Bubur Ayam Kentang

10:35:00 AM 0 Comments A+ a-

Mommy duk belek blog Dr. Halina tengok dia masak apa tuk anak dia. sekali dia post menu ni. Nampak sedap je. Mommy try buat untuk Arissa hujung minggu baru ni. Bahan dia lebih kurang kita nak buat sos bolognese.

Bahan-bahannya senang je

Olive oil
Bawang putih
Tomato
Kentang (kalau boleh rebus dulu bagi lembut)

Isi ayam

Dr. Halina letak apricot. Tapi mana mommy nak cari buat tu. Kat Giant takde. So mommy tak letak. Ingat nak ganti dengan buah prune. Tapi tak bubuh pun.

Cara dia mudah je. Tumis bawang. Masukkan ayam, kentang dan tomato. Tambah air. Masak sampai dia empuk. Since Arissa dah tak makan bubur blend, so mommy masak sampai semua hancur. Ambik masa jugak la nak bagi semua hancur.


Dah siap ni la rupa dia. Series sangat sedap. Makan dengan roti pun best!


Yang tak habis mommy bekukan buat bekal ke taska. Resepi ni dari buku Annabel Karmel. MAcam nak cari je buku tu. Resepi dia semua nampak best. Kalau nampak macam western sangat mommy kena melayukan la sikit. Anak dara I tekak melayu u.... Haha