Solid Food 6 Month : Menyediakan Bubur Nasi

1:07:00 PM 2 Comments A+ a-

Bila anak dah start makan solid food, maka bertambah la jadual kerja mommy dia. Tapi takpe. Mommy suke!! Serious cakap, sediakan menu untuk budak tecik ni lagi best dari masak untuk orang dewasa. hehe

Bagi yang bekerja macam mommy ni, mesti kalau boleh yang sediakan benda yang senang dan cepat di awal pagi kan. Mommy dulu pun mula-mula takut jugak. Takut tak sempat. Pastu takut nanti tak cukup masa nak prepare. Lagi takut punch card merah manjang ;-p

Ni cara mommy sediakan makanan untuk Arissa. Setakat ni mommy rasa selesa buat macam ni. Senang!

Mula-mula kita sediakan bubur nasi dulu. Bubur nasi ni mommy akan masak sekali untuk 2 hari makan. Ada yang cakap lagi senang kalau beras tu digoreng sampai kering kemudian blend halusssss. Pastu pagi-pagi masak sikit dengan air. Kena selalu kacau takut nanti berketul. Boleh campur dengan apa-apa puree. Tapi mommy tak buat cara ni. Sebabnya banyak yang mommy tengok lepas dah masak diorang terpaksa blend lagi sekali sebab bubur tu jadi berketul sebab tak kacau betul-betul. hmm takmo la buat bising pagi-pagi lagi.

Ok ni mommy tunjuk cara mommy yea ;-)

PART 1 : Menyediakan Bubur Nasi ( 6 month )

1.  Sukat beras untuk agak-agak boleh dua kali makan. Anggaran dalan segenggam. Jangan 1 pot tau. Nanti boleh buat kenduri terus. Mommy sukat pakai bekas macam kat bawah ni. Agak-agak 1/3.


2.  Basuh bersih-bersih beras tu. Lepas tu masukkan dalam periuk.Letak air banyak-banyak. Jangan sampai melimpah sudah.


Mommy pakai periuk kecik. Sukatan air anggaran 2/3 periuk.

3.  Masak beras tadi sampai air tinggal sikit. Sampai beras jadi nasi, nasi jadi bubur. hehe. Ala mesti mommies tau kan bubur tu macamana rupa dia. Alaaa yang macam ni....


Bila dah jadi bubur, biarkan sejuk atau suam.

4.  Bila bubur dah suam, kita blend sampai halus. Kalau nampak macam pekat sangat, tambah air masak. Jangan pekat sangat tau. Nak tau pekat ke tidak, bila kita senduk, dia mengalir tak putus. Means lebih baik cair dari terlalu pekat. Sebabnya nanti kita nak simpan dalam peti ais kan. Pastu masukkan dalam bekas untuk disimpan dalam peti ais.


Siap untuk masuk peti ais. Mommy buat kerja-kerja kat atas ni 2 hari sekali. Biasanya buat petang Ahad, Selasa dan Khamis. Hari minggu mommy buat bagi makan terus.

2 kawan cakap

Write kawan cakap
Anonymous
AUTHOR
April 24, 2012 at 3:43 PM delete

hi. nak tanya la. lepas dah buat bubur utk stok 2hari tu, camne nak panaskan? panaskan mcm panaskan ebm atau kena masak atas dapur? thanx
-syai-

Reply
avatar
April 27, 2014 at 8:30 AM delete

alahaiii soriiii syai..sy xperasan pun awk komen. anak pun mesti dah besar kan. huhu. xpe la lmbat pun sy nak jwb gak. sy panaskan atas dapur. tambah air panas sikit

Reply
avatar