Puding Gula Hangus

1:16:00 PM 3 Comments A+ a-

Ni kali kedua mommy buat puding ni. First time buat masa bercinta dulu. Konon nak bagi boyfren rasa la masakan gurlfren dia ni. Sekali buat lupa letak gula daaaaa..... Terus tak buat dah lepas tu.

Ni pun projek weken baru ni jugak. Kira minggu ni angin memasak tengak naik la ni. Asyik nak ke dapur je.

Mommy dapat resepi dari kawan office. Seronok buat. Mula-mula try 1/2 adunan je. Menjadi weiiii! Bangun pagi besok tengok tinggal 3 ketul je. Husband dah sapu lebih dari separuh. Haha. Ni yang seronok masak kalau ada orang makan.

So hari Ahad mommy buat lagi. Boleh bawak ke office sikit.

Bahan-bahan:

Untuk puding:-
10 biji telur
1 tin susu cair
1 cawan gula
1 cawan air
1 sb esen vanila
1 sb tepung jagung

Untuk karemel:-
1/2 cawan gula
4 sb air

Cara buat karemal:
Masukkan gula dalam periuk/loyang. Dengan api perlahan masak sampai gula hancur dan bertukar kaler perang. Pastu masukkan air. Bila mendidih tutup api.

Cara buat puding:
Masukkan semua bahan kemuan blend/pakai whisk. Mommy blend je. Kalau blend struktur puding ni jadi sangat gebu. Kemudian tuang adunan dalam loyang karemel. Kukus 40 minit. Siap!


Loyang kita kecik. Sampai nak melimpah keluar pudingnya. Terpaksa la main bukak tutup tudung pengukus. Nak kena cari loyang yang dalam sikit nih.

3 kawan cakap

Write kawan cakap
Mama Adam
AUTHOR
March 21, 2012 at 10:01 PM delete

Jom g beli loyang besar ;)

Reply
avatar
Sapz
AUTHOR
March 22, 2012 at 2:09 PM delete

Wahh macam senang jer yer buatnyer.. bleh try

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
March 23, 2012 at 3:39 PM delete

mama adam >> jommm... nnt kite g ehh. nk cari kuali kecik etek :-)

Reply
avatar