Misi Mengumpul Sampel Susu

10:06:00 AM 3 Comments A+ a-

Dah lama mommy apply sampel susu formula kat website. Tapi sampai ke sudah satu pun tak dapat. Zaman mengandung dulu ada la dapat. Tapi susu untuk baby takde pun.

Kebetulan masa gi inject hari Sabtu lepas, mommy tengok ada 2-3 orang parents yang dapat sampel susu. Dah siap bayar nasib baik teringat nak mintak. So dapat la 3 jenis

Similac
Isomil
Anmum

Yang Anmum tu best. Dapat 1 kotak yang 200g. Kalau kat kedai harga dia RM15.90 Kira untung la kan dia bagi sampel 1 kotal macam tu. Yang lagi 2 tu dalam peket siap-siap rasanya. Tapi takmo bagi Arissa try la yang 2 tu. huhu mahal sangat. Takut nanti kami tak mampu nak supply tiap-tiap bulan.

On the way balik, singgah kat Manjaku. Mommy bagi alasan kat papa sebab nak beli pampers. Arissa pakai Drypers. Biasa kat situ murah RM32.90. Tapi masa kami pergi tu harga dia RM33.90. Mommy ambik 1 pek je sebab kalau langsung tak beli nanti kena bebel. hehe. Tu pun tak bagitau papa harga lebih kurang Giants.

Masuk Manjaku mesti nak pusing-pusing dulu jamu mata. Round kat bahagian susu. Papa beria nak bagi Arissa try susu ni. Mommy tak berminat sangat. Yea la kalau boleh tak nak biasakan Arissa dengan FM lagi. Mommy masih nak BF dia. Tapi mommy kena terima hakikat gak stok susu dah tak meriah macam dulu. Sekarang bekalan Arissa pun dah campur dengan FM. Tapi selagi ada EBM, mommy mesti bekalkan!

Beli la jugak sekotak.

Termenung pikirkan nasib diri yang terpaksa minum susu FM. huhu. Kecewa tapi demi perut mu anak, mommy terpaksa. waaaaaaa..... T______T

3 kawan cakap

Write kawan cakap
Reyha
AUTHOR
January 24, 2012 at 3:07 PM delete

adam mana minum susu ni. adam minum susu mahalllll... hehe

Reply
avatar
iietamalek
AUTHOR
February 21, 2012 at 8:38 AM delete

actually kat mana ek nak daptkan sampelsampel ni..saya tgh cuba nak tukar untuk ank saya..

Reply
avatar