Semalam Yang Malang

11:38:00 AM 3 Comments A+ a-

Huh! Hari yang sangat mencabar!

Semalam mommy ada lawatan ke tapak projek di Melaka. Mengikut rancangan kami akan berada di sana sehingga tengahari. Maknanya sebelum habis office hour dah sampai balik office. Katanya lah..... huhu

Bertolak dari KL pukul 8.30am. Bos pun ikut sekali satu kereta. Singgah breakfast di Hentian Nilai. Mommy tak makan pun sebab dah siap-siap makan kat office tadi. Sampai ke Melaka pukul 10.45am. Dalam surat cakap perbincangan akan start pukul 10.30. Kitorang masuk dalam bilik mesyuarat ingatkan semua dah ada, rupanya kena tunggu bos besar kat situ turun. Dalam 11.30 baru dia tunjuk muka. Hishhh.....

Bermula la perbincangan yang sepatutnya dikatakan perbincangan ringkas tapi yang langsung tak nampak tanda nak berhenti. Mommy dah tak senang duduk. Mula la rasa panas bontot. Tengok jam dah dekat pukul 1. Diorang nak break dulu. Sambung pukul 2.30 pulak. Hadoiiiiiii...! Kalau dah sambung pukul 2.30 nak baliknya pukul berapa. Dah la nak buat lawatan lagi. Kita dah geram dah. Makan tengahari dijuamu mee goreng dengan telur mata yang sepatutnya jadi menu breakfast.

Masa kat meja makan, mommy rasa basah kat lengan. Aikk pelik dari mana datang air pulak ni. Relaks la. Kitorang keluar ke masjid untuk solat Zuhur. Masa kat toilet mommy tengok kat baju macam ada bertompok. Kat dada! Alamak lupa pakai breastpad laaaaa.... Dah la pump pun tak bawak sebab ingat sempat pump kat office nanti. Dah breastpad pun takde mommy letak tisu je la. Tawakal.

Pukul 2.30 sambung discussion lagi. Mommy dah takleh nak concentrate. Asyik tengok jam. Pukul 3.30 buat lawatan tapak. Dah tu ada minum petang pulak. Mommy siap pesan kat bos jangan sembang lama sangat. hehe. Pukul 4.30 baru kitorang bertolak balik.

Singgah beli ole-ole. Takdenya mommy nak round-round kedai tu. Terus tanya tuan kedai dodol ada tak? Mana sedap? Terus ambik. Tak sampai 5 minit. Tapi yang si jejaka-jejaki la alahai lama la memilih. Dekat 15 minit. Sambung perjalanan. Singgah di Hentian Nilai untuk solat. Dah solat bos ajak minum lagi. Mommy dah tak lalu nak telah apa-apa. Tunggu dalam kereta je. Dalam kepala duk teringat susu Arissa cukup ke tak. Risau sebab lupa nak tinggal susu lebih.

Nasib baik kat highway jalan ok. Tapi masuk je paham-paham je la. Huhu mommy tak berani nak tengok jam. Sampai office pukul 7. Arissa mommy dah suruh papa dia tolong ambik. Membebel panjang pakcik tu. Alaaa anak awak gak kannnn.... :-p

Dari KL-Kota Damansara mommy ambik masa tak sampai 20 minit untuk sampai. Tayar kereta tak rasa jejak bumi. haha. Kereta dah tak banyak masa tu. Apa lagi pecut kat lane kanan la jawabnya. Susu bengkak. Habis lencun baju. Sampai seatbelt pun basah! Sampai rumah, papa tengah dukung Arissa. Nampak air mata dia bergenang. Nangis la tu. Terus letak beg, cabut tudung then bagi dia susu. Susu tengah bengkak memang puas la dia minum. Sambil menyusu sambil pump. Alhamdulillah ada rezeki untuk Arissa.

Sebagai peringatan untuk mommy:
- kalau ada kerja luar make sure ada agenda. Even anjuran orang lain. Jangan main ikut suka je
- jangan lupa bawak pump tiap kali out-station
- jangan lupa pakai breastpad!! haha
- sediakan susu extra kat nursery

Untuk papa:
Sila belajar dan perhatikan macamana cara nak bancuh susu anak!

3 kawan cakap

Write kawan cakap
AIN NAZRI
AUTHOR
January 13, 2012 at 4:35 PM delete

dulu hubby pon x pandai bancuh susu anak.. tapi ain suka paksa since dalam pantang.. hahahha.. now dia dah expert dah.. hik hik

Reply
avatar
abah&ummie
AUTHOR
January 15, 2012 at 9:27 AM delete

bui kursus bancuh susu ko immi tu.... spoil sungguh kalu bancuh susu pun fill.....

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
January 16, 2012 at 9:01 AM delete

ain >> dulu fully bf. skang ni baru campur. 2 yg dia malas ngat tu. huhu

kak >> tau la ehhh... relo tggu kito kelik. nyaknyo ko anok

Reply
avatar