Solid Food 6 Month : Menyediakan Bekalan Arissa ke Taska

1:21:00 PM 5 Comments A+ a-

Pagi-pagi mommy bangun pukul 5. Tu kalau nak mengepam. Kalau tak, boleh bangun lewat sikit. 5.30! hehe beza tu 1/2 jam pun :-)

Ni step untuk mommy sediakan bubur buat bekal Arissa ke taska. Kalau bubur lain pun macam ni jugak step dia.

PART 2 : Bubur Nasi dan Labu ( 6 month )

1.  Keluarkan bubur nasi yang dah di-blend. Pilih frozen puree mana yang nak dicampur. Keluarkan.

2.  Masukkan anggaran 1 senduk bubur nasi ke dalam periuk. Sukatan tu ikut kuantiti anak masing-masing la yea makan banyak mana. Mommy buat bubur ni untuk Arissa makan 2 kali dekat taska. Masukkan 2-3 ketul puree. Hari ni kita guna puree labu.


Kalau nak bagi manis, boleh tambah puree kurma. Arissa suka sangat kalau letak kurma. Kira kurma ni macam gula la. Masak sampai mendidih dan puree tu hancur sepenuhnya. Sambil-sambil kacau.


Ni la rupa puree bubur dan labu. Peberet si tecik nih :-)


3.  Kemudian masukkan dalam bekas. Nak tahan panas, mommy letak dalam food jar ni. Memang hangat sampai ke petang.

Tips dia nak bagi kekal panas, sebelum taruk bubur, isi dengan air panas dulu. Tutup kemas-kemas, biar dalam 2-3 minit. Mommy selalu letak air panas sebelum start memasak. Bila bubur dah siap, buang air panas tu, kemudian isi dengan bubur. InsyaAllah tahan sampai ke petang. Arissa makan pagi dengan tengahari je.

Ni food jar yang mommy guna.


Siap!!! Biasa dalam 10 minit dah boleh setel.

Ni la bakul yang papa tolong usung tiap-tiap pagi petang.


Food jar untuk bubur
Mangkuk
Sudu
Bekas air
Botol susu
Bekas susu FM ( incase kalau EBM tak cukup )

Arissa! Jom g school...!!

5 kawan cakap

Write kawan cakap
AIN NAZRI
AUTHOR
January 6, 2012 at 4:09 PM delete

best yer info.. tq sangat2 sebab share.. ain mmg tgh dok kumpul info nie.. jadi senanglaa kalau nak ke prepare tuk 'Auf.. eerrmm.. senang rupanya..

Reply
avatar
nYomeL
AUTHOR
January 6, 2012 at 6:34 PM delete

rajinnye mommy arissa!
mesti sedap bekal arissa g school ari2 kan..?? :)

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
January 9, 2012 at 9:49 AM delete

ain >> mula2 rasa risau sb bila kita pikir macam rumit je. tp bila dah experience sendiri, syok plak!

nyomel >> terpaksa la bushra...klu x anak i nak makan ape. try bg biskut xsuke plak die.

Reply
avatar
ladyuz
AUTHOR
January 9, 2012 at 10:02 AM delete

awak, nak tnyer kt mane nk dptkan ice tray n termos tuh yea..nk bli gak ler..heheh

Reply
avatar
April 27, 2014 at 8:32 AM delete

ladyuz > sy beli kat giant je bekas ais tu. termos beli kat kedai baby mybabystore

Reply
avatar