Cuci Mata Di mybbstore

9:34:00 AM 2 Comments A+ a-

Jumaat lepas balik dari ambik Arissa terus ke mybbstore dekat TheStrand. Dulu ketagih ke onebabyworld. sekarang dah tukar selera. Yea la onebabyworld tu jauh sangat. Yang ni tak sampai 3km dari rumah. Sambil-sambil bawak Arissa jalan-jalan. Sebelum ke kedai dia, Mommy dah survey kat website www.mybbstore.com. Nak cari botol air baru sebenarnya. Yang dah ada sekarang ni susah nak bersihkan. Bila dah lekat daki makanan kat dalam corong dia, nak bersihkan tu kena pakai cotton buds pulak. Malas laaa...

Ni la botolnya. Tomme Tippee ofkos la kan. Hehe. Harga asal RM28.90. After less RM9.90!!

Semua nak masuk mulut!
Banyak barang-barang menarik kat sini. Janji kena bawak duit banyak-banyak. Kalau tengok mainan dia memang menggugat iman. Tapi kena sabar sebab baru je beli toys baru. Kena stop dulu. Arissa ni bukan suka sangat nak mainan. Dia lagi suka main ngan gigit mouse pad Papa dia. Pastu kalau dapat wayar apa-apa senyap la dia.

Sambil nak bayar tengok kat kaunter ada sarung lutut. Knee ape tah nama dia. Dah lama cari benda ni. Kat rumah kalau Arissa pakai seluar yang nampak lutut, bila dia merangkak jadi macam lebam kat lutut. So ambik gak sepasang.

Merah ngan biru je ada



Tengok! Semua pun nampak sedap bagi dia. Cik adik oiii...! Orang pakai kat lutut la bukan mulut. Haihhh

2 kawan cakap

Write kawan cakap
AIN NAZRI
AUTHOR
March 14, 2012 at 12:34 PM delete

haah kan.. dapat mende semua laju je nak masuk mulut.... geraaammmmm

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
March 16, 2012 at 8:45 AM delete

dia nampak sedap kot. hehe

Reply
avatar