21:00 PM 5 Comments A+ a-

Pagi-pagi mommy bangun pukul 5. Tu kalau nak mengepam. Kalau tak, boleh bangun lewat sikit. 5.30! hehe beza tu 1/2 jam pun :-)

Ni step untuk mommy sediakan bubur buat bekal Arissa ke taska. Kalau bubur lain pun macam ni jugak step dia.

PART 2 : Bubur Nasi dan Labu ( 6 month )

1.  Keluarkan bubur nasi yang dah di-blend. Pilih frozen puree mana yang nak dicampur. Keluarkan.

2.  Masukkan anggaran 1 senduk bubur nasi ke dalam periuk. Sukatan tu ikut kuantiti anak masing-masing la yea makan banyak mana. Mommy buat bubur ni untuk Arissa makan 2 kali dekat taska. Masukkan 2-3 ketul puree. Hari ni kita guna puree labu.


Kalau nak bagi manis, boleh tambah puree kurma. Arissa suka sangat kalau letak kurma. Kira kurma ni macam gula la. Masak sampai mendidih dan puree tu hancur sepenuhnya. Sambil-sambil kacau.


Ni la rupa puree bubur dan labu. Peberet si tecik nih :-)


3.  Kemudian masukkan dalam bekas. Nak tahan panas, mommy letak dalam food jar ni. Memang hangat sampai ke petang.

Tips dia nak bagi kekal panas, sebelum taruk bubur, isi dengan air panas dulu. Tutup kemas-kemas, biar dalam 2-3 minit. Mommy selalu letak air panas sebelum start memasak. Bila bubur dah siap, buang air panas tu, kemudian isi dengan bubur. InsyaAllah tahan sampai ke petang. Arissa makan pagi dengan tengahari je.

Ni food jar yang mommy guna.


Siap!!! Biasa dalam 10 minit dah boleh setel.

Ni la bakul yang papa tolong usung tiap-tiap pagi petang.


Food jar untuk bubur
Mangkuk
Sudu
Bekas air
Botol susu
Bekas susu FM ( incase kalau EBM tak cukup )

Arissa! Jom g school...!!

Solid Food 6 Month : Menyediakan Bubur Nasi

1:07:00 PM 2 Comments A+ a-

Bila anak dah start makan solid food, maka bertambah la jadual kerja mommy dia. Tapi takpe. Mommy suke!! Serious cakap, sediakan menu untuk budak tecik ni lagi best dari masak untuk orang dewasa. hehe

Bagi yang bekerja macam mommy ni, mesti kalau boleh yang sediakan benda yang senang dan cepat di awal pagi kan. Mommy dulu pun mula-mula takut jugak. Takut tak sempat. Pastu takut nanti tak cukup masa nak prepare. Lagi takut punch card merah manjang ;-p

Ni cara mommy sediakan makanan untuk Arissa. Setakat ni mommy rasa selesa buat macam ni. Senang!

Mula-mula kita sediakan bubur nasi dulu. Bubur nasi ni mommy akan masak sekali untuk 2 hari makan. Ada yang cakap lagi senang kalau beras tu digoreng sampai kering kemudian blend halusssss. Pastu pagi-pagi masak sikit dengan air. Kena selalu kacau takut nanti berketul. Boleh campur dengan apa-apa puree. Tapi mommy tak buat cara ni. Sebabnya banyak yang mommy tengok lepas dah masak diorang terpaksa blend lagi sekali sebab bubur tu jadi berketul sebab tak kacau betul-betul. hmm takmo la buat bising pagi-pagi lagi.

Ok ni mommy tunjuk cara mommy yea ;-)

PART 1 : Menyediakan Bubur Nasi ( 6 month )

1.  Sukat beras untuk agak-agak boleh dua kali makan. Anggaran dalan segenggam. Jangan 1 pot tau. Nanti boleh buat kenduri terus. Mommy sukat pakai bekas macam kat bawah ni. Agak-agak 1/3.


2.  Basuh bersih-bersih beras tu. Lepas tu masukkan dalam periuk.Letak air banyak-banyak. Jangan sampai melimpah sudah.


Mommy pakai periuk kecik. Sukatan air anggaran 2/3 periuk.

3.  Masak beras tadi sampai air tinggal sikit. Sampai beras jadi nasi, nasi jadi bubur. hehe. Ala mesti mommies tau kan bubur tu macamana rupa dia. Alaaa yang macam ni....


Bila dah jadi bubur, biarkan sejuk atau suam.

4.  Bila bubur dah suam, kita blend sampai halus. Kalau nampak macam pekat sangat, tambah air masak. Jangan pekat sangat tau. Nak tau pekat ke tidak, bila kita senduk, dia mengalir tak putus. Means lebih baik cair dari terlalu pekat. Sebabnya nanti kita nak simpan dalam peti ais kan. Pastu masukkan dalam bekas untuk disimpan dalam peti ais.


Siap untuk masuk peti ais. Mommy buat kerja-kerja kat atas ni 2 hari sekali. Biasanya buat petang Ahad, Selasa dan Khamis. Hari minggu mommy buat bagi makan terus.

Stok Puree

10:12:00 AM 4 Comments A+ a-

Ni stok 2 ke 3 minggu lepas. Syok bila bukak freezer tengok penuh makanan anak. Makanan mak ngan bapak nya takpe kalau tak penuh pun. Burger tiap-tiap malam pun orait kan. hehe

Menyesal pulak rasa beli peti ais yang freezer dia ada drawer ni. MAcam sempit pulak rasa. Kemas tu memang la nampak kemas. Tapi tak muat. Mana nak letak makanan segera kita, makanan Arissa, ice pack dia lagi. huhu. Menyesal ke tak terpaksa la tunggu 4-5 tahun lagi baru boleh berangan nak tukar peti ais baru. LG putih corak bunga yang besar gedabak satu plissssss....! haha

Dah! Asyik merapu je. Ok. Dalam gambar ni ada stok puree labu, keledek, kurma dan apple. Abaikan kulit popia yang dah berzaman tu. Nak buang sayang. Tapi nak buat popianya tak tau bila. huhu

Bila letak dalam bekas jernih kecik-kecik tu lagi senang nak keluarkan rupanya. Dah la nampak comel. Tapi makan space kalau semua letak dalam tu.


Yang ni pulak puree betik, apple, labu dan kurma yang tidak dibekukan. Kalau nak guna just tambak dalam bubur yang dipanaskan. Tapi mommy rasa tak berapa gemar la buat macam ni. Jadi was-was pulak sedap ke tak. Sebabnya tengok kaler pun tak menyelerakan. Tengok apple yang tengah tu. Kalau kita bekukan elok pulak kaler dia. hmmm so mommy sekarang dah tak buat macam ni. semua mommy bekukan. Senang cerita.

Bekalan Makanan Anak Semasa Travel

4:41:00 PM 1 Comments A+ a-

Bila nak kena outstation baru la pening pikir pasal anak. Macam-macam benda nak kena pikir. Zaman bujang dulu senang. Pack baju sumbat masuk balam beg galas je. Takyah risau pikir nak tinggal sape-sape. Bila dah kawin, pun takde la risau sangat. Cuma banyak la nak kena bersoal jawab sebelum dapat surat pelepasan dengan En. Suami. hehe

Bila dah ada anak, kalau boleh dan seboleh mungkin nak elak sangat-sangat dari kena pergi mana-mana yang kena bermalam. 6 bulan mommy mintak dengan boss takmo kursus bermalam sebab susah anak breastfeed. Menyesal pulak cakap 6 bulan je. Patut cakap 2 tahun! Cukup je 6 bulan terus nak hantar kita jauh-jauh. Hmm macam ni la nasib kuli.

Bila nak travel atas urusan kerja ni, dengan anak sekali, mommy kena import ma dengan abah tok sekali. Diorang memang suka. Ok untuk part jaga Arissa dah setel, sekarang bab makan minum dia pulak. Takkan nak bawak rice cooker. Hishhh macam leceh je. So solution dia.... Instant food!

2 minggu lepas mommy ada beli instant oat ni


Beli kat Carrefour. Tu pun lepas baja dalam group solid food. Belum try lagi. InsyaAllah weken ni kot. Macam senang je nak prepare. Just tambah air panas pastu letak la pisang atau kurma. Lenyek-lenyek suap. Suka ke idak nanti kita tengok :-)

Lagi 1 mommy ingat nak jugak cari biskut ni


Macam sedap je. Agak-agak sedap macam biskut Hup Seng cicah air milo ke? hehe