Rutin Balik Dari Taska

11:26:00 AM 2 Comments A+ a-

Pukul 5.30 - 5.45 petang mommy dah sampai depan taska. Dari office ke taska tak usah cakap. Dah macam pelumba haram. Mesti nak duk lane kanan sekali. Tak sabar nak jumpa anak dara sorang nih.

Masuk kereta sembang-sembang. Arissa biasa akan gelak tak hengat dulu. Mana taknya. Mommy dia dah macam clown je terlompat-lompat nak agah dia. Haha.

5 minit kemudian mata dia dah mula sepet. Mommy selawat slow-slow dia lena. Sampai kat parking rumah dia dah berdengkur. Alahaiii tak sampai hati pulak nak kejut. Sebab kalau angkat sure dia cerah bijik mata. Melilau tengok budak-budak duk main kat bawah rumah. So biasanya mommy akan stay kejap dalam 5 minit bagi dia lena.

Ni gambar petang semalam. Syok dia tidur. Siap berdengkur!

Masuk dalam rumah, mommy pasang TV. Petang-petang ada cerita kartun. Boboiboy pun dia layan. Boleh la mommy salin baju kejap.

Remote dia yang punyer. Kekadang tengah-tengah malam tetiba tv terpasang. Haihhh seram jugak kita. Rupanya dia yang tertekan. Adoiiii la ini budak. Bikin suspen jek

2 kawan cakap

Write kawan cakap
rosnani
AUTHOR
March 13, 2012 at 4:28 PM delete

salam..saya 1 sek dengan kak nonie. saya follow awak, kalau sudi followla saya jugek..hhihihi

Reply
avatar
Reyha
AUTHOR
March 16, 2012 at 8:03 AM delete

yeke.. oraitttt.. kak nonie pun ada blog jugak

Reply
avatar