Nasi Ayam Arissa

11:22:00 AM 3 Comments A+ a-

Pagi tadi mommy bekalkan Arissa nasi ayam. Fuh semangat masakkan untuk dia malam tu. Mommy tak sempat nak masak pagi sebab pukul 6.30 dah kena turun. Jadinya terpaksa la masak malam. Sejukkan pastu letak dalam peti ais. Sok pagi tambah air panas pastu panaskan balik atas dapur. Alhamdulillah perut dia tak pernah meragam pun lagi. Maknanya makanan tu elok lagi la kan.

Owh start dari Jumaat lepas (9 Mac 2012) Arissa dah tak makan bubur blend. Makan nasik lembik pulak. Taska dia yang start bagi. Padahal mommy dah bekalkan satu thermos tu tapi taska dia cakap Arissa nak lagi. Hmm yea ke tidak wallahualam. Dan lagi satu mommy agak terkilan. GARAM. Selama ni masak memang mommy cuba elakkan letak perasa garam atau gula. Nak tunggu dia 1 tahun dulu. Dah la fully bf pun sempat 6 bulan je. Petang semalam masa mabik Arissa lagi sekali taska cakap dia suap Arissa ngan bubur taska. Of kos la sedap sebab dah letak gula garam. Mommy cakap la Arissa mommy belum bagi makan bergaram. Tapi dia asyik duk jawab Arissa suka makan. Makan banyak. Hishhhh geram!

Dah takmo emo-emo. Sambung pasal nasi ayam. Resepi dia gini je. Ni pun banyak rujuk dari blog ummi Maryam. Rajin betul dia masak. Kagum tau!

Bawang putih
Bawang merah
Halia
Potato
Isi ayam
Olive oil
Beras
Stok ayam
Air

Cara dia teramatlah senang. Tumis bawang dan halia sampai wangi. Memang wangi betul lah bau dia. Sebab pakai olive oil kot. Mak ngan bapaknya pakai minyak kepala sawit je. Tapi untukmu anak beli minyak zaitun tun masak. Huhu. Tumis kejap je jangan sampai hangit pulak. Masukkan air, beras dan potato. Bila nasi dah jadi bubur, baru masukkan stok ayam. Mommy letak 2 ketul je. Stok ayam mommy dah buat siap-siap weken hari tu. Dah bekukan dalam ice cube. OK Siap!

Masukkan dalam thermos boleh makan kat taska. Senang je nasi ayam baby ni. Bukan macam yang kita nak makan. Banyak kerja nak kena buat kan. So mommies boleh try buat :-)

3 kawan cakap

Write kawan cakap
Mama Adam
AUTHOR
March 16, 2012 at 8:58 PM delete

wahhhh... sedazpnya menu dia...

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
March 17, 2012 at 10:13 AM delete

uittt... live dari kg ker? hehe

Reply
avatar
Azrina Sabri
AUTHOR
June 3, 2013 at 8:27 AM delete

As-salam,
Tumpang tanya yer. Saya jumpa blog awak ni masa dok google pasal solid food baby...hehehe....nak tanya, klu mcm awak buat satu bekas thermos penuh ni, beras brp byk yer? cos saya slalu masak utk stok 2 hari = 1/2 pot, saya main agak2 je ambik bubur nasi dlm 7-8 sudu besa ari2. bila masuk dlm thermos, nmpk mcm x smpi setgh bekas. so nk compare, sbb plan nk masak hari2, fresh sikit bubur nasi tu. huhu...

tq!! & selamat berkenalan !! :-)

Reply
avatar