Pertama dan Mungkin Terakhir

11:03:00 AM 2 Comments A+ a-

6 Feb 2012

Lepas ke akuarium kitorang ke Bukit Cerakah. Sekarang dah tukar nama rasanya. Taman apa lupa pulak. hehe. Mula-mula beli bekal makan tengahari dulu. Drive-thru MCD je senang. Arissa Mommy bawak cerelac.

Sampai sana kitorang cari port bawah pokok dekat area parking. Kasi isi perut kenyang-kenyang dulu. Ramai jugak orang time tu. Kalau tak silap dekat pukul 2pm. Matahari memang tegak atas kepala.

Dah siap makan jalan cari pintu masuk. Alahaii jauhnya. Dah start berpeluh satu badan. Sebenarnya Mommy takmo pun masuk dalam tu sebab bukan ada apa sangat pun. Tambah-tambah dengan cuaca yang teramat panas. Tapi takot nak bagitau papa sebab kita yang beria ajak dia jalan-jalan. hehe

Tiket masuk masih RM3 untuk dewasa. RM1 untuk kanak-kanak. Tapi Arissa masih baby so tak kena bayar.

Lepas masuk kitorang beratur untuk naik bas.


Arissa tidur lagi sekali. Memang time dia tidur pun masa tu. Orang beratur nak naik bas sangat la ramai. Papa ajak jalan kaki. Yea la dulu zaman bercinta kitorang jalan kaki je round satu taman tu. Zaman bercinta mana nak rasa penat ke apa. Kaki nak kejung pun dia je. Maklum la tengah hangat bercinta la katakan....

Tapi bila nak bawak anak tengah-tengah panas ni pikir 10 kali. Ok lah kita try jalan. Baru dalam 20 langkah, patah balik. Panas! Bawak payung pun masih panas. Beratur tunggu bas balik. Dah 2 biji bas datang tapi nampak orang tak surut-surut pun lagi. Papa ajak jalan lagi sekali. Ok kali ni jauh sikit. Tapi bila tengok simpang nak ke taman haiwan punya la jauh. Kena jalan tengah-tengah panas pulak tu. Patah balik! Tunggu bas lagi sekali. haha. Malu jugak takut ada orang perasan. Mesti diorang cakap apesal la 3 beranak tu duk berarak tengah-tengah panas! haha

Tunggu tak sampai 5 minit, Mommy ajak balik. Kesian tengok Arissa. Dah berpeluh. Nasib baik tiket RM3 je. Burn je la. Tak sanggup nak tunggu lagi.


Dari pintu masuk nak ke parking pulak rasa jauh sangat. Dah la mendaki. Tadi menurun ok lagi. huhu. Rasanya dah takkan sampai lagi kat sini lepas ni. Cukup la sekali ni

2 kawan cakap

Write kawan cakap
Mama Adam
AUTHOR
February 17, 2012 at 3:48 PM delete

boleh nk g... tunggu baby besar sikit lagi...

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
February 21, 2012 at 8:35 AM delete

da xde pae sgt pun kat sane. mcm xterurus

Reply
avatar