Check-up 6 Month

10:54:00 PM 3 Comments A+ a-

Asyik tangguh je. Patut Arissa kena inject masa 6 bulan hari tu. Tapi banyak pulak halangan. Bukan halangan apa tapi kesihatan dia yang tak berapa bagus. Sejak awal bulan ni lagi dia duk demam. Demam pulak time weken. Ishhh cantik betulkan timing dia nak demam. Maybe sebab takmo mommy kena apply cuti kot. hehe. Orang tua cakap demam sebab nak dapat benda baru. Ye la kot. Hari tu demam, dah ok boleh berdiri. Pastu demam lagi, boleh merangkak pulak. Owhh lupa! Masuk 6 bulan banyak perkembangan baru Arissa. Dia dah boleh bangun berdiri :-)

Back to topic!

Kitorang check-up kat Klinik Kanak-Kanak Serena di Sg. Buloh. Ni kali ke-2 ke sana. Setakat ni mommy sangat-sangat puas hati dengan layanan Doc. Serena. Ni baru betul pakar kanak-kanak. Tau macamana nak entertain budak. Bukan macam sesetengah doktor. Nak bukak mulut pun berat!

Tapi kat klinik ni selalu ramai. Pulak mommy lupa nak buat temujanji. So terpaksa la menunggu. Sejam jugak la. Arissa behave je. Maklum la orang belum sehat sepenuhnya. Dia asyik batuk ngan selsema sekarang ni. Kesian tengok dia batuk tengah-tengah malam.

See.... kan mommy dah cakap dia behave :-)


Duk perhati budak-budak main.


Masuk jumpa doktor, timbang berat naik 300g je. 7.6kg. huhu. Frust mommy. Dah 2 minggu dia asyik kejap demam kejap ok. Makan pun kurang. Doc cakap perkembangan Arissa sangat cepat. Masa doktor cucuk Arissa tak nangis pun. Good girl! Sangat cepat dia buat kerja. Last inject lagi cepat. Sampai mommy pun terkejut.

Lepas ni inject umur 1 tahun pulak. Fuhhh lega......

3 kawan cakap

Write kawan cakap
AIN NAZRI
AUTHOR
January 17, 2012 at 3:44 PM delete

ooo bagus bagus mmg behave.. 'Auf pon suka perati budak2 main kat klinik.. tapi dia dok diam ajerk..
best yer Arisa dah leh diri ye.. 'Auf baru angkat2 bontot ni.. harap2 6 bulan dia pon leh duduk or diri.. huhu

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
January 17, 2012 at 3:57 PM delete

ain >> berdiri dah lepas tp duduk belom. 2 masalahnya. bila dia bangun nanti nak duduk balik terus tergolek. hehe

Reply
avatar
abah&ummie
AUTHOR
January 19, 2012 at 9:32 AM delete

la.... dah nak kena telent ngan firas ni.. firas dan 7.5kg

Reply
avatar