Puree Kacang Peas & Ayam

8:41:00 AM 4 Comments A+ a-

4 Feb 2012

Arissa dah start rasa menu ayam. Mulanya nak kenalkan masa masuk 7 bulan, tapi Doc cakap tunggu sikit lagi. Bagi dia umur 7 bulan 2 minggu.

Puree Kacang Peas
Cara nak sediakan puree kacang peas ni sama je macam yang sebelum-sebelum ni. Mommy beli kacang peas yang frozen. Nak beli yang fresh tapi konpius mana satu kacang peas. haha. Tapi yang frozen ni pun takde garam. Ok la kot.

1. Mula-mula cuci bersih-bersih kacang peas tu. Jangan buat banyak sangat. Buat anggaran untuk 1-2 minggu makan. Mommy sukat anggaran 1 cawan. Cuci kemudian toskan.

2. Steam dalam 10-15 minit. Nak kena bagi betul-betul lembut sebab kalau tak nanti kulit dia susah nak hancur bila blend.

Dah 2-3 minggu steamer ni rehat. hihi. Mommy makin malas ;-p

3. Blend kacang yang dah dikukus. Blend sampai betul-betul halus.


4. Dah siap blend. Masukkan dalam acuan. Taruk dalam peti ais bahagian beku. Siap!!


Puree Ayam
Eh ayam orang panggil puree gak ke eh? Tak kisah la kan. Asal blend halus masuk peti ais semua mommy panggil puree. hehe

1. Basuh isi ayam bersih-bersih. Kalau boleh guna bahagian dada. Senang takde tulang. Beli yang dah siap potong lagi senang. Mommy guna 2 1/2 keping dada ayam. Yang ni tahan untuk 2 minggu bekalan Arissa ke taska.


2. Rebus ayam tu. Masukkan sedikit halia untuk hilangkan bau ayam. Sebab kita rebus tak taruk garam. Rebus sampai ayam tu empuk.


3. Dah siap rebus sejukkan kan kejap. Kemudian blend. Masukkan juga air rebusan ayam. Halia Mommy buang. Blend halus-halus.


4. Masukkan dalam acuan kemudian bekukan. Siapppp!!! Senang kannnnn ;-)


Alhamdulillah Arissa suka makan puree ni. Mommy dah buat bubur + ayam + kacang peas + kurma.

Mommy selalu bekalkan Arissa bubur dalam foor jar yang pink tu. Mommy letak penuh. Ingatkan kat taska diorang bagi 2x makan. Rupanya sekali makan pukul 12. Mommy tanya habis ke tak. Diorang cakap licin! hahhh??? Biar betul! Macam tak percaya je. Hmmm... Banyak tu. Anggaran 1 bekas taufufa. Betul ke Arissa makan habis. Kalau betul Alhamdulillah. Tapi kalau tak...... Sebab kat rumah takde la banyak gitu sekali dia makan. Macamana yea Mommy nak tau betul ke x...........

4 kawan cakap

Write kawan cakap
AIN NAZRI
AUTHOR
February 16, 2012 at 1:23 PM delete

mak aaaiiii gigih mummy arissa ni.. hehehe.. ain setakat ni x sempat nak buat puree.. selalunya ain amek 2 sudu beras wangi masak sampai jadi bubur.. bila dah jadi bubur, ain letak sepotong labu ke pisang ke kurma ke.. reneh kejap.. then ain blender.. ni tuk sekali makan.. mean 'Auf akan makan tghari (ain masak pagi) dengan 'Auf makan malam (ain masak tuk dinner)

Reply
avatar
nYomeL
AUTHOR
February 16, 2012 at 3:58 PM delete

Puas arissa makan sbb mommy dia rajin. baru 7 bulan dah dapat rasa mcm2 makanan.. :)

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
February 16, 2012 at 4:26 PM delete

ain >> sy xsempat nak wat g2 pagi2. maklum la keje jauh. kul 6.30 dah nak kena turun. huhu

nyomel >> xrajin sgt dah bushra. skrg weekdays arissa mkn bubur homemade tp wekens makan instant cerelac. dah makin malas nih

Reply
avatar
@izY@N
AUTHOR
February 24, 2012 at 9:51 PM delete

Kite lum de baby g..tp ikut kata kengkawan n sedara, selalu baby sitter suap sekali utk semua..sbb tu kite tgk bila kat umah, budak2 mkn sket tp kt tempat diorg abis licin.. Wallahualam...

Reply
avatar