Akuarium Shah Alam

10:19:00 AM 1 Comments A+ a-

6 Feb 2012

Entry basi. hehe. Dah lama nak nak buat entry ni tapi gambar lambat transfer sebab tu jadi tertangguh. Tak kisah la. Blog ni kan dah jadi macam diari aktiviti Mommy, Arissa and Family :-)

Sempena cuti gamti Maulidur Rasul, tak tau nak ke mana tapi takmo terperuk kat rumah, Mommy ajak papa jalan-jalan ke Akuarium Shah Alam. Dah dekat pukul 12 pun masa tu. Tunggu setel kemas rumah dulu baru keluar. Tapi masuk-masuk kereta je, Arissa terus tidur. Haiyaaa ini budak! Asal naik kereta je tidur.

Sampai kat akuarium Arissa masih lena. Mommy angkat letak dalam carrier pun dia masih mamai. Muka pun masak je takde mood.


Tengok la mulut tu. Dah macam bulan sabit terbalik. huhu. Langsung dia tak senyum!

Kat sini macam-macam ikan hiasan ada. Sebenarnya ni kedai ikan hiasan. Tapi dia bukak untuk lawatan sama. Akuarium ni betul-betul sebelah Wetworld Shah Alam. Dulu time bercinta selalu la dating kat sini. Tak tau pasal apa tapi suka betul datang sini.

Tengok gambar je la. Mommy tak tau nak tulis apa. Geram sebab muka 1 pun takde dalam gambar. huhu. Macam ni la kalau pakai carrier. Papa langsung tak bagi Mommy dukung Arissa. Mommy dukung barang-barang ngan kamera je ;-(

Ikan kap Jepun. Gemok-gemoks!


Udang Merah


Ikan emas buncit


Ikan lupa nama dia ;-p


Gambar yang bawah ni dalam terowong. Kat sini semua ikan besar-besar. Memang kalau goreng tak lalu la nak makan.

Ikan patin


Ikan patin putih, Ikan buaya & labi-labi


Ikan yang duk mengadap Arissa tu, memang macam tu la gaya dia tiap kali kitorang pergi tengok. Dari dulu kini dan selamanya posing same. haha!

Ikan toman


Ikan red devil kalau tak silap


Sebenarnya macam-macam ini lagi ada, tapi Mommy takde mood nak ambik gambar sangat sebab takde muka sendiri. huhu. Kalau sapa-sapa nak bawak anak belajar tentang ikan boleh la datang ni. Free je masuk sini

1 kawan cakap:

Write kawan cakap