Stok Puree

10:12:00 AM 4 Comments A+ a-

Ni stok 2 ke 3 minggu lepas. Syok bila bukak freezer tengok penuh makanan anak. Makanan mak ngan bapak nya takpe kalau tak penuh pun. Burger tiap-tiap malam pun orait kan. hehe

Menyesal pulak rasa beli peti ais yang freezer dia ada drawer ni. MAcam sempit pulak rasa. Kemas tu memang la nampak kemas. Tapi tak muat. Mana nak letak makanan segera kita, makanan Arissa, ice pack dia lagi. huhu. Menyesal ke tak terpaksa la tunggu 4-5 tahun lagi baru boleh berangan nak tukar peti ais baru. LG putih corak bunga yang besar gedabak satu plissssss....! haha

Dah! Asyik merapu je. Ok. Dalam gambar ni ada stok puree labu, keledek, kurma dan apple. Abaikan kulit popia yang dah berzaman tu. Nak buang sayang. Tapi nak buat popianya tak tau bila. huhu

Bila letak dalam bekas jernih kecik-kecik tu lagi senang nak keluarkan rupanya. Dah la nampak comel. Tapi makan space kalau semua letak dalam tu.


Yang ni pulak puree betik, apple, labu dan kurma yang tidak dibekukan. Kalau nak guna just tambak dalam bubur yang dipanaskan. Tapi mommy rasa tak berapa gemar la buat macam ni. Jadi was-was pulak sedap ke tak. Sebabnya tengok kaler pun tak menyelerakan. Tengok apple yang tengah tu. Kalau kita bekukan elok pulak kaler dia. hmmm so mommy sekarang dah tak buat macam ni. semua mommy bekukan. Senang cerita.

4 kawan cakap

Write kawan cakap
AIN NAZRI
AUTHOR
January 6, 2012 at 11:04 AM delete

mummy Arissa.. mcm mana buat puree kurma tu? leh share tak?

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
January 6, 2012 at 11:41 AM delete

ain >> jap ehh. kita tgh nak upload gambar ni. intenet slow laa

Reply
avatar
Mama Adam
AUTHOR
January 8, 2012 at 1:44 PM delete

betul tu... kalo x frozen, was2 la nk kasi baby makan. kot2 dijangkiti ...

hehehe... frozen la selamat sikit.

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
January 9, 2012 at 9:50 AM delete

mama adam >> kan kannn... makanan kita pun klu letak g2 rasa was2

Reply
avatar