Bekalan Makanan Anak Semasa Travel

4:41:00 PM 1 Comments A+ a-

Bila nak kena outstation baru la pening pikir pasal anak. Macam-macam benda nak kena pikir. Zaman bujang dulu senang. Pack baju sumbat masuk balam beg galas je. Takyah risau pikir nak tinggal sape-sape. Bila dah kawin, pun takde la risau sangat. Cuma banyak la nak kena bersoal jawab sebelum dapat surat pelepasan dengan En. Suami. hehe

Bila dah ada anak, kalau boleh dan seboleh mungkin nak elak sangat-sangat dari kena pergi mana-mana yang kena bermalam. 6 bulan mommy mintak dengan boss takmo kursus bermalam sebab susah anak breastfeed. Menyesal pulak cakap 6 bulan je. Patut cakap 2 tahun! Cukup je 6 bulan terus nak hantar kita jauh-jauh. Hmm macam ni la nasib kuli.

Bila nak travel atas urusan kerja ni, dengan anak sekali, mommy kena import ma dengan abah tok sekali. Diorang memang suka. Ok untuk part jaga Arissa dah setel, sekarang bab makan minum dia pulak. Takkan nak bawak rice cooker. Hishhh macam leceh je. So solution dia.... Instant food!

2 minggu lepas mommy ada beli instant oat ni


Beli kat Carrefour. Tu pun lepas baja dalam group solid food. Belum try lagi. InsyaAllah weken ni kot. Macam senang je nak prepare. Just tambah air panas pastu letak la pisang atau kurma. Lenyek-lenyek suap. Suka ke idak nanti kita tengok :-)

Lagi 1 mommy ingat nak jugak cari biskut ni


Macam sedap je. Agak-agak sedap macam biskut Hup Seng cicah air milo ke? hehe

1 kawan cakap:

Write kawan cakap
Mama Adam
AUTHOR
January 15, 2012 at 10:46 AM delete

nk tau sedap ke tak, cuba la rasa :D

Reply
avatar