Buai Laju-laju

8:00:00 AM 2 Comments A+ a-

sekarang dah tak boleh tinggal Arissa dalam buai sorang-sorang. Sebabnya asal dia sedar je mesti dia mula nak meniarap dalam tu. Pastu nak merangkak tertongeng-tonggeng. PAstu sekarang ni dah pandai duduk tercongok pulak dalam tu.

Nasib baik mommy tengok baru ni dia bangun pastu terus nak duduk dalam tu. Hampir-hampir nak jatuh tersembam atas lantai. Bila dapat duduk macam tu suka sangat la. Tersengih-sengih.

Terpenjara

9:45:00 PM 0 Comments A+ a-


Ni papa dia punya kerja la ni. Kita suruh tengok anak kejap dia pi letak dalam bakul kain. Ni semua kes nak ngadap internet la. Kalau bagi Arissa merangkak dia mesti gi cari mouse. Pastu gigit wayar dia. Tak tau la napa minat sangat dengan mouse tu. tengah-tengah malam pun dia boleh merayap bangun gi cari mouse. Huhu.. Tau la mak pak awak lahir tahun tikus nak oiii

Makan Jagung

4:45:00 PM 2 Comments A+ a-

Ni gambar hari Isnin baru ni. Mommy bawak Arissa singgah ke Carrefour beli soft tofu. Tengok ada jual jagung yang dah kupas. Try beli kot boleh buat umpan bagi dia duk diam.

Bali rumah kukus dulu. Bila dah sejuk baru bagi dia.

Mula-mula tilik-tilik dulu...


Pastu baru masuk mulut. Pandai pulak tu dia gigit belah yang mommy potong. Jadinya ada la biji-biji yang masuk mulut. Dia takde gigi lagi. Pastu bunyi terbatuk-batuk sebab lekat.


Layan jugak makan jagung ni rupanya...

Wordless Wednesday : Berdikari

9:00:00 AM 0 Comments A+ a-

Cer kempiskan sikit hidung 2 Arissa. hehe

Posing Dikala Hujan

12:33:00 PM 1 Comments A+ a-

Petang kalau balik dari taska kebetulan hari hujan, makanya berdating la kami berdua dalam kereta. Maklum la parking kat rumah ni takde bumbung. Kena la tunggun hujan berhenti baru boleh naik. Arissa ni pun macam sensitif betul dengan hujan. Kena kepala sikit je mula la badan tu panas.

Sambil tunggu hujan berhenti ni la aktiviti mommy dengan Arissa. Tu pun kalau dia tak berdengkur.


Jarang dapat bergambar dia tengok kamera. Kalau keluar bertiga lagi la susah nak bergambar dengan dia. Yea la Papa dia takmo bawak stroller. Asyik dukung dalam baby carrier. So mommy jadi tukang ambik gambar je la. huhu

Stok Ayam

9:13:00 AM 3 Comments A+ a-

Ni la resepi rahsia penyedap bubur Arissa setiap hari :-)

Kalau tak letak ni rasa macam missing something je. Dah macam ajinomoto pulak. hehe

Mommy buat stok ni lebih kurang 2 minggu lepas. Dah nak habis pun. Weekend ni nak kena proses lain.


Sekarang puree mommy dah tak letak dalam bekas. Letak dalam plastik gini. Jimat ruang. Lagipun plastik susu ni dah tak guna. Dari membazir baik letak makanan Arissa.

Mommy ambik resepi ni dari Ummi Maryam tapi ada yang mommy tak letak sebab tak cukup bahan.

Bahan untuk stok ayam baby:

ayam (tulang temulang)
bawang besar holland
bawang putih
carrot
celery stick
halia
rempah 4 beradik

Semua campak dalam periuk. Letak air pastu rebus sampai ayam hancur. Agak-agak dalam 2 jam. Dah siap tapis masuk dalam ais cube. Masuk freezer. Bekukan. Siap! Bila nak guna letak la 2 ketul untuk setiap hidangan. Confirm sedap!

Shopping di GM Plaza

2:16:00 PM 4 Comments A+ a-

Last 2 weeks kami ke Plaza GM Klang. Mommy ajak papa ke GM Chowkit tapi dia takmo. Jem dan susah parking katanya. Tak kisah la janji boleh ke GM. Mommy nak cari jumpsuit untuk Arissa. Kesian dia baru ada 1. Tu pun dah ketat. Baju tidur Arissa banyak yang dah saiz barut nangka. Haha. Nanti yea nak. Kita beli sikit-sikit. Nak beli banyak kena tunggu gaji baru :-)

Bertolak dari rumah pun dah pukul 5. Dengan tak tau jalan lagi. Sampai la sana pukul 6. 6.30 orang dah tarik pintu kedai.

Dapat beli 2 jumpsuit, 1 dress, 2 tight dan sepasang kasut.


Ni kasut ke-3 Arissa. Yang pertama saiz besar. Yang ke-2 terkecik la pulak. Yang ni bawak tuan punya badan, boleh try, baru ok.


Total semua tak sampai RM100. Berbaloi! Kalau beli 6 pasang tapi baju yang sama cuma lain-lain saiz baru dapat harga borong. Harga borong dia hampir separuh lagi murah tauuu!

Puding Gula Hangus

1:16:00 PM 3 Comments A+ a-

Ni kali kedua mommy buat puding ni. First time buat masa bercinta dulu. Konon nak bagi boyfren rasa la masakan gurlfren dia ni. Sekali buat lupa letak gula daaaaa..... Terus tak buat dah lepas tu.

Ni pun projek weken baru ni jugak. Kira minggu ni angin memasak tengak naik la ni. Asyik nak ke dapur je.

Mommy dapat resepi dari kawan office. Seronok buat. Mula-mula try 1/2 adunan je. Menjadi weiiii! Bangun pagi besok tengok tinggal 3 ketul je. Husband dah sapu lebih dari separuh. Haha. Ni yang seronok masak kalau ada orang makan.

So hari Ahad mommy buat lagi. Boleh bawak ke office sikit.

Bahan-bahan:

Untuk puding:-
10 biji telur
1 tin susu cair
1 cawan gula
1 cawan air
1 sb esen vanila
1 sb tepung jagung

Untuk karemel:-
1/2 cawan gula
4 sb air

Cara buat karemal:
Masukkan gula dalam periuk/loyang. Dengan api perlahan masak sampai gula hancur dan bertukar kaler perang. Pastu masukkan air. Bila mendidih tutup api.

Cara buat puding:
Masukkan semua bahan kemuan blend/pakai whisk. Mommy blend je. Kalau blend struktur puding ni jadi sangat gebu. Kemudian tuang adunan dalam loyang karemel. Kukus 40 minit. Siap!


Loyang kita kecik. Sampai nak melimpah keluar pudingnya. Terpaksa la main bukak tutup tudung pengukus. Nak kena cari loyang yang dalam sikit nih.

Wordless Wednesday : Tippuwear

11:00:00 AM 2 Comments A+ a-



Comel kan?!

Bubur Ayam Kentang

10:35:00 AM 0 Comments A+ a-

Mommy duk belek blog Dr. Halina tengok dia masak apa tuk anak dia. sekali dia post menu ni. Nampak sedap je. Mommy try buat untuk Arissa hujung minggu baru ni. Bahan dia lebih kurang kita nak buat sos bolognese.

Bahan-bahannya senang je

Olive oil
Bawang putih
Tomato
Kentang (kalau boleh rebus dulu bagi lembut)

Isi ayam

Dr. Halina letak apricot. Tapi mana mommy nak cari buat tu. Kat Giant takde. So mommy tak letak. Ingat nak ganti dengan buah prune. Tapi tak bubuh pun.

Cara dia mudah je. Tumis bawang. Masukkan ayam, kentang dan tomato. Tambah air. Masak sampai dia empuk. Since Arissa dah tak makan bubur blend, so mommy masak sampai semua hancur. Ambik masa jugak la nak bagi semua hancur.


Dah siap ni la rupa dia. Series sangat sedap. Makan dengan roti pun best!


Yang tak habis mommy bekukan buat bekal ke taska. Resepi ni dari buku Annabel Karmel. MAcam nak cari je buku tu. Resepi dia semua nampak best. Kalau nampak macam western sangat mommy kena melayukan la sikit. Anak dara I tekak melayu u.... Haha

Bubur Ayam Tofu

9:17:00 AM 2 Comments A+ a-

Minggu ni mommy bekalkan Arissa dengan bubur tofu. Beli tofu ni weken lagi tapi tak tau macamana nak masak.

So macam biasa la aktiviti meng-google dan menerjah terpaksa dilakukan. Banyak jugak dapat resepi. Mommy tengok sebagai panduan je. Tak follow betul-betul pun. Nak tau basic nak masak macamana je.

Ni bahan-bahan yang mommy guna:

Olive oil
Bawang putih
Bawang merah
Isi ayam
Daun sawi
Tofu
Puree labu
Stok ayam
Beras
Air

Tumis bawang kemudian masukkan air. Masukkan beras dan ayam. Bila dah jadi bubur masukkan puree labu dengan stok ayam. Bila dah sebati semua baru masukkan sawi. Last sekali masukkan tofu. Senang. Semua campak je :-)

Mommy try rasa bubur ni. Ada rasa macam masak lemak pun ada. sedap!


Pengasuh Arissa cakap dia makan berselera betul. Bubur pun nampak macam sedap. Hehe. So minggu ni hari-hari Arissa bawak bekal bubur tofu la jawabnya. Yea la tofu tu bukan boleh simpan lama-lama dalam peti ais kan. Nanti masam pulak.

Aksi Stunt Arissa

5:31:00 AM 0 Comments A+ a-

Ni aksi otw balik dari taska. Mommy tak sempat nak lock-kan dia punya seatbelt sebab dah ada orang duk duk tunggu kat belakang kereta. Mommy just pakaikan kat bahu dia je pastu terus jalan.

Mula-mula dia elok lagi. Lepas tu mula la nak bergolek-golek. Keraskan badan la. Duk tarik kaki nak masuk mulut. Macam-macam.

Pastu tetiba tengok dah tertonggeng macam ni


Ni ok lagi. elok je mommy siap park kereta, dia dah ubah posisi.


Dia buat macam tunggang kuda. Siap hayun kaki yang tak tahan tuuu...

Muka puas hati!

I Like Stoberi

5:31:00 AM 7 Comments A+ a-

Nasin baik Arissa banyak ikut gen mommy! Haha. Budak ni suka betul makan buat. Antara buat yang Arissa dah penah rasa:
betik
pisang
tembikai
mangga
strawberi
apple
anggur
kurma
kismis

Avocado dia tak suka. Mommy pun!

Semalam balik kerja, sambil lepak tengok tv bagi dia rasa strawberi. Buat ni manis tapi paham-paham je la manis strawberi ni bukannya betul-betul manis. Tetap ada masam-masam gak sikit. Beli buah ni kat pasar chowkit last week. Dah la besar. Manis. RM5 je 1 bekas. Murah sangat!

Tak sabar nak ngap!

Muka berkerut tapi still nak lagi. Tu bekas dia gigit la tu.


Dah habis separuh mommy stop la. Bukan apa takut dia sakit perut je nanti. Tapi budak ni marah bila mommy habiskan buat tu. Mengamuk siap tepuk-tepuk paha kita. Tarik tangan lagi.


Nest kita bagi duarian pulak tengok nak ke tak. Hehe ;p

Happy 9 Month Lil' Arissa

9:48:00 PM 2 Comments A+ a-

Subhanallah.....
Alhamdulillah....

9 bulan menjawat jawatan Mommy to my lil' princess!
Sangat bahagia!


Progress Arissa:
* mulut sangat bising asyik nak bersembang, membebel & buat bunyi
* merangkak sudah merata sampai nak masuk bilik air, tengah-tengah malam ke dapur tolong kemas botol susu yang dah sedia kemas
* kalau menyusu tangan mesti nak merayap
* malas bertatih, kalau kita ajak bertatih dia lembutkan badan
* suka henyut-henyut badan kalau dengar muzik
* iklan peberet Softlan (terus senyum sipu-sipu bila tengok budak laki dalam iklan tu), iklan seefood, semua iklan asal ada suara budak mesti dia cepat-cepat duduk depan tv

Terbeli Jugak Akhirnya

10:29:00 AM 4 Comments A+ a-

13 Mac 2012, Selasa

Jeng jeng jengggg.....!

Lepas bertunang 4 hari, terus nikah! hehe


Duk pikir-pikir last-last sebab serabut pasal kerja, rasa nak shopping. Terus gi beli. Padahal kalau ikutkan dah macam agak lewat sebab Arissa pun dah besar. Tapi nak jugak!

Ini dia.... Booster seat. Rumah kami kecik so takleh nak beli highchair. Lagipun kami berdua pun memang makan bersila je.


Mek kalut. Bukan nak tolong bukak tapi sibuk nak tepun ngan gigit plastik.


Test... testttt... ok lulus!


Terus rasmi. Mommy try letak dia dalam tu. Nasib baik nak duduk. Lama pulak tu. Dekat 1/2 jam dia boleh stay dalam tu. Kira orait la kan. Kalau Arissa takmo duduk, mommy yang meraung nanti. Yea la tak pasal-pasal membazir.


Mommy suka booster seat ni yang pertama sebab kecik. senang nak simpan. boleh lipat. Ringan. Siap boleh galas kat bahu.


Kalau Arissa dah takmo duduk, nak jual la kot. wat beli highchair pulak :-)

Ayam Cincang Arissa

11:45:00 AM 0 Comments A+ a-


Untuk memudahkan kerja mommy yang sibuk lagi bekerjaya dan poyo. Haha. Mommy cincang ayam siap-siap tume hujung minggu. Ambik bahagian dada. Cincang halus-halus pastu letak dalam bekas untuk sekali masak. Time nak guna keluarkan dari freezer terus masuk periuk. Jimat masa! Plus comey!!! :-)

Nasi Ayam Arissa

11:22:00 AM 3 Comments A+ a-

Pagi tadi mommy bekalkan Arissa nasi ayam. Fuh semangat masakkan untuk dia malam tu. Mommy tak sempat nak masak pagi sebab pukul 6.30 dah kena turun. Jadinya terpaksa la masak malam. Sejukkan pastu letak dalam peti ais. Sok pagi tambah air panas pastu panaskan balik atas dapur. Alhamdulillah perut dia tak pernah meragam pun lagi. Maknanya makanan tu elok lagi la kan.

Owh start dari Jumaat lepas (9 Mac 2012) Arissa dah tak makan bubur blend. Makan nasik lembik pulak. Taska dia yang start bagi. Padahal mommy dah bekalkan satu thermos tu tapi taska dia cakap Arissa nak lagi. Hmm yea ke tidak wallahualam. Dan lagi satu mommy agak terkilan. GARAM. Selama ni masak memang mommy cuba elakkan letak perasa garam atau gula. Nak tunggu dia 1 tahun dulu. Dah la fully bf pun sempat 6 bulan je. Petang semalam masa mabik Arissa lagi sekali taska cakap dia suap Arissa ngan bubur taska. Of kos la sedap sebab dah letak gula garam. Mommy cakap la Arissa mommy belum bagi makan bergaram. Tapi dia asyik duk jawab Arissa suka makan. Makan banyak. Hishhhh geram!

Dah takmo emo-emo. Sambung pasal nasi ayam. Resepi dia gini je. Ni pun banyak rujuk dari blog ummi Maryam. Rajin betul dia masak. Kagum tau!

Bawang putih
Bawang merah
Halia
Potato
Isi ayam
Olive oil
Beras
Stok ayam
Air

Cara dia teramatlah senang. Tumis bawang dan halia sampai wangi. Memang wangi betul lah bau dia. Sebab pakai olive oil kot. Mak ngan bapaknya pakai minyak kepala sawit je. Tapi untukmu anak beli minyak zaitun tun masak. Huhu. Tumis kejap je jangan sampai hangit pulak. Masukkan air, beras dan potato. Bila nasi dah jadi bubur, baru masukkan stok ayam. Mommy letak 2 ketul je. Stok ayam mommy dah buat siap-siap weken hari tu. Dah bekukan dalam ice cube. OK Siap!

Masukkan dalam thermos boleh makan kat taska. Senang je nasi ayam baby ni. Bukan macam yang kita nak makan. Banyak kerja nak kena buat kan. So mommies boleh try buat :-)

Rutin Balik Dari Taska

11:26:00 AM 2 Comments A+ a-

Pukul 5.30 - 5.45 petang mommy dah sampai depan taska. Dari office ke taska tak usah cakap. Dah macam pelumba haram. Mesti nak duk lane kanan sekali. Tak sabar nak jumpa anak dara sorang nih.

Masuk kereta sembang-sembang. Arissa biasa akan gelak tak hengat dulu. Mana taknya. Mommy dia dah macam clown je terlompat-lompat nak agah dia. Haha.

5 minit kemudian mata dia dah mula sepet. Mommy selawat slow-slow dia lena. Sampai kat parking rumah dia dah berdengkur. Alahaiii tak sampai hati pulak nak kejut. Sebab kalau angkat sure dia cerah bijik mata. Melilau tengok budak-budak duk main kat bawah rumah. So biasanya mommy akan stay kejap dalam 5 minit bagi dia lena.

Ni gambar petang semalam. Syok dia tidur. Siap berdengkur!

Masuk dalam rumah, mommy pasang TV. Petang-petang ada cerita kartun. Boboiboy pun dia layan. Boleh la mommy salin baju kejap.

Remote dia yang punyer. Kekadang tengah-tengah malam tetiba tv terpasang. Haihhh seram jugak kita. Rupanya dia yang tertekan. Adoiiii la ini budak. Bikin suspen jek

Bubur Ikan Merah

11:13:00 AM 4 Comments A+ a-

Ahad, 4 Mac 2012

First time nak try bagi Arissa rasa ikan. Malam sebelumnya ke pasar malam. Beli la ikan merah 2 keping, ikan tenggi 2 keping. Total RM20. Hoho. Mahalnya makanan mu wahai anak. Mommy ngan Papa ngan ikan kembung je. Hikhik

Tak reti sebenarnya ni. Sebab tak pernah beli pun ikan merah. Siap tanya lagi ngan budak yang jual tu mana satu ikan merah. Padahal dah depan mata. Adehhh kantoi!

Sup Ikan Merah
Bawang putih
Halia
Air
Ikan

Rebus semua sekali gus. Tujuannya konon nak bagi hilang hanyir ikan.


Pastu bila dah masak. Masukkan isi ikan dalam bubur nasi. Tapi Mommy buat big mistake. Mommy masukkan sekali air rebusan ikan ni. So bubur nasi jadi hanyir.

Arissa makan tak dan 2 suap dah nak muntah. Rugi.... rugiii...

Besoknya Mommy masak bubur pastu letak isi ikan dengan sayur sawi. Baru dia makan.

Lagi seketul ikan mommy grill wat cicah air asam. Sedap! Bukan bagi Arissa yea.. Hehe

Sebelah Tangan

10:32:00 AM 3 Comments A+ a-

Ni pun progress 7 bulan. Makin galak nak berdiri aje.

Abaikan rumah yang berselerak. Mommy busy!!

Sebelah tangan sehhhhh....

Cuci Mata Di mybbstore

9:34:00 AM 2 Comments A+ a-

Jumaat lepas balik dari ambik Arissa terus ke mybbstore dekat TheStrand. Dulu ketagih ke onebabyworld. sekarang dah tukar selera. Yea la onebabyworld tu jauh sangat. Yang ni tak sampai 3km dari rumah. Sambil-sambil bawak Arissa jalan-jalan. Sebelum ke kedai dia, Mommy dah survey kat website www.mybbstore.com. Nak cari botol air baru sebenarnya. Yang dah ada sekarang ni susah nak bersihkan. Bila dah lekat daki makanan kat dalam corong dia, nak bersihkan tu kena pakai cotton buds pulak. Malas laaa...

Ni la botolnya. Tomme Tippee ofkos la kan. Hehe. Harga asal RM28.90. After less RM9.90!!

Semua nak masuk mulut!
Banyak barang-barang menarik kat sini. Janji kena bawak duit banyak-banyak. Kalau tengok mainan dia memang menggugat iman. Tapi kena sabar sebab baru je beli toys baru. Kena stop dulu. Arissa ni bukan suka sangat nak mainan. Dia lagi suka main ngan gigit mouse pad Papa dia. Pastu kalau dapat wayar apa-apa senyap la dia.

Sambil nak bayar tengok kat kaunter ada sarung lutut. Knee ape tah nama dia. Dah lama cari benda ni. Kat rumah kalau Arissa pakai seluar yang nampak lutut, bila dia merangkak jadi macam lebam kat lutut. So ambik gak sepasang.

Merah ngan biru je ada



Tengok! Semua pun nampak sedap bagi dia. Cik adik oiii...! Orang pakai kat lutut la bukan mulut. Haihhh

Sit Down

10:25:00 AM 2 Comments A+ a-


Masuk 8 bulan Arissa dah boleh duduk macam ni. Masa 7 bulan dia duduk macam duduk antara dua sujud. Pastu sambil dia angkat bontot macam ada spring. Comel! Sekarang duduk macam ni pulak.

Dia dah boleh turun dari tempat tinggi. Ala bukan tinggi sangat pun. Turun dari tilam. Bukan dari katil yea. Mula-mula 2-3 kali jugak tersembam. Sekarang dah terer. Laju je. Dah banyak progress dia. Nak letak video tapi saiz besar sangat. Nanti berat nak loading. Satu je perangai dia yang makin menjadi-jadi. Takmo bergambar. Asal nampak kita hala kamera je dia lari. Tensen betul nak amik gambar budak tecik ni!

Makan-makan & Berpisah @ Saba Restaurant

9:45:00 AM 3 Comments A+ a-

Last Thursday office kitorang ada buat makan-makan sempena perpisahan dan menyambut staff baru. Plan asal nak buat makan kat office. Tapi bila pikir-pikir balik mesti banyak kerja nak kena buat. Lagi satu hal nak kena buat formal pulak sebab kena kemput bos-bos besar sekali. Sangat tak best kalau macam tu :-(

So decide makan kat luar lagi senang. Makan, sembang, bergambar pastu balik. Tak payah nak kena kemas. Hehe. Saya suka...! Saya suka!

Kitorang makan kat Restoran Saba kat Jelatek. First time for me.

Antara menu yang ada macam kat bawah ni. Saja letak menu senang untuk rujukan saper-saper yang nak ke sana nanti.


Mommy order air watermelon juice & Barbican. Tapi yang sampai bukan Barbican.


Hillsburg kalau tak silap eja dia. Tak minum pun lagi. Ada dalam peti ais kat office. Hehe. Tamak!


Yogurt salad sedap. Makan dengan nasi.

Chicken kebab dia pun sedap! Yang ni order extra. Tapau wat balik makan petang kat office. Kenyang sampai ke malam :-)





Order Hanith Chicken yang Half. Kongsi dengan Norule. Nasi dia banyak. Next time order boleh makan untuk 4 orang. Sebab tak tau terpaksa la membuncitkan perut masing-masing. Lagi sebab tamak! Haha





Ni antara makanan yang kitorang order. Baru separuh ni. sambal tomato dia sedap sangat! Camane nak buat ekk

Mommy-to-be ni makan untuk 3 orang. Last makan-makan before bersalin. Sekarang dah ada dalam ward tunggu masa je tu. Hehe. Tak sabar nak gi tengok her twin :-)