Bubur Ayam Tofu

9:17:00 AM 2 Comments A+ a-

Minggu ni mommy bekalkan Arissa dengan bubur tofu. Beli tofu ni weken lagi tapi tak tau macamana nak masak.

So macam biasa la aktiviti meng-google dan menerjah terpaksa dilakukan. Banyak jugak dapat resepi. Mommy tengok sebagai panduan je. Tak follow betul-betul pun. Nak tau basic nak masak macamana je.

Ni bahan-bahan yang mommy guna:

Olive oil
Bawang putih
Bawang merah
Isi ayam
Daun sawi
Tofu
Puree labu
Stok ayam
Beras
Air

Tumis bawang kemudian masukkan air. Masukkan beras dan ayam. Bila dah jadi bubur masukkan puree labu dengan stok ayam. Bila dah sebati semua baru masukkan sawi. Last sekali masukkan tofu. Senang. Semua campak je :-)

Mommy try rasa bubur ni. Ada rasa macam masak lemak pun ada. sedap!


Pengasuh Arissa cakap dia makan berselera betul. Bubur pun nampak macam sedap. Hehe. So minggu ni hari-hari Arissa bawak bekal bubur tofu la jawabnya. Yea la tofu tu bukan boleh simpan lama-lama dalam peti ais kan. Nanti masam pulak.

2 kawan cakap

Write kawan cakap
Queen
AUTHOR
March 21, 2012 at 10:24 AM delete

sy tengok makanan arissa ni macam best. ayam laa ikan lah. lapar plak

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
March 21, 2012 at 2:17 PM delete

tunggu red velvet auntie affe pulak :-p

Reply
avatar