Bakul Makeup

10:25:00 AM 6 Comments A+ a-

Jom kita tengok ada apa dalam bakul mek Arissa ni. Gambar bakul haruslah tak boleh tunjuk sebab bersepah. hehe.

Bedak
Mostly bedak J&J. Asal ke Guardians/Supermarket Mommy mesti nak jenguk bedak J&J apa yang baru. Best la bau dia. Bau baby! Mommy pun tumpang pakai bedak Arissa gak kalau setakat duk rumah tu. Bedak Aiken untuk sapu kat belakang leher Arissa. Dia macam ada ruam sebab selalu berpeluh. Lagi satu Arissa suka sangat garu. Sampai luka. Tapi Mommy dah jumpa cream yang amat mujarab untuk ruam peluh ni. Nantikan entry akan datang. haha. Yea yea je kan


Minyak Yuyi
Semua baby wajib ada minyak ni eh? Bau dia sinonim betul ngan baby kan. Dari Arissa newborn, Mommy tak pernah lupa sapu minyak ni kat perut, betis ngan tapak kaki Arissa. Maybe sebab tu perut Arissa tak pernah kembung. Alhamdulillah. Sapu minyak yuyi ni kat betis. Urut-urut sikit. Sure lepas tu Arissa buang angin tanpa segan silu. kihkihkih

Baby Balm
Yang ni abah tok belikan masa Arissa umur dalam 40 hari lagi. Sampai sekarang ada lagi. Bau balm ni rasa macam nak makan je. Sedap sangat bau dia. Bau rasberry kalau tak silap. Yang ni sapu kat dada takmo bagi selsema. Balm ni tak panas macam vicks tu. So sesuai la untuk baby. Bila balik KL mommy selalu lupa nak sapu, sebab tu Arissa senang sangat kena selsema sekarang ni. huhu my mistake ;-(


Baby Oil
Semua mommy beli botol kecik-kecik. Senang nak travel. Yang ni pakai sebagai minyak rambut. Rambut Arissa sikit, halus pulak tu. Tapi jarang sangat la guna.

Minyak Angin
Minyak Mestika tu rasanya tak pernah sapu pun kat Arissa. Panas la. Papa dia yang guna sapu kat badan. Tukang urut dia sapa lagi kalu bukan mommy. huh. Orang offer suruh gi rumah urut takmo pulak dia. hehe. Yang penutup kaler merah tu minyak seribu. Beli masa dalam pantang gak. Orang cakap minyak ni baik untuk buang angin. Beli kat tabib cina. Tapi rasanya Arissa lagi ngam dengan minyak Yuyi la.


Minyak TYT
Minyak ni sangat-sangat mujarab la kalau nak hilangkan gigitan nyamuk/serangga. Seyes sangat berkesan. 2 kali sapu dah hilang. Ni ni pun wajib ada.


Lain-lain
Cotton buds. Orang cakap tak elok korek telinga bayi kan. Tapi mommy tak tahan la nak biarkan gitu aje. Ala cuit-cuit sikit je. Nak pakai yang besi tu lagi la takot. Drypolene ni pun musti ada. Bagus untuk hilangkan ruam lampin. Yang ni stok tak pernah putus. Mandian J&J tu tak pernah guna lagi sebab Sebamed dia tak habis-habis lagi. Pacifier untuk Arissa kunyah. Dia tak reti nak hisap. Sikat rambut berus. Almaklum la rambut sangatttt lebat. hehe. Pengetip kuku. Ni beli yang mahal punya gara-gara jari Arissa berdarah orang taska ketip kuku dia. Tapi payah la guna yang ni. Yang konventional jugak jadi pilihan. Last cream untuk ruam. sekarang dah tak pakai yang ni sebab dah pakai jenis lain.


Okeh. Itu aje lah yang ada. Tunggu nanti dah besar habis la lipstik mommy sure kena tonyoh kat dinding punya ni.

6 kawan cakap

Write kawan cakap
AIN NAZRI
AUTHOR
February 16, 2012 at 12:45 PM delete

wah nanti nak cerita gak pasal bakul 'Auf.. hehehehe.. walau 'Auf xde make up mcm Arissa..

Reyha : 'Auf tak amek rotavirus sbb masa tu dia terlebih bulan.. jd doktor kata tak yah amek.. 'Auf cuma amek yg pneumcocol *ejaan x sure

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
February 16, 2012 at 2:39 PM delete

hurus la citer ain. hehe. blog dah berhabuk nih

Reply
avatar
nYomeL
AUTHOR
February 16, 2012 at 4:02 PM delete

banyak jugak barang2 dlm beg make-up arissa ek? boleh tahan budak kecik niii.. tihihi..

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
February 16, 2012 at 4:23 PM delete

nyumel >> skrg lg bertambah bushra. macam ubat ada

Reply
avatar
Mama Adam
AUTHOR
February 17, 2012 at 3:47 PM delete

nk tgk adam punya? haha... tak lalu nak tgk..... sepah!

Reply
avatar
February 20, 2012 at 10:27 AM delete

Wahhhh, mek Arissa punya brg make up byk tauuuu! hehe! Suke2 je nursery tu potong kuku. Berdarah plak tu.. gerammmnye -_-. Reyha, cube try google minyak tyt tu. Rasanya dah dibanned oleh MOH. Klau tak shilap laa..

Reply
avatar