Kami Demam

8:41:00 AM 2 Comments A+ a-

Huhu. Arissa demam lagi. Rasanya selang 2 minggu dia demam. Kali ni terus sangat. Sampai Mommy pun jangkit. Semalam Mommy amik EL. Harini nak gi klinik kot-kot dapat mc.

Malam tadi suhu badan Arissa naik sampai 39.4 darjah celcius. Mommy ngan papa lap badan dia dengan air asam jawa. Payah nak turun. Petang sebelum tu dah ok lepas mommy lap-lap badan ni. Tapi malam tadi tangan dia sejuk, pucat, kuku biru, bibir pun biru. Mommy bukak baju dia tinggal pampers je. Lap lagi badan. Sejuk sangat kot sampai menggigil badan dia. Mommy selimutkan dia. Tidur pun sampai bunyi. Aduhhhh sedihnya tengok.

Pukul 4 pagi tetibe dia bangun. Mommy sentuh badan dia dah sejuk. Check suhu dah turun 37. Alhamdulillah. Bangun terus merayap. Mula buat aksi spring. hehe.

Pagi ni bangun suhu dia naik balik. Aduhhhh kesiannya Arissa

Pertama dan Mungkin Terakhir

11:03:00 AM 2 Comments A+ a-

6 Feb 2012

Lepas ke akuarium kitorang ke Bukit Cerakah. Sekarang dah tukar nama rasanya. Taman apa lupa pulak. hehe. Mula-mula beli bekal makan tengahari dulu. Drive-thru MCD je senang. Arissa Mommy bawak cerelac.

Sampai sana kitorang cari port bawah pokok dekat area parking. Kasi isi perut kenyang-kenyang dulu. Ramai jugak orang time tu. Kalau tak silap dekat pukul 2pm. Matahari memang tegak atas kepala.

Dah siap makan jalan cari pintu masuk. Alahaii jauhnya. Dah start berpeluh satu badan. Sebenarnya Mommy takmo pun masuk dalam tu sebab bukan ada apa sangat pun. Tambah-tambah dengan cuaca yang teramat panas. Tapi takot nak bagitau papa sebab kita yang beria ajak dia jalan-jalan. hehe

Tiket masuk masih RM3 untuk dewasa. RM1 untuk kanak-kanak. Tapi Arissa masih baby so tak kena bayar.

Lepas masuk kitorang beratur untuk naik bas.


Arissa tidur lagi sekali. Memang time dia tidur pun masa tu. Orang beratur nak naik bas sangat la ramai. Papa ajak jalan kaki. Yea la dulu zaman bercinta kitorang jalan kaki je round satu taman tu. Zaman bercinta mana nak rasa penat ke apa. Kaki nak kejung pun dia je. Maklum la tengah hangat bercinta la katakan....

Tapi bila nak bawak anak tengah-tengah panas ni pikir 10 kali. Ok lah kita try jalan. Baru dalam 20 langkah, patah balik. Panas! Bawak payung pun masih panas. Beratur tunggu bas balik. Dah 2 biji bas datang tapi nampak orang tak surut-surut pun lagi. Papa ajak jalan lagi sekali. Ok kali ni jauh sikit. Tapi bila tengok simpang nak ke taman haiwan punya la jauh. Kena jalan tengah-tengah panas pulak tu. Patah balik! Tunggu bas lagi sekali. haha. Malu jugak takut ada orang perasan. Mesti diorang cakap apesal la 3 beranak tu duk berarak tengah-tengah panas! haha

Tunggu tak sampai 5 minit, Mommy ajak balik. Kesian tengok Arissa. Dah berpeluh. Nasib baik tiket RM3 je. Burn je la. Tak sanggup nak tunggu lagi.


Dari pintu masuk nak ke parking pulak rasa jauh sangat. Dah la mendaki. Tadi menurun ok lagi. huhu. Rasanya dah takkan sampai lagi kat sini lepas ni. Cukup la sekali ni

Akuarium Shah Alam

10:19:00 AM 1 Comments A+ a-

6 Feb 2012

Entry basi. hehe. Dah lama nak nak buat entry ni tapi gambar lambat transfer sebab tu jadi tertangguh. Tak kisah la. Blog ni kan dah jadi macam diari aktiviti Mommy, Arissa and Family :-)

Sempena cuti gamti Maulidur Rasul, tak tau nak ke mana tapi takmo terperuk kat rumah, Mommy ajak papa jalan-jalan ke Akuarium Shah Alam. Dah dekat pukul 12 pun masa tu. Tunggu setel kemas rumah dulu baru keluar. Tapi masuk-masuk kereta je, Arissa terus tidur. Haiyaaa ini budak! Asal naik kereta je tidur.

Sampai kat akuarium Arissa masih lena. Mommy angkat letak dalam carrier pun dia masih mamai. Muka pun masak je takde mood.


Tengok la mulut tu. Dah macam bulan sabit terbalik. huhu. Langsung dia tak senyum!

Kat sini macam-macam ikan hiasan ada. Sebenarnya ni kedai ikan hiasan. Tapi dia bukak untuk lawatan sama. Akuarium ni betul-betul sebelah Wetworld Shah Alam. Dulu time bercinta selalu la dating kat sini. Tak tau pasal apa tapi suka betul datang sini.

Tengok gambar je la. Mommy tak tau nak tulis apa. Geram sebab muka 1 pun takde dalam gambar. huhu. Macam ni la kalau pakai carrier. Papa langsung tak bagi Mommy dukung Arissa. Mommy dukung barang-barang ngan kamera je ;-(

Ikan kap Jepun. Gemok-gemoks!


Udang Merah


Ikan emas buncit


Ikan lupa nama dia ;-p


Gambar yang bawah ni dalam terowong. Kat sini semua ikan besar-besar. Memang kalau goreng tak lalu la nak makan.

Ikan patin


Ikan patin putih, Ikan buaya & labi-labi


Ikan yang duk mengadap Arissa tu, memang macam tu la gaya dia tiap kali kitorang pergi tengok. Dari dulu kini dan selamanya posing same. haha!

Ikan toman


Ikan red devil kalau tak silap


Sebenarnya macam-macam ini lagi ada, tapi Mommy takde mood nak ambik gambar sangat sebab takde muka sendiri. huhu. Kalau sapa-sapa nak bawak anak belajar tentang ikan boleh la datang ni. Free je masuk sini

Bakul Makeup

10:25:00 AM 6 Comments A+ a-

Jom kita tengok ada apa dalam bakul mek Arissa ni. Gambar bakul haruslah tak boleh tunjuk sebab bersepah. hehe.

Bedak
Mostly bedak J&J. Asal ke Guardians/Supermarket Mommy mesti nak jenguk bedak J&J apa yang baru. Best la bau dia. Bau baby! Mommy pun tumpang pakai bedak Arissa gak kalau setakat duk rumah tu. Bedak Aiken untuk sapu kat belakang leher Arissa. Dia macam ada ruam sebab selalu berpeluh. Lagi satu Arissa suka sangat garu. Sampai luka. Tapi Mommy dah jumpa cream yang amat mujarab untuk ruam peluh ni. Nantikan entry akan datang. haha. Yea yea je kan


Minyak Yuyi
Semua baby wajib ada minyak ni eh? Bau dia sinonim betul ngan baby kan. Dari Arissa newborn, Mommy tak pernah lupa sapu minyak ni kat perut, betis ngan tapak kaki Arissa. Maybe sebab tu perut Arissa tak pernah kembung. Alhamdulillah. Sapu minyak yuyi ni kat betis. Urut-urut sikit. Sure lepas tu Arissa buang angin tanpa segan silu. kihkihkih

Baby Balm
Yang ni abah tok belikan masa Arissa umur dalam 40 hari lagi. Sampai sekarang ada lagi. Bau balm ni rasa macam nak makan je. Sedap sangat bau dia. Bau rasberry kalau tak silap. Yang ni sapu kat dada takmo bagi selsema. Balm ni tak panas macam vicks tu. So sesuai la untuk baby. Bila balik KL mommy selalu lupa nak sapu, sebab tu Arissa senang sangat kena selsema sekarang ni. huhu my mistake ;-(


Baby Oil
Semua mommy beli botol kecik-kecik. Senang nak travel. Yang ni pakai sebagai minyak rambut. Rambut Arissa sikit, halus pulak tu. Tapi jarang sangat la guna.

Minyak Angin
Minyak Mestika tu rasanya tak pernah sapu pun kat Arissa. Panas la. Papa dia yang guna sapu kat badan. Tukang urut dia sapa lagi kalu bukan mommy. huh. Orang offer suruh gi rumah urut takmo pulak dia. hehe. Yang penutup kaler merah tu minyak seribu. Beli masa dalam pantang gak. Orang cakap minyak ni baik untuk buang angin. Beli kat tabib cina. Tapi rasanya Arissa lagi ngam dengan minyak Yuyi la.


Minyak TYT
Minyak ni sangat-sangat mujarab la kalau nak hilangkan gigitan nyamuk/serangga. Seyes sangat berkesan. 2 kali sapu dah hilang. Ni ni pun wajib ada.


Lain-lain
Cotton buds. Orang cakap tak elok korek telinga bayi kan. Tapi mommy tak tahan la nak biarkan gitu aje. Ala cuit-cuit sikit je. Nak pakai yang besi tu lagi la takot. Drypolene ni pun musti ada. Bagus untuk hilangkan ruam lampin. Yang ni stok tak pernah putus. Mandian J&J tu tak pernah guna lagi sebab Sebamed dia tak habis-habis lagi. Pacifier untuk Arissa kunyah. Dia tak reti nak hisap. Sikat rambut berus. Almaklum la rambut sangatttt lebat. hehe. Pengetip kuku. Ni beli yang mahal punya gara-gara jari Arissa berdarah orang taska ketip kuku dia. Tapi payah la guna yang ni. Yang konventional jugak jadi pilihan. Last cream untuk ruam. sekarang dah tak pakai yang ni sebab dah pakai jenis lain.


Okeh. Itu aje lah yang ada. Tunggu nanti dah besar habis la lipstik mommy sure kena tonyoh kat dinding punya ni.

Puree Kacang Peas & Ayam

8:41:00 AM 4 Comments A+ a-

4 Feb 2012

Arissa dah start rasa menu ayam. Mulanya nak kenalkan masa masuk 7 bulan, tapi Doc cakap tunggu sikit lagi. Bagi dia umur 7 bulan 2 minggu.

Puree Kacang Peas
Cara nak sediakan puree kacang peas ni sama je macam yang sebelum-sebelum ni. Mommy beli kacang peas yang frozen. Nak beli yang fresh tapi konpius mana satu kacang peas. haha. Tapi yang frozen ni pun takde garam. Ok la kot.

1. Mula-mula cuci bersih-bersih kacang peas tu. Jangan buat banyak sangat. Buat anggaran untuk 1-2 minggu makan. Mommy sukat anggaran 1 cawan. Cuci kemudian toskan.

2. Steam dalam 10-15 minit. Nak kena bagi betul-betul lembut sebab kalau tak nanti kulit dia susah nak hancur bila blend.

Dah 2-3 minggu steamer ni rehat. hihi. Mommy makin malas ;-p

3. Blend kacang yang dah dikukus. Blend sampai betul-betul halus.


4. Dah siap blend. Masukkan dalam acuan. Taruk dalam peti ais bahagian beku. Siap!!


Puree Ayam
Eh ayam orang panggil puree gak ke eh? Tak kisah la kan. Asal blend halus masuk peti ais semua mommy panggil puree. hehe

1. Basuh isi ayam bersih-bersih. Kalau boleh guna bahagian dada. Senang takde tulang. Beli yang dah siap potong lagi senang. Mommy guna 2 1/2 keping dada ayam. Yang ni tahan untuk 2 minggu bekalan Arissa ke taska.


2. Rebus ayam tu. Masukkan sedikit halia untuk hilangkan bau ayam. Sebab kita rebus tak taruk garam. Rebus sampai ayam tu empuk.


3. Dah siap rebus sejukkan kan kejap. Kemudian blend. Masukkan juga air rebusan ayam. Halia Mommy buang. Blend halus-halus.


4. Masukkan dalam acuan kemudian bekukan. Siapppp!!! Senang kannnnn ;-)


Alhamdulillah Arissa suka makan puree ni. Mommy dah buat bubur + ayam + kacang peas + kurma.

Mommy selalu bekalkan Arissa bubur dalam foor jar yang pink tu. Mommy letak penuh. Ingatkan kat taska diorang bagi 2x makan. Rupanya sekali makan pukul 12. Mommy tanya habis ke tak. Diorang cakap licin! hahhh??? Biar betul! Macam tak percaya je. Hmmm... Banyak tu. Anggaran 1 bekas taufufa. Betul ke Arissa makan habis. Kalau betul Alhamdulillah. Tapi kalau tak...... Sebab kat rumah takde la banyak gitu sekali dia makan. Macamana yea Mommy nak tau betul ke x...........

Happy 8 Month Lil' Arissa

1:57:00 PM 2 Comments A+ a-

Makin lasak
Makin aktif
Makin suka membebel
Nak mommy lebih dari papa hahahahaha!
Makan banyak tapi tak chubby-chubby jugak

Dats Arissa @ 8 month 
Semoga membesar bagai juara! hihi


Nak upload gambar tapi tak boleh. Cehhh semua pun nak block. Dengki la tu!

Tok! Tok! Tokkkk! Assalamualaikum

1:20:00 PM 0 Comments A+ a-

Ketagihan Arissa pada umur 7 bulan ++.

Ketuk pintu! Asal kita sebut Kok Kok kok..! Mesti nak ketuk pintu/dinding. Kuat pulak tu dia ketuk.




Kadang-kadang tengah-tengah malam time kita tengah lena dia boleh bangun duk ketuk pintu. Terkejut Mommy!

Orang Kay El Cuti

1:23:00 PM 1 Comments A+ a-

Yeyyyyyyy harini cuti. Selamat hari wilayah kepada semua yang bekerja di wilayah :'D

Nak update tapi gambar takde tak syok. Cable kamera tertinggal dalam kereta. Malas nak turun ambik. Nak kita story-mori yea.... Banyak cerita baru ni. Tunggu ehhhh